28.11.08
JITRA - Kelab Bola Sepak Taman Mahsuri (KBTM) sedang mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan dan melatih mereka hingga ke peringkat tertinggi.

Jurulatih bola sepak KBTM, Mohd Irwan Rashidi berkata, bakat-bakat muda yang dicari itu adalah bagi mengisi kekosongan dalam skuad 10, 12, 14 dan 18 tahun.

Katanya, pencarian bakat muda diadakan di padang bola sepak Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) pada jam 5 petang setiap Jumaat dan Sabtu.

“KBTM mempunyai empat jurulatih iaitu saya sendiri, Nidzam Adzha, Fauzi Mustafa dan Romali Ibrahim yang akan mengendalikan soal pemilihan pemain,” katanya.

Beliau memberitahu, usaha yang dilakukan KBTM itu adalah sebagai salah satu program kelab berkenaan untuk menyertai mana-mana penganjuran kejohanan yang diadakan.

KBTM pernah mengikuti kejohanan bola sepak anjuran Qenari Kids HICOM, Kejohanan 4 Penjuru anjuran Jenpro di Shah Alam dan pernah menjadi johan di Kulim International Under 12 dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak bawah 12 tahun.

Kata Irwan, setakat ini tiga pemain bola sepak bawah 18 dari kelabnya telah dipilih untuk ke Akademi Kementerian Pelajaran.

Selain itu seramai 20 pemain lain bawah 12 tahun menjadi wakil daerah dan 15 pemain bawah 10 tahun menjadi wakil sekolah.

"Usaha KBTM mendapat sokongan daripada DM Group, Galeri Utara dan Perunding Sarjana Jurutera untuk membolehkan KBTM lebih berjaya dalam usaha yang dilakukan itu," katanya.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Rashidi (019-4161414), Romali (012-5576207) dan Nidzam (019-5431414) bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pemilihan pemain.
Sinar Harian (kedah)

Label: ,


inam kitites at 2:07 PTG | 0 comments
KLANG – Pasukan Bola Sepak Meru Barat (Meba) FC meneruskan tradisi melatih bakat-bakat baru dalam arena sukan bola sepak terutama melibatkan golongan remaja di sekitar Meru, Klang.

Setiausaha Meba FC, Mohd Jafari Sahar menjelaskan sudah menjadi tradisi sejak 10 tahun dahulu, golongan remaja dan pemuda di sekitar Meru berlatih dan menyertai perlawanan melalui Meba FC.

“Pemain-pemain akan berlatih bersama-sama dan menyertai pertandingan mana-mana perlawanan dengan membawa nama kampung ini.

“Walaupun dianggap pasukan kampung, namun kami berbangga membawa nama Meba FC ini sehingga ia dikenali ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pertandingan Empat Penjuru anjuran Akademi Bola Sepak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Stadium Mini Shah Alam, dekat sini.

Menurutnya, Meba FC kini berada di bawah pengurusan baru yang dipengerusikan Mustafa Md Din, di mana struktur latihannya lebih tersusun dengan mewujudkan beberapa kategori umur untuk dilatih dan juga menyertai pertandingan.

“Kini pemain-pemain yang ada dibentuk mengikut kategori umur bawah 12 tahun dan juga 15 tahun untuk diberikan latihan selain dihantar menyertai mana-mana pertandingan bola sepak di daerah ini.

“Minggu ini kami akan turut menyertai pertandingan anjuran Akademi Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan saya mensasarkan pasukan ini mara ke peringkat separuh akhir dalam kategori bawah 12 tahun dan 15 tahun,” katanya.

Beliau berkata, selain daripada itu, pasukan Meba FC yang menggunakan nama pasukan Kelisa turut beraksi dalam perlawanan suku akhir Liga Persatuan Bola Sepak Selangor.

“Ahad ini pasukan kami akan menentang pasukan Samudera FC di peringkat suku akhir Liga Divisyen 1 Liga FAS di padang RRI di Sungai Buloh. Jadi saya mengharapkan pemain-pemain mampu memenangi perlawanan dan mara ke peringkat seterusnya.

“Pencapaian ini membuktikan pasukan kampung mampu untuk pergi jauh jika ada kesungguhan malah beberapa pemain kami juga berjaya memikat beberapa pasukan bola sepak yang bersaing dalam Liga Malaysia seperti pasukan Piala Presiden Proton FC ,” katanya.

Menurut Mohd Jafari, dengan kejayaan setakat ini, secara tidak langsung mencapai matlamat kami dalam menghasilkan pemain-pemain yang berbakat dan berpotensi pergi lebih jauh dalam arena sukan bola sepak.
Sinar Harian (sel&kl)

Label: ,


inam kitites at 2:05 PTG | 0 comments
SHAH ALAM – Derita adik Khayrin Qistina Shahril, 3, terus mendapat perhatian apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tampil membantu beliau melalui perlawanan bola sepak amal kedua yang akan berlangsung Sabtu ini.

Qistina merupakan anak bekas pemain Selangor dan Kebangsaan, Shahril Arsat sebelum ini turut mendapat bantuan melalui perlawanan amal di antara skuad Selangor dan Kelantan pada pusingan kedua suku akhir Piala Emas Raja-Raja yang berlangsung baru-baru ini.

Qistina yang menghidapi penyakit jantung berlubang sejak lahir terus mendapat perhatian pelbagai pihak setelah Shahril dan isterinya Noraini Morat mewakili Yayasan Jantung Malaysia dalam program Sehati Berdansa baru-baru ini.

Menurut Pengurus FAS, Zakaria Ab. Rahim, perlawanan amal ini nanti bakal menyaksikan pemain veteran Selangor bawah 40 dan 90 tahun bakal berentap.

“Kita akan mengadakan perlawanan ini pada sebelah malam bermula jam 8.30 malam setelah mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menggunakan Stadium MBPJ tersebut secara percuma.

“Perlawanan ini juga turut diserikan dengan gandingan selebriti tanah air antaranya kumpulan DefGabC, Slam serta Yassin Senario yang turut bermain untuk pasukan veteran bawah 90 tahun,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Hotel Calton Holiday, di sini semalam.

Zakaria berkata, perlawanan ini juga turut mendapat kerjasama dan sumbangan daripada bekas Pengurus Selangor, Datuk Aini Mohd Taib yang sanggup turun padang untuk bersama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung Shahril sekeluarga.

“Shahril memerlukan kos pembedahan melebihi RM30,000 jadi dengan bantuan yang FAS hulurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya dan membuka peluang kepada lebih ramai pihak lain tampil menghulurkan bantuan kepadanya nanti.

“Perlawanan ini tidak dikenakan sebarang bayaran, bagaimanapun kita akan menyediakan tabung untuk di sisi orang ramai sebelum, semasa dan selepas perlawanan,” katanya.

Beliau berharap semua pemain dan peminat Selangor di era 80-an dapat hadir menghulurkan sumbangan selain dapat beramah mesra dan melihat idola mereka dengan lebih dekat lagi.

Antara pemain bawah 40 tahun yang akan beraksi dalam perlawanan itu nanti termasuklah Shahril sendiri, Shahrin Majid, K Rajagopal, Azlisham Ibrahim, K Gunalan, P Maniam, Rusdi Suparman, Mubin Mokhtar dan Anuar Abu Bakar.

Manakala pemain bawah 90 tahun terdiri daripada Azlan Johar, P Somasundram, Khaider Buyong dan beberapa nama hebat era 80-an.
Sinar Harian (sel&kl)

Label: , ,


inam kitites at 2:04 PTG | 0 comments
KUANTAN - Pasukan PASDEC dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Singa Emas, kedua-duanya sama hebat, melahirkan keyakinan mereka untuk muncul juara dalam Liga Veteran 2008 tahun ini.

Kedua-dua pasukan bakal beraksi dalam final pada Ahad ini di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Satu, bermula jam empat petang.

PASDEC, melayakkan diri ke final selepas mempamerkan aksi meyakinkan menundukkan pencabarnya, Anak Alam, 3-1 pada separuh akhir.

Manakala KRT Singa Emas menewaskan MPK dengan jaringan tipis, 2-1 di Padang MPK Satu di sini, kelmarin.

PASDEC, pasukan penganjur, semestinya ingin merangkul gelaran juara untuk menghilangkan kempunan selama ini, selepas beberapa kali mencuba, namun aksi mereka tersekat dan terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lain.

Jurulatihnya, Ahmad Muda berkata, pasukannya bakal mempamerkan aksi sengit dan kental untuk final nanti.

“Kami ingin menebus kekecewaan lalu, kerana sebelum ini, tersungkur di peringkat separuh akhir tahun lepas, dan tahun sebelumnya hanya di suku akhir.

“Dengan khidmat bekas pemain negeri, seperti Azhar Kamaruddin, Rafik Jaafar, Kamaruddin Shaukar Tali dan beberapa nama lain, pastinya aksi sengit dan berkualiti dapat dipamerkan pada final nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengurus KRT Singa Emas, Kamarul Azlan Mohd Fati berkata, kejayaan pasukannya melayakkan diri ke final suatu kejayaan terbesar buat mereka setakat ini.

“Ini kali pertama melayakkan diri ke final dan pastinya, ia menaikkan momentum pemain untuk cuba membawa pulang piala liga dan mencatat sejarah manis buat pasukan ini,” katanya.

“Walaupun lawan dibarisi bintang dan bekas pemain negeri, kami tidak gentar untuk bersaing dan membuktikan kehebatan pasukan, dan syukur, kami tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

“Cuma kami terpaksa kehilangan dua tunggak kerana komitmen mereka masing-masing tetapi kami akan cuba menggunakan khidmat pemain yang ada sebaik mungkin,” katanya.
Sinar Harian(pahang)

Label: ,


inam kitites at 2:01 PTG | 0 comments
KUALA TERENGGANU – Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) mengucapkan tahniah kepada semua barisan pemain pasukan T-Team yang berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Pra-Musim 2008/09.

Juara Liga FAM 2008 itu berjaya merangkul kejuaraan kejohanan pemanas badan Liga Malaysia musim depan selepas menundukkan naib juara Liga Perdana 2008, KL Plus dengan kemenangan tipis, 1-0.

Setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, kejayaan T-Team dianggap sebagai satu suntikan semangat berkesan buat pasukan yang akan bersaing buat pertama kalinya dalam kempen Liga Perdana, musim depan.

“Bagaimanapun, mereka tidak harus ‘besar kepala’ dengan kejayaan yang diperoleh kerana harapan sebenar peminat di negeri ini adalah melihat T-Team melayakkan diri dalam saingan Liga Super pada musim 2010 nanti,” katanya.
Sinar Harian (terengganu)

Label: ,


inam kitites at 1:58 PTG | 0 comments
KUALA TERENGGANU – Juara Piala FAM 2008, T-Team memperoleh satu suntikan semangat baru menjelang musim baru Liga Perdana, Januari depan selepas merangkul kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Pra-Musim 2008/09.

Pada aksi perlawanan akhir di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, pasukan T-Team berjaya menewaskan naib juara Liga Perdana 2008, KL Plus, 1-0 hasil jaringan bekas pemain muda Pahang, Mohd Kamal Rodiarjat Md Ali.

Ketua jurulatihnya, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor berkata, dia gembira kerana sasaran awalnya mahu membentuk keserasian antara pemain dalam kejohanan itu telah membuahkan kejayaan yang lebih besar dengan gelaran juara berkenaan.

“Kini kami lebih yakin mahu bersaing pada musim baru Liga Perdana, Januari depan," katanya.
Sinar Harian (terengganu)

Label: ,


inam kitites at 1:57 PTG | 0 comments
KOTA BHARU – Hasrat Kelantan untuk beraksi pada saingan Liga Super musim depan bakal menjadi kenyataan apabila pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik diri ekoran masalah kewangan.

Khabar gembira itu disampaikan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Mohamad Noordin Awang selepas menghadiri satu taklimat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Selasa lalu.

Katanya, jawatankuasa pertandingan memaklumkan berhubung cadangan bagi memberi peluang dan melayakkan pasukan Kelantan bagi bersaing dalam kelompok liga elit negara.

“Bagaimanapun, keputusan sama ada Kelantan layak atau tidak, hanya akan diputuskan pada Majlis Mesyuarat FAM yang berlangsung pada 6 Disember ini.

“Kita berdoa supaya keputusan berkenaan akan memihak kepada kita kerana memang impian kita untuk beraksi pada saingan liga super,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, pihak pengurusan dan pemain kini bersedia untuk memberi komitmen terbaik jika diberi peluang beraksi pada saingan liga musim depan.

Menurutnya, Kelantan mula membentuk pasukan sejak Oktober lalu dan ia adalah usaha Kelantan bagi merebut kejuaraan Liga Perdana musim depan.

“Kita memilih jurulatih yang berpengalaman dan pemain terbaik termasuk beberapa pemain berstatus bintang untuk merealisasikan impian tersebut.

“Namun jika nasib memihak kepada kita, ia mampu meletakkan kita salah satu pencabar dalam Liga Super tanpa menunggu tempoh semusim lagi,” katanya.

Mohamad Noordin berkata, Kelantan kini dalam rangka memantapkan pasukan dengan menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan termasuk bersama PKNS Selangor.

“Kita juga akan menyertai Kejohanan Empat Penjuru yang berlangsung di Terengganu pada 14 hingga 17 Disember depan yang turut disertai pasukan Terengganu, Negeri Sembilan dan KL Plus,” katanya.
Sinar Harian (kelantan)

Label: ,


inam kitites at 1:54 PTG | 0 comments
KHABAR gembira buat skuad Kijang apabila dikhabarkan diberi peluang beraksi di Liga Super musim depan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan penarikan diri pasukan Polis pada saingan itu.

Sambil melahirkan terima kasih kepada FAM, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Mohamed Noordin Awang menyambut baik keputusan itu dan menganggapnya satu cabaran besar buat Kelantan.

Menurutnya, beliau sudah mendapat makluman mengenai perkembangan itu daripada Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, kelmarin.

Katanya, peluang Kelantan dinaikkan taraf dalam kelompok elit itu sesuatu berita yang menggembirakan pengurusan Kafa serta seluruh peminat bola sepak tempatan kerana mereka sudah lama mengimpikan saingan dalam Liga Super.
Harian Metro

Label:


inam kitites at 1:53 PTG | 0 comments
PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) mempelawa pemain muda untuk menghadiri ujian pemilihan skuad Piala Presidennya yang akan diadakan selama dua hari di Stadium Perak, mulai pagi esok.

Pemain lahir pada tahun 1989 dan selepas itu layak manjalani ujian bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi dan 4.30 petang hingga 6.30 petang.
Harian Metro

Label:


inam kitites at 1:52 PTG | 0 comments

RANCANG...Sathianathan perlu strategi terbaik atasi Singapura.

BIARPUN berstatus persahabatan, pertemuan dengan Singapura di Stadium MBPJ, esok, amat penting dalam membina keyakinan skuad negara menjelang Piala AFF Suzuki, minggu depan. Jurulatih, B Sathianathan mahu anak buahnya mempamer kesungguhan untuk mencapai kemenangan kerana keputusan itu mampu meletakkan persiapan mental pasukan berada di landasan tepat sebelum memulakan cabaran AFF menentang Laos di Bangkok, Sabtu depan.
Harian Metro

Label:


inam kitites at 1:46 PTG | 0 comments

MOHAMMAD NIZAR (kanan) bersalaman dengan seorang pemain Perak pada majlis menandatangani kontrak di Ipoh semalam.

"SAYA mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas saya." Demikian penjelasan anggota exco kerajaan Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi yang menolak pelantikan sebagai pengurus pasukan Perak. Jamaluddin merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan Perak berkata, beliau menolak pelantikan tersebut kerana mahu menumpukan perhatian kepada tugas rasminya.
Kosmo

Label:


inam kitites at 6:47 PG | 0 comments
KESEDIAAN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) terutama Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim, menyelesaikan isu tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah lebih RM700,000 walaupun secara ansuran awal bulan lalu, cukup melegakan banyak pihak.
Berita Harian

Label:


inam kitites at 6:45 PG | 0 comments
KEKALAHAN 4-1 skuad kebangsaan di tangan Myanmar pada separuh akhir Piala Grand Royal Challenge pada 18 November lalu, turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang kecewa dengan kegagalan itu.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 6:44 PG | 0 comments
KOTA BHARU – Hasrat penyokong Kelantan untuk melihat pasukan mereka beraksi pada saingan yang lebih berprestij, Liga Super untuk musim 2009 bakal menjadi kenyataan apabila pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik diri daripada Liga Malaysia ekoran masalah kewangan.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 6:17 PG | 0 comments
IPOH - Exco Kerajaan Negeri Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi menolak jawatan Pengurus Pasukan Perak bagi persaingan Liga Super yang bermula 3 Januari depan. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar memberitahu, Jamaluddin enggan menerima jawatan itu kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjayanya.
Utusan

Label:


inam kitites at 6:15 PG | 0 comments
27.11.08
JITRA - Kelab Bola Sepak Taman Mahsuri (KBTM) sedang mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan dan melatih mereka hingga ke peringkat tertinggi.

Jurulatih bola sepak KBTM, Mohd Irwan Rashidi berkata, bakat-bakat muda yang dicari itu adalah bagi mengisi kekosongan dalam skuad 10, 12, 14 dan 18 tahun.

Katanya, pencarian bakat muda diadakan di padang bola sepak Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) pada jam 5 petang setiap Jumaat dan Sabtu.

“KBTM mempunyai empat jurulatih iaitu saya sendiri, Nidzam Adzha, Fauzi Mustafa dan Romali Ibrahim yang akan mengendalikan soal pemilihan pemain,” katanya.

Beliau memberitahu, usaha yang dilakukan KBTM itu adalah sebagai salah satu program kelab berkenaan untuk menyertai mana-mana penganjuran kejohanan yang diadakan.

KBTM pernah mengikuti kejohanan bola sepak anjuran Qenari Kids HICOM, Kejohanan 4 Penjuru anjuran Jenpro di Shah Alam dan pernah menjadi johan di Kulim International Under 12 dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak bawah 12 tahun.

Kata Irwan, setakat ini tiga pemain bola sepak bawah 18 dari kelabnya telah dipilih untuk ke Akademi Kementerian Pelajaran.

Selain itu seramai 20 pemain lain bawah 12 tahun menjadi wakil daerah dan 15 pemain bawah 10 tahun menjadi wakil sekolah.

"Usaha KBTM mendapat sokongan daripada DM Group, Galeri Utara dan Perunding Sarjana Jurutera untuk membolehkan KBTM lebih berjaya dalam usaha yang dilakukan itu," katanya.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Rashidi (019-4161414), Romali (012-5576207) dan Nidzam (019-5431414) bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pemilihan pemain.
Sinar Harian (kedah)

Label: ,


inam kitites at 2:09 PTG | 0 comments
CHERAS – Akademi Bola Sepak YFA Bintang Muda yang berjaya melahirkan beberapa pemain untuk pasukan bola sepak Kuala Lumpur setiap tahun berharap agar permohonan mereka untuk menggunakan padang daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diluluskan.

Pengarah Teknikal kelab tersebut, N Radhakrishnan berkata, permohonan ini dibuat bagi memudahkan pihaknya menjalankan sesi latihan menggunakan padang Ulu di Pudu bagi mencari bakat-bakat baru untuk pasukan Kuala Lumpur.

“Setakat ini saya sudah menghantar beberapa permohonan menjadikan padang tersebut sebagai padang latihan pemain akademi saya di Kuala Lumpur kerana saya merancang untuk melatih pemain di sebuah pusat.

“Selain itu, dengan kebenaran tersebut, saya yakin dapat menghasilkan lebih ramai pemain berbakat dan berpotensi untuk menjalani pemilihan bersama pemain pasukan Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, setiap tahun pemain dari akademi tersebut berjaya mewakili pasukan Kuala Lumpur untuk Piala Presiden dan piala-piala lain.

“Saya mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang membenarkan kami menggunakan padang awam berhampiran bangunan mereka di Pandan Jaya, selain turut menyediakan kemudahan pengangkutan setiap kali kami menyertai pertandingan.

“Ini kerana kebanyakan pemain datangnya dari komuniti di sekitar Ampang dan juga Kuala Lumpur yang menyertai latihan di akademi ini,” katanya.

Radhakrishnan berkata, YFA Bintang Muda turut bekerjasama dengan pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam menyediakan latihan untuk pemain.

“Minggu lalu juga kami berjaya membuka pusat latihan di kawasan Bukit Beruntung dan mendapat sambutan baik kanak-kanak di sana.

“Saya berharap selepas ini lebih ramai pemain berusia 6 hingga 16 tahun hadir menyertai latihan di Hulu Selangor kerana selain berlatih mempelajari ilmu bola sepak, mereka juga berpeluang menyertai latihan.

Beliau juga meminta kepada mereka yang berminat untuk menjadi jurulatih hadir ke tempat latihan mereka atau menghubunginya.

“Kita akan melatih mereka untuk menjadi jurulatih di akademi ini, kemudian akan menghantar mereka untuk mendapat lesen jurulatih dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia,” katanya.

Mereka yang berusia 20 hingga 25 tahun yang berminat untuk menjadi jurulatih bersama YFA Bintang Muda boleh menghubungi Radha di talian 016-6750081 atau hadir ke mana-mana padang latihan mereka.
Sinar Harian (sel&kl)

Label: ,


inam kitites at 2:08 PTG | 0 comments
CHERAS - Kesempatan beraksi dengan menyarung jersi Kebangsaan bagi 12 pelatih YFA Bintang Muda merupakan satu pengalaman berharga buat mereka dan juga pengurusan pasukan di Stadium Bola Sepak KLFA Cheras.

Jemputan menyertai Mini Nike Cup 2008 bersempena dengan pelancaran kit baru pasukan Kebangsaan yang akan bertanding di dalam Piala Suzuki AFF di Bangkok dari 5 hingga 28 Disember depan membuktikan bahawa kehadiran mereka di persada bola sepak tanah air mendapat perhatian.

Pengarah Teknikal YFA Bintang Muda, N Radhakrishnan berkata, kesempatan yang diberikan pihak Nike dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat pemain-pemainnya.

“Selain itu, pemain turut berpeluang bergandingan bersama bekas-bekas pemain kebangsaan iaitu K Gunalan, Khan Hung Meng dan Amir Hassan juga merupakan satu pengalaman berharga buat mereka,” katanya.

Menurutnya, Mini Nike Cup 2008 tersebut turut memberi peluang empat pasukan sekitar Lembah Klang mendapat pengalaman berharga.

“Secara tidak langsung Nike memberikan peluang kepada pelatih-pelatih dari YFA Bintang Muda, Arsenal Soccer School, Kelab Komuniti Subang Jaya serta Akademi Nur Nilam ini beraksi dalam kejohanan dan suasana yang meriah," katanya.

Pertandingan yang diadakan secara kalah mati itu menyaksikan pasukan YFA Bintang Muda mara ke peringkat akhir setelah berjaya menewaskan Akademi Nur Nilam pada perlawanan pertama.

Perlawanan akhir menemukan YFA Bintang Muda dengan Subang Jaya FC yang berjaya menewaskan Arsenal Soccer School.

Turut hadir, Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan jurulatih kebangsaan, B Sathianathan.
Sinar Harian (sel&KL)

Label: , ,


inam kitites at 2:06 PTG | 0 comments
KUANTAN - Imej baru dan pemain muda menjadi sandaran utama pasukan Shahzan Muda musim baru Liga Perdana dan seterusnya label pasukan belasahan tidak melekat untuk skuad itu.

Jurulatihnya, Dollah Salleh berkata, pasukan itu bertekad membuktikan aksi mereka digeruni dan seterusnya menyelamatkan pasukan itu daripada tergelincir saingan Liga Perdana.

Katanya, pasukan itu menjadi medan terbaik buat pemain muda menjadi pelapis pasukan Liga Super Pahang, untuk beberapa tahun akan datang.

Malahan dengan tiga tonggak utama yang juga pemain senior, Azizul Kamaluddin, Jalauddin Abu Jaafar dan Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin membantu pemain muda merealisasikannya hasrat itu.

Menurutnya, dia yakin dengan gandingan pemain muda dan berpengalaman itu dapat membantu pasukan mengharungi musim yang dijangka bermula awal Januari tahun depan.

“Setakat ini, 22 pemain sudah dipilih dan menandatangani perjanjian dengan Shahzan, namun masih ada ruang untuk pemain lain mencuba nasib menyertainya.

“Saya akui, pemain kami masih mentah dan kekurangan pengalaman, namun berikan kami masa untuk membimbing mereka,” katanya kepada Sinar Harian dalam sidang media selepas majlis menandatangani kontrak bersama pemain di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) di sini, semalam.

Dollah turut mengakui persediaan Shahzan agak terlewat namun mereka memerlukan masa untuk mencari pemain baru dan dalam pemilihan baru-baru ini, lebih 80 pemain hadir tetapi masih belum mencapai standard ditetapkan.

Sementara itu, Pengurus Shahzan, Zainal Abidin Hassan mengakui, pengalaman anak-anak buahnya masih mentah, namun dengan khidmat 22 pemain yang sudah ada, Shahzan sudah boleh membuat persediaan sebelum menjelang liga.

“Setakat ini, terdapat lima kekosongan untuk melengkapkan pasukan dan kami masih belum berjumpa calon sesuai untuk posisi penyerang.

“Pasukan ini bakal terlibat dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dan menjelajah setiap daerah untuk meningkatkan keyakinan mereka," katanya.

Kali ini Dollah dibantu oleh Shahrul Nizam Sahat dan Mudzar Mohd diberikan tanggungjawab melatih penjaga gol pasukan.
Sinar Harian (pahang)

Label: ,


inam kitites at 2:05 PTG | 0 comments
KOTA BHARU – Bahang akhir Piala Emas Raja-Raja semakin dirasai oleh pemain Kelantan yang ingin mengembalikan kejuaraan itu selepas kecundang kepada Johor tahun lalu.

Bagaimanapun, hasrat mereka itu harus digembleng selama 90 minit apabila bertandang ke Stadium Utama Perlis, Kangar Ahad ini bagi saingan separuh akhir kedua.

Penolong Pengurus Pasukan, Azlan Mohd Yusoff berkata, pemain Kelantan bakal menerima tentangan sengit daripada pemain Perlis yang ketinggalan 0-3 selepas kecundang Sabtu lalu.

Katanya, pemain diingatkan agar bermain dan berjuang habis-habisan bagi memastikan gawang Kelantan tidak dibolosi.

“Pemain berada di landasan terbaik dan bebas dari sebarang kecederaan, malah kemungkinan formasi dan taktik ada perubahan bagi memastikan pasukan betul-betul mantap.

“Saya yakin pemain sekali lagi mampu melakukan walaupun bermain di padang becak,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Kelantan mara ke peringkat separuh akhir selepas menumpaskan Selangor dengan agregat 7-3.

Azlan berkata, tahun ini adalah masa yang terbaik untuk membawa pulang piala berprestij bagi Liga Bola Sepak Melayu selepas gagal pada tahun lalu.
Sinar Harian(kelantan)

Label: , ,


inam kitites at 2:00 PTG | 0 comments
“KENAPA tidak bertanyakan perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM ) siapa pemain berkenaan yang didakwa terbabit,” demikian reaksi pemain kebangsaan, Mohd Shukor Adan (gambar) ketika diminta mengulas pembabitan pemain senior dengan bookie seperti yang didedahkan FAM, kelmarin.
Harian Metro

Label:


inam kitites at 1:58 PTG | 0 comments
“MANA bonus kami yang dijanjikan? Apa yang kami tuntut adalah janji pengurusan pasukan dan kami berharap janji itu ditunaikan demi hak dan kepentingan pemain yang sepanjang musim lalu memberikan komitmen tinggi terhadap kejayaan pasukan,” kata seorang pemain Kuala Muda Naza (KM-Naza).
Harian Metro

Label:


inam kitites at 1:56 PTG | 0 comments
SAINGAN Liga Malaysia tanpa pemain import hanya akan dikuatkuasakan musim depan, tetapi permintaan menggunakan semula kudrat tenaga asing itu sudah mula kedengaran ketika sesi percambahan minda Liga-M musim 2010-2014 di Bukit Jalil, semalam.
Berita Harian

Label:


inam kitites at 5:29 PG | 0 comments
GARA-gara ketiadaan peruntukan kewangan yang kukuh, Polis menjadi ahli gabungan pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik diri daripada saingan Liga Malaysia bermula, musim depan.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 5:28 PG | 0 comments
HANYA kejayaan merangkul mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF mampu memenuhi harapan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin terhadap skuad kebangsaan dan tiada alasan kegagalan yang mampu diterimanya.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 5:23 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam seolah-olah memberikan kata dua kepada jurulatih negara, B. Sathianathan - 'Berjaya di Piala Suzuki AFF atau khidmat anda tidak disambung', lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 5:22 PG | 0 comments

APA pun keadaan di Bangkok, skuad negara tetap meneruskan latihan menjelang Piala AFF 10 Disember di Kelana Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR - Thailand memberi jaminan bahawa keadaan di negara mereka masih terkawal dan selamat untuk melangsungkan persaingan Kumpulan B bola sepak Piala Suzuki AFF di Bangkok dari 6 hingga 10 Disember ini di sebalik bantahan antikerajaan besar-besaran dan serangan bom di situ.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 5:19 PG | 0 comments
KUANTAN, 26 Nov (Bernama) -- Jurulatih baru Shahzan Muda, Dollah Salleh beriltizam untuk menjadikan pasukan bimbingannya itu sebagai sebuah pasukan yang digeruni oleh pihak lawan.
Bernama

Label:


inam kitites at 5:15 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini memantau dengan teliti perkembangan rusuhan di Thailand yang bakal menjadi tuan rumah saingan kumpulan B Piala Suzuki Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) bermula Sabtu depan.
Bernama

Label: ,


inam kitites at 5:13 PG | 0 comments
26.11.08
TAMAN SEJATI - Skuad Polis dan Askar (POLASK) muncul juara Liga Bola Sepak Daerah Kuala Muda 2008 selepas menewaskan pasukan Hicom-Honda FC 2 - 1 di Stadium Mini Hicom-Honda, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

POLASK unggul di kalangan 32 pasukan bertanding yang diadakan secara liga itu untuk meraih wang tunai RM3,000.

Pada babak pertama, POLASK mendahului 2 - 0 namun permainan mereka tenggelam di separuh masa kedua hingga membolehkan pasukan tuan rumah, Hicom-Honda FC merapatkan jaringan.

Menyedari asakan diterima, POLASK mula mengemaskan pertahanan dan turut melancarkan serangan bagi menambah gol namun keputusan hingga tamat permainan kekal 2 - 1 sekali gus melegakan mereka.

“Kami berasa puas hati menjuarai liga ini. Untuk edisi akan datang, kami pasti berusaha mengekalkan kejuaraan yang dimenangi,” kata pengurus POLASK, Cif Inspektor Mohamad Khairi Abdullah.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohd Khalib, diiringi Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Khazali Din.

Sementara itu, pengerusi kejohanan, Yusri Yusof berkata, liga daerah berkenaan diwujudkan semula selepas enam tahun tidak diadakan disebabkan masalah-masalah tertentu.

“Objektif penganjuran liga ini ialah bagi mencungkil bakat baru selain mengisi masa lapang sesuatu komuniti,” katanya.

POLASK meraikan kejuaraan Liga Daerah Kuala Muda 2008 selepas perlawanan akhir di Stadium Mini Hicom-Honda, di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.
Sinar Harian (kedah)

Label: ,


inam kitites at 1:53 PTG | 0 comments
KUANTAN - Berbekalkan khidmat dua bekas pemain negeri 80-an, Norkhizan Surih dan Rahim Abdul Manan, pasukan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Singa Emas yakin melangkah ke final pada saingan Liga Veteran 2008 yang bermula 1 November lalu.

Pencapaian terbaik yang pernah dilakar mereka tersekat pada separuh akhir, bagaimanapun, akur dengan pasukan dari Rompin yang membuatkan kali ini mereka berazam menebus kembali kehampaan apabila menentang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), hari ini.

Pengurusnya, Kamarul Azlan Mohd Fati berkata, peluang terbuka untuk memenangi perlawanan itu bergantung kepada pasukan yang mana banyak melakukan kesilapan dan pasukan yang menggunakan kelemahan lawan, mampu mara ke final.

“Peluangnya memang 50:50 namun pemain kami sudah bersedia untuk memberikan aksi habis-habisan dan membenam lawan. Setakat ini, kami tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemain dalam keadaan terbaik

“Jika tidak, kami terpaksa menunggu sekali lagi dan kempunan beraksi di final nanti,” katanya kepada Sinar Harian selepas perlawanan membenam KIVAS 1-0 di Padang MPK Satu di sini, Ahad lalu.

Mengulas sejarah pasukan itu, Kamarul yang menjadi pengurus pasukan sejak ia mula ditubuhkan, berkata, pasukan itu memang fokus dengan pemain veteran dan tidak pernah lupa menyertai liga sepanjang ia mula dianjurkan.

“Untuk persediaan liga ini, kami sering kali terlibat dalam perlawanan persahabatan dan ia tidak terhad di Kuantan, malahan luar daerah seperti di Kampung New Zealand, Maran dan Jengka.

“Bagi memastikan stamina pemain kekal cergas, selalunya pemain melakukannya sendiri. Kami tidak mengalami sebarang masalah mengenainya,” katanya.
Sinar Harian (pahang)

Label: ,


inam kitites at 1:50 PTG | 0 comments
CABARAN kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki sedikit sebanyak membuka mata pemain pertahanan negara, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dalam misi menebus kembali maruah bola sepak negara, khususnya selepas kekalahan kepada Myanmar, baru-baru ini.
Harian Metro

Label:


inam kitites at 1:46 PTG | 0 comments
ENTAH di mana silapnya, seorang pengadil yang tidak mempunyai lesen boleh dipilih untuk mengadili satu perlawanan di peringkat kebangsaan dan akibatnya, satu laporan polis terpaksa dibuat selepas pengadil terbabit hampir diserang pemain. Insiden itu berlaku dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Bardhan, Sabtu lalu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pengadil yang berasal dari Sarawak itu, George Wise dikejar beberapa pemain Pulau Pinang yang tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat. Semuanya gara-gara keputusan Wise yang menghadiahkan penalti kepada Selangor pada minit ke-89 untuk disempurnakan D Surendran, sekali gus memberikan kemenangan 2-1 buat tuan rumah dan melayakkan Selangor ke perlawanan akhir.
Harian Metro

Label: , , ,


inam kitites at 1:43 PTG | 0 comments
BELUMPUN bermula musim baru Liga Malaysia, beberapa pemain senior sudah dikesan menjadi tali barut bookie dan setakat semalam, seorang daripada mereka sudah dikenal pasti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pendedahan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad itu cukup mengejutkan kerana mereka sepatutnya menjadi teladan dan pembimbing kepada pemain muda tapi hakikat yang berlaku adalah di sebaliknya.
Harian Metro

Label:


inam kitites at 1:40 PTG | 0 comments
TERSERAH kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Kalau mereka suruh saya berundur, saya akur,” kata ahli majlis kerajaan negeri Perak, Jamaluddin Mohd Radzi ekoran pelantikan beliau selaku pengurus baru pasukan Liga Super Perak. Ini berikutan pembabitan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, dengan kes rasuah sehingga menimbulkan kesangsian di kalangan beberapa pihak.
Harian Metro

Label:


inam kitites at 1:40 PTG | 0 comments
TEPUK dada tanya selera! Begitulah pandangan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mengenai pelantikan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi yang menghadapi tuduhan rasuah, sebagai pengurus pasukan skuad bola sepak Liga Super Perak untuk musim 2008/09.
Harian Metro

Label:


inam kitites at 1:37 PTG | 0 comments
MASIH banyak yang perlu diperbaiki sebelum mengharungi Liga Super musim depan. Itu kenyataan terbuka daripada jurulatih KL Plus, Mat Zan Mat Aris mengenai skuad bimbingannya itu. Meskipun masih ada kelemahan, namun bekas pemain skuad negara itu tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya setakat ini yang sudah mula memperlihatkan keserasian.
Kosmo

Label: ,


inam kitites at 5:42 PG | 0 comments

NAIB Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh (depan, kanan) dan Azzudin hadir mendengar taklimat mengenai Liga Malaysia 2009 di Wisma FAM semalam.

DUA pemain bola sepak mengaku terbabit dalam kegiatan rasuah pada musim lepas. Demikian jelas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad. Menurutnya, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memaklumkan tentang penglibatan kedua-dua pemain terbabit kepada FAM namun tindakan mahkamah tidak dapat diambil.
Kosmo

Label:


inam kitites at 5:37 PG | 0 comments
GEJALA rasuah dalam saingan Liga Malaysia ditakrif ‘masih dalam situasi membimbangkan’ andai berpandu kepada pengesahan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengenai perkhabaran pembabitan seorang lagi pemain senior.
Berita Harian

Label:


inam kitites at 5:34 PG | 0 comments
PETALING JAYA - Persaingan kedudukan terbaik antara pasukan Kedah dan Selangor kembali bersambung apabila kedua-dua pasukan memulakan edisi Liga Malaysia 2009 dalam perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan pada 3 Januari depan.
Laporan penuh Utusan

Label: ,


inam kitites at 5:30 PG | 0 comments

ANTARA jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak hadir mendengar Taklimat Jenayah Rasuah di Wisma FAM, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA - Tidak mahu luka lama berdarah kembali, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius gejala rasuah yang kembali menular pada musim lalu agar tidak berterusan seperti di awal 90-an, lapor FERZALFIE FAUZI.
Laporan penuh Utusan

Label:


inam kitites at 5:25 PG | 0 comments
25.11.08
PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Dua pemain bola sepak mengaku terbabit dalam kegiatan rasuah pada musim lepas, kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.

BERNAMA

Label:


inam kitites at 9:37 PTG | 0 comments
SHAH ALAM – Kekosongan satu tempat dalam skuad merah kuning masih belum terisi dan diputuskan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Pengurus Pasukan Selangor, Zakaria Ab Rahim berkata, mereka masih belum menjumpai pemain muda yang dilihat berkualiti dan sesuai bagi mengisi kekosongan tersebut.

“Buat masa ini kita akan memberi peluang kepada pemain muda untuk melengkapkan barisan pemain dalam pasukan Selangor.

“Dalam sesi pemilihan pemain tempoh hari, kita masih belum menjumpai pemain yang betul-betul berbakat untuk bermain dalam skuad Liga Super nanti.

Menurutnya, pihaknya masih membuka peluang kepada pemain muda untuk menghadiri sesi uji bakat termasuk untuk Skuad Piala Presiden.

“Jadi kita masih membuka peluang ini dan mengalu-alukan pemain muda yang berbakat bagi menghadiri sesi pemilihan pemain termasuk untuk skuad Piala Presiden,” katanya.

Ditanya tentang kegagalan Selangor mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Pra Musim 2008/09 anjuran Felda United, Zakaria menjelaskan, mereka akan mengkaji semula setiap kelemahan dari setiap sudut.

“Kejohanan lalu adalah sebagai pemanas badan buat kita dan kelemahan pemain dapat dikenal pasti dari awal adalah baik sebelum saingan Liga Super bermula musim depan.

“Selain itu kita juga dalam proses menyesuaikan pemain dan memberi mereka ruang dalam mencari persefahaman antara mereka.

“Selepas ini kita akan mengadakan lagi perlawanan persahabatan bersama skuad Harimau Muda di Padang FAM minggu ini untuk melihat lagi kemampuan pemain," katanya.

Selangor gagal ke separuh akhir Kejohanan Pra Musim 2008/09 apabila hanya meraih satu kemenangan 4-0 dengan CIMB FC, seri tanpa jaringan menentang Proton FC dan tewas kepada Felda United 4-0.
Diambil dari Sinar Harian (sel & kl)

Label: ,


inam kitites at 12:04 PTG | 0 comments
KUANTAN - Empat pasukan bakal bersaing hebat di peringkat separuh akhir Liga Veteran Pasdec 2008 selepas menewaskan lawan masing-masing di padang MPK Satu dan Dua, di sini, kelmarin.

Pasukan yang layak ke saingan separuh akhir adalah pasukan penganjur, Pasdec, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Singa Emas, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Anak Alam.

Pasdec membuktikan kehebatan dengan menundukkan lawannya, Tunas Kuantan, 5-2 sekali gus membuktikan kehebatan mereka menerajui saingan Kumpulan A.

Manakala KRT Singa Emas bernasib baik mengalahkan lawannya, Kivas dengan jaringan tipis, 1-0, sekali gus menamatkan impian lawan melangkah ke pusingan seterusnya.

MPK juga tidak ketinggalan membuktikan kehebatannya dengan menang bergaya ke atas Veteran Chenor, 5-1.

Sementara itu, Anak Alam memenuhi hasrat mereka untuk layak selepas menang ke atas lawan, Baksu, 4-2 sekali gus menggembirakan penyokong mereka yang setia memberikan sokongan sepanjang permainan.

Perlawanan separuh akhir bakal menyaksikan Pasdec bertemu Anak Alam, satu pertembungan menarik antara mereka kerana dibekalkan reputasi antara pasukan pilihan menjuarai liga kali ini.

Manakala MPK bakal menentang KRT Singa Emas. Semua perlawanan bakal diadakan pada 26 November ini (Rabu) di padang dan waktu yang sama, jam lima petang.

Peminat tempatan diminta tidak melepaskan peluang melihat aksi bekas pemain lama yang jarang disaksikan sebelum ini, sekali gus melihat kemampuan mereka beraksi walaupun sudah berusia.
Diambil terus Sinar Harian (pahang)

Label: ,


inam kitites at 12:02 PTG | 0 comments
KUALA TERENGGANU – T-Team menaruh keyakinan yang tinggi untuk merangkul gelaran juara pada edisi sulung Kejohanan Bola Pra-Musim 2008/09.

T-Team akan menentang KL Plus dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, petang ini.

Penolong pengurus, Rosdi Awang berkata, keyakinan itu hadir selepas melihat keupayaan T-Team yang telah menewaskan KL Plus dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

“Kami pernah menewaskan KL Plus sebelum ini dan kami yakin dapat mengulanginya lagi bagi merangkul kejuaraan pada edisi sulung kejohanan ini,” katanya ketika dihubungi dari Bangi, semalam.
Diambil terus Sinar Harian (terengganu)

Label: , ,


inam kitites at 11:59 PG | 0 comments
KOTA BHARU – Kelantan akan terus mengamalkan corak menyerang pada perlawanan separuh akhir kedua dengan pa-sukan Perlis di Kangar, walaupun sudah mempunyai bekalan selesa 3-0.

Ketua jurulatih Piala Emas Raja-Raja, Anizam Daud berkata, pemain diingatkan supaya melakukan aksi terbaik bagi memastikan impian ke perlawanan akhir tercapai.

Katanya, pemain juga tidak harus leka dan dibuai mimpi indah walaupun sudah mempunyai bekalan 3-0 yang diperoleh ketika perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV kelmarin.

“Mereka harus lebih fokus dan matang ketika berdepan dengan pemain lawan selain tidak melakukan kesilapan yang boleh menghasilkan gol.

“Kita tidak akan mengamalkan corak bertahan walaupun sudah mempunyai 3-0 secara agregat kerana apa sahaja boleh berlaku.

“Kita mahu bahagian tengah memainkan peranan untuk menyekat kemaraan pemain lawan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Kelantan akan bertandang ke Perlis bagi pertemuan kedua separuh akhir hujung bulan ini.

Pasukan itu layak ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan Selangor 7-3 sebelum ini.

Anizam yakin pemain dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin dengan iringan doa peminat dan penyokong Kelantan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada penyokong yang banyak memberi inspirasi kepada pemain selama ini.

“Saya hargainya dan tanpa peminat tidak mungkin kita mampu layak hingga tahap ini,” katanya
Laporan penuh Sinar Harian (kelantan)

Label: , ,


inam kitites at 11:57 PG | 0 comments
FAM akan mengadakan seminar sehari, esok bagi membincangkan hala tuju bola sepak negara bagi tempoh lima tahun akan datang. Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh berkata seminar itu akan membolehkan FAM mengumpul pendapat dan cadangan daripada persatuan negeri.
Laporan penuh Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 11:49 PG | 0 comments
KETUA jurulatih bola sepak kebangsaan, B Sathianathan digesa menghasilkan keputusan terbaik dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih lagi berpegang kepada janji-janji iaitu masa depan pengendali itu bergantung kepada pencapaian skuad negara pada saingan Piala AFF Suzuki, hujung tahun ini.
Laporan penuh Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 11:46 PG | 0 comments

PENYERANG, Rudie Ramli (kanan) antara muka baru Selangor musim depan.

SELANGOR masih belum menemui kombinasi mantap meskipun sudah berlatih sejak sebulan lalu. Pelbagai gandingan sudah dicuba tetapi ia belum memberi kepuasan kepada skuad bimbingan K. Devan itu.
Laporan penuh Kosmo

Label:


inam kitites at 6:41 PG | 0 comments

"JANGAN meletakkan harapan yang tinggi ke atas skuad Seladang bagi musim 2009."

Begitu permintaan jurulatih, M. Karathu yang terpaksa membentuk semula skuad Perak bagi menghadapi saingan bola sepak Liga Super yang dijadualkan membuka tirainya pada 3 Januari depan.

Laporan penuh Kosmo

Label:


inam kitites at 6:40 PG | 0 comments
KEMENTERIAN Belia Dan Sukan (KBS) tidak akan lagi berurusan dengan mana-mana syarikat pengurusan acara yang mahu menganjurkan acara sukan di negara selepas belajar daripada pengalaman buruk daripada kontroversi pengelolaan Piala Juara-Juara Belia (CYC).
Laporan penuh Berita Harian

Label:


inam kitites at 6:37 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR - Tiga penjaga gol, Helmi Eliza Elias, Syed Adney Syed Hussein dan Badrulzaman Halim boleh menarik nafas lega apabila tempat mereka dalam skuad bola sepak negara ke Piala Suzuki AFF dari 5 hingga 28 Disember ini sudah disahkan.
Laporan penuh Utusan

Label:


inam kitites at 6:33 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk menghalang pemergian skuad negara sekiranya tunjuk perasaan antikerajaan dan serangan bom di Bangkok kian mengancam keselamatan pemain ketika persaingan Kumpulan B Piala Suzuki AFF, bulan depan.
Laporan penuh Utusan

Label: ,


inam kitites at 6:30 PG | 0 comments
KUCHING - Persediaan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) membentuk pasukan Sarawak yang mantap dalam menghadapi saingan Liga Perdana musim depan sedikit terjejas ekoran kantung persatuan yang kontang selain bebanan hutang tertunggak RM3.5 juta.
Laporan penuh Utusan

Label:


inam kitites at 6:29 PG | 0 comments
24.11.08
KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang dibebani hutang tertunggak RM3.5 juta telah mengorak langkah awal untuk mencari sumber pendapatan baru untuk menampung perbelanjaan musim hadapan.

Diambil dari BERNAMA

Label:


inam kitites at 5:55 PTG | 0 comments
KUPANG - Skuad Zon Kuala Ketil masih kempunan bergelar juara Daerah Baling/Sik selepas tewas dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Baling/Sik (MSSD) BS, baru-baru ini.

Sekiranya tahun lalu mereka tewas kepada Zon Kuala Pegang tetapi tahun ini terpaksa akur terhadap kemantapan Zon Sik yang mengalahkan mereka 2 - 1 di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Keda, Kupang, di Baling, Kedah, baru-baru ini.

“Kami sememangnya berasa amat terkilan kerana sudah dua tahun berturut-turut menghuni tangga naib juara walaupun menghimpunkan pemain berkualiti.

“Kami terpaksa akur kerana dalam bola sepak sedikit kesilapan boleh membawa padah dan itu yang kami terima untuk berpuas hati sebagai naib juara,” kata jurulatihnya, Mohd Isa Hashim yang dibantu, Azam Fansuri Aziz dan Darul Shamri Danian.

Dalam perlawanan secara liga melalui kiraan mata, Zon Kuala Ketil kalah dua kali iaitu kepada Zon Kuala Pegang 1 - 3 dan Zon Sik 1 - 2 sebelum membelasah Zon Baling 4 - 1.

Bagaimanapun, menurut Mohd Isa, pemain masih gagal mengambil kesempatan di atas kekalahan dua lagi pesaing dan mereka bernasib baik kerana kelebihan jaringan untuk muncul naib juara BS.

“Jika kami menang dua kali sudah tentu gelaran juara dalam genggaman, namun ia tidak berlaku dan kami berjanji saingan tahun depan akan menguatkan azam pemain meraih juara BS,” katanya.
Diambil dari Sinar Harian (utara)

Label: ,


inam kitites at 3:43 PTG | 0 comments
SHAH ALAM – Pusingan kedua separuh akhir Piala Bardhan 2008 menyaksikan skuad gergasi merah kuning berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan Pulau Pinang 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, kelmarin.

Pemain yang baru kembali dari Kejohanan Pramusim 2008/09, D Surendran muncul wira pasukan Selangor setelah menyumbat dua gol termasuk sepakan penalti pada babak terakhir sekali gus mencatat kemenangan agregat 3-2.

Jaringan gol terakhir Selangor menimbulkan kontroversi apabila pemain Pulau Pinang tidak puas hati dengan keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti setelah D Surendran dikasari pemain Pulau Pinang.

Jurulatih Selangor, P Somasundram berkata, walaupun berjaya melangkah ke perlawanan akhir namun beliau masih belum berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pemain.

“Babak pertama perlawanan menyaksikan keseimbangan di antara dua pihak sehinggalah Surendran menyumbat gol pertama untuk pasukan.

“Saya kurang berpuas hati dengan persembahan pemain di bahagian benteng pertahanan apabila kami hilang tumpuan dan dibolosi seminit kemudian," katanya.

Menurutnya, pada perlawanan akhir, beliau menjangkakan pasukannya bakal menghadapi perlawanan sengit kerana semua pemain dalam keadaan baik.

“Pada perlawanan akhir kami akan bermain di Stadium MBPJ dan pemain semua dalam keadaan yang baik tanpa ada kecederaan atau digantung perlawanan, jadi saya menjangkakan perlawanan yang sengit," katanya.

Kali terakhir Selangor menjulang piala tersebut adalah pada tahun 2003 dan pada tahun lalu pula hanya menyaksikan mereka tewas pada peringkat separuh akhir menentang Pahang yang menjuarai kejohanan tersebut.
Diambil terus Sinar Harian (Sel&KL)

Label: , ,


inam kitites at 3:41 PTG | 0 comments
SHAH ALAM - Kejohanan Bola Sepak Persahabatan Remaja 4 Penjuru anjuran Akademi Bola Sepak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menjadi medan menguji kekuatan pemain hasil latihan mereka sepanjang tahun.

Setiausaha Kelab Bola Sepak PNSB FC, Mohamad Nizam Yaacob berkata, kejohanan ini adalah satu usaha untuk merapatkan silaturahim di antara pemain dan juga pegawai akademi melalui perlawanan persahabatan.

“Akademi PNSB telah memasuki tahun ketiga penubuhannya jadi kita merancang mengadakan perlawanan jemputan ini sebagai medan untuk menguji kekuatan pemain.

“Di samping itu, ia juga diadakan bagi meraikan kedatangan Kedah Kenari Kids Hicom Honda yang sanggup datang dari jauh untuk sama-sama memeriahkan perlawanan ini," katanya.

Menurutnya, selepas ini, pihaknya akan menganjurkan perlawanan seperti ini atau berkunjung ke Kedah bagi menjalinkan hubungan dengan akademi dan kelab bola sepak yang lain.

“Selepas ini, mungkin kita akan lebih menganjurkan perlawanan seperti ini atau berkunjung ke Kedah pula bagi menjalin hubungan dengan akademi dan kelab-kelab bola sepak yang lain.

“Diharap dengan kejohanan bola sepak ini dapat memberi pendedahan dan mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan bola sepak ini," katanya.

Dalam aksi kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini, Shah Alam, semalam menyaksikan Akademi PNSB berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori bawah 8, 12 dan 16 tahun. Manakala kategori bawah 10 tahun pula mereka sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Namun, keunggulan pasukan dari utara tanah air Kedah Kenari Kids Hicom Honda yang berjaya mengungguli tiga kategori dari empat kategori yang dianjurkan.

Rombongan pemain berumur daripada 6 hingga 14 tahun itu berjaya muncul juara bagi kategori bawah 8,10 dan 12 tahun manakala pasukan dari Taman Dahlia FC pula berjaya mengungguli dalam kategori 16 tahun.

Antara pasukan-pasukan lain yang turut mengambil bahagian pada kejohanan tersebut terdiri daripada Shah Alam FC, TTDI First Touch Academy, Shah Alam FC dan Meba FC.
Diambil terus dari Sinar Harian (Sel&KL)

Label: ,


inam kitites at 3:38 PTG | 0 comments
KOTA BHARU – Kelantan menepati ramalan apabila menewaskan Perlis 3-0 pada saingan separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV di sini, malam kelmarin.

Kemasukan pemain gantian, Mohd Khairul Mazwan Umar pada minit ke-56 menggantikan Nik Hamzah Nik Man mengubah segala-galanya apabila pemain Kelantan semakin bernafsu mendapatkan gol separuh babak kedua.

Hujan lebat menggagalkan usaha pemain Perlis untuk mendapatkan keputusan memihak kepada mereka tidak berhasil, malah memberi suntikan baru kepada pemain Kelantan untuk bermaharajalela.

Malam kegemilangan dimulakan oleh Khairul Zal Azmie Zainuddin pada minit ke-61 apabila menjaringkan gol pertama Kelantan selepas menerima hantaran Mohd Badri Radzi dan menewaskan penjaga gol Perlis, Mohd Izwan Ahmad.

Empat minit kemudian, Kelantan sekali lagi berada pada kedudukan 2-0 apabila Abdul Latif Jusoh mencuri peluang kealpaan pemain pertahanan Perlis selepas menerima hantaran Mohd Sany Nawi.

Abdul Latif sekali menambah derita pasukan pelawat apabila menanduk masuk bola bagi meletakkan Kelantan selesa di depan 3-0 pada minit ke-84 selepas menerima hantaran lintang dari Mohd Badri Radzi.

Kelantan terus menggandakan usaha untuk mendapatkan jaringan lagi menerusi Mohd Nizad Ayub bagaimanapun tendangannya melewati palang gol beberapa minit permainan berakhir.

Kelantan mempunyai banyak peluang pada separuh babak pertama, namun penyudahan kurang baik dilakukan oleh penyerang Kelantan yang dikemudikan oleh Khairul Zal Azmie dan Mohd Nizad Ayub, malah kehebatan penjaga gol Perlis harus dipuji kerana menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Kelantan.
Diambil Terus dari Sinar Harian (kelantan)

Label: , , ,


inam kitites at 3:37 PTG | 0 comments
JUARA Liga FAM musim lalu, T-Team memberi isyarat awal menjelang saingan Liga M musim depan apabila menjuarai Kejohanan Pra-Musim 2008/09, semalam.Pasukan itu menewaskan KL Plus 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.

Kejayaan menundukkan naib juara Liga Perdana itu menandakan T-Team sudah bersedia menyahut cabaran selepas diperkuatkan dengan kehadiran lima bekas pemain negeri.
Laporan Penuh Harian Metro

Label:


inam kitites at 3:34 PTG | 0 comments
PERAK akan mendapat semula sentuhan jurulatih, M Karathu bagi mengharungi musim baru selepas Persatuan Bolas epak Perak (Pafa) semalam secara rasminya melantik Karathu menggantikan Steve Darby yang tamat kontrak Oktober lalu.
Laporan Penuh Harian Metro

Label:


inam kitites at 3:30 PTG | 0 comments

KARATHU (kanan) dan Raja Azlan Shah akan mengemudi Perak bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.

"SAYA perlu kerja keras."
Itu antara ungkapan awal M. Karathu selepas diumumkan sebagai ketua jurulatih Perak yang baru bagi menggantikan Steve Darby. Karathu mengakui, dia terpaksa bekerja keras bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap selepas kehilangan ramai pemain berpengalaman.

Laporan Penuh Kosmo

Label:


inam kitites at 3:26 PTG | 0 comments
IPOH - Sah! Skuad Seladang menerima semula sentuhan jurulatih M. Karathu bagi mengharungi saingan liga Malaysia musim ini menggantikan Steve Darby yang tamat kontrak Oktober lalu., lapor ANI AWANG dan KAMARUDDIN ISMAIL.
Laporan penuh Utusan

Label:


inam kitites at 3:24 PTG | 0 comments
KUALA LUMPUR - T-Team memperoleh suntikan moral apabila membuka tirai Liga Perdana, Januari ini setelah bergelar juara Kejohanan Bola Sepak Pramusim 2008-2009 dengan menewaskan KL PLUS 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.
Laporan penuh Utusan

Label:


inam kitites at 3:23 PTG | 0 comments
TEKA-teki mengenai penjawat jawatan ‘kerusi panas’ selaku pengurus pasukan serta jurulatih pasukan Liga Super Perak bagi menghadapi kempen bola sepak Liga M musim 2008/09 dijangka terlerai apabila Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengadakan mesyuarat majlis pertamanya, hari ini.
Laporan Berita Harian

Label:


inam kitites at 5:31 PG | 0 comments
KEGAGALAN naib juara Piala Malaysia musim lalu, Selangor mara ke separuh akhir kejohanan pramusim 2008/09 memaksa bedah siasat dilakukan ke atas skuad berkenaan bagi mengenalpasti punca kekalahan itu.
Laporan penuh HarianMetro

Label:


inam kitites at 5:28 PG | 0 comments

PEMAIN bola sepak negara menggayakan jersi kebangsaan semalam.

TIADA tekanan menjelang Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Bangkok, Thailand bulan depan.

Itu pendirian jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan semalam meskipun menerima 'peringatan awal' daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahukan skuad negara mencapai keputusan yang membanggakan pada kejohanan tersebut.

Laporan Penuh Kosmo

Label: ,


inam kitites at 5:23 PG | 0 comments


OTHMAN (dua dari kiri) cetus fenomena baru dalam skuad Kedah dalam tempoh dua musim sebelum ini.

"SAYA serahkan segala keputusan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)."

Itu komen pengurus pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz ketika mengulas desakan Kelab Penyokong Kedah (HKC) yang mahu beliau meletakkan jawatannya pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Laporan Penuh Kosmo

Label:


inam kitites at 5:20 PG | 0 comments

KARIM (kanan) menerima jersi jenama Kika pada majlispenyerahan peralatan sukan di Melaka semalam.

MELAKA berhasrat menapak kembali ke persada Liga Super pada musim 2010.

Melaka yang akan beraksi pada kempen Liga Perdana musim depan bakal dibarisi pemain dari negeri lain, berbeza dengan musim sebelumnya apabila skuad Kancil itu hanya membariskan pemain tempatan.

Laporan Penuh Kosmo

Label:


inam kitites at 5:17 PG | 0 comments
FAM ada pengganti jurulatih B-23, Rajagobal dalam senarai

SECARA rasminya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sanggup menanti sehingga tamatnya kejohanan Piala Suzuki AFF untuk menentukan kedudukan jurulatih skuad negara, B Sathianathan.
Laporan Penuh Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 5:14 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR – Jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan menyerahkan kepada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) untuk menentukan kriteria yang akan diguna pakai untuk menilai prestasinya pada Piala Suzuki AFF di Bangkok, bulan depan.
Laporan penuh Utusan

Label: ,


inam kitites at 5:08 PG | 0 comments
21.11.08
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertekad mengembalikan maruah negara, mensasarkan skuad kebangsaan menduduki tangga 130 ke bawah dalam ranking dunia bagi musim depan berbanding tempat ke-151 sekarang.
Laporan penuh

Label: ,


inam kitites at 2:20 PTG | 0 comments
BOSAN dengan kerenah persatuan bola sepak (FA) negeri yang tidak lekang dengan masalah kewangan termasuk isu gaji tertunggak membuatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju melunaskan bayaran sebanyak 50 peratus, sebelum musim 2008/09 bermula.
Laporan Penuh

Label:


inam kitites at 2:19 PTG | 0 comments
KETUA pengendali skuad kebangsaan, B Sathianathan (gambar) berdepan halangan besar ekoran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menetapkan pencapaian ke atas skuadnya untuk membolehkan dia kekal di posisi berkenaan.
Laporan Penuh

Label:


inam kitites at 2:17 PTG | 0 comments
KUANTAN - Pasukan Anak Alam yang dulu dikenali Cenderawasih, optimis untuk melangkah ke akhir dalam Liga Veteran PASDEC 2008, sekali gus membuktikan kehebatan mereka sebagai antara pelopor pasukan veteran di Kuantan.

Keyakinan itu disuarakan Pengurus yang juga pengasas pasukan, Maulud Awang, 54, mengenai peluang mereka dalam kejohanan itu dengan kemaraan ke suku akhir pada 23 November nanti.

Sebelum itu, Anak Alam berjaya mengalahkan lawan, Along Catering dengan jaringan tipis, 3-2 di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Satu di sini, kelmarin.

“Kini, kami menunggu lawan mana bakal ditentang, sama ada KIVAS ataupun Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hari ini (Rabu), namun kami tidak takut dan yakin untuk beraksi.

“Ini kerana dengan persediaan yang bakal dilakukan dalam latihan hari ini, kami tidak mahu pulang tangan kosong,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas kewujudan pasukan itu, Maulud berkata, ia ditubuhkan lima tahun lalu dan minat mendalamnya terhadap bola sepak membuatkan dirinya sanggup menaja dan menguruskan pasukan itu sejak mula ditubuhkan.

Menurutnya, nama Anak Alam hanya terlintas dalam fikiran dan ia digunakan bermula tahun ini. Bagi memantapkan prestasi, setiap minggu mereka terlibat dengan perlawanan persahabatan.

“Mana-mana pasukan pasti mengalami masalah kecergasan pemain memandangkan dibarisi pemain berusia 40 tahun ke atas untuk menyertai liga itu.

“Setiap pasukan pastinya bersiap sedia untuk memastikan stamina pemain terjaga dan setakat ini, pemain memberikan komitmen tinggi serta tidak memberikan sebarang masalah,” katanya.
Lagi Sinar Harian (pahang)

Label: ,


inam kitites at 5:49 PG | 0 comments
KUANTAN - Pasukan bola sepak Universiti Malaysia Pahang (UMP) terpaksa akur dengan kekentalan lawan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan jaringan seri, 1-1 di Stadium Darul Makmur di sini, kelmarin.

UniKL mendahului permainan hasil gerakan solo Mohd Shazmi Mohd pada minit kelima menyentak penyokong tuan rumah yang jelas terkejut dengan gol awal itu.

Tersentak dengan jaringan itu, pemain UMP bekerja keras untuk menyamakan kedudukan dengan serangan demi serangan ke gawang lawan namun kekentalan pertahanan UniKL membuatkan UMP terpaksa menunggu sehingga minit ke-50 menerusi Rahmat Che Hassim menggembirakan penyokong mereka.

Walaupun kedua-dua pasukan mempunyai peluang terbaik, namun gagal disempurnakan sehingga wisel penamat dibunyikan, kedudukan kekal seri dengan satu jaringan.

Perlawanan persahabatan yang julung kalinya diadakan, adalah cetusan idea Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang juga Canselor bagi kedua-dua universiti terbabit bertujuan untuk memantapkan hubungan kerjasama antara kedua-dua universiti itu pada masa akan datang.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah; Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Presiden UniKL, Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri.

Tengku Abdullah juga menyempurnakan majlis penyampaian piala perlawanan kepada kedua-dua pasukan sekali gus menamatkan hari bersejarah bagi penuntut dan pemain terbabit.
Lagi Sinar Harian (pahang)

Label: ,


inam kitites at 5:47 PG | 0 comments
KOTA BHARU – Pemain bola sepak Institut Memandu (IM) Kota Raya mula menunjukkan peningkatan prestasi, malah mampu bersaing dengan pasukan lain.

Mereka sudah mempunyai kekuatan tersendiri selain mampu menahan asakan dan serangan apabila bertemu dengan pasukan yang mempunyai pengalaman seperti pasukan Sinar Harian FC.

Pengarah Eksekutif IM Kota Raya, Suzelee Hassan berkata, kemantapan pemain itu penting apabila IM Kota Raya akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan IM Vitara, Kuala Terengganu bulan depan.

Katanya, perlawanan dengan pasukan Sinar Harian FC kelmarin adalah perlawanan titik tolak kepada prestasi pemain apabila mereka seri 2-2 di padang Kompleks Belia dan Sukan.

“Kita mahu pemain dapat meneruskan rentak permainan yang meyakinkan menerusi adunan pemain baru dan lama bagi membentuk persefahaman jitu.

“Saya yakin mereka mampu bersaing dengan pasukan lain sedikit masa lagi,’’ katanya kepada Sinar Harian di sini kelmarin
Lagi Sinar Harian (kelantan)

Label: ,


inam kitites at 5:45 PG | 0 comments
KOTA BHARU – Pemain diingatkan supaya tidak terlalu ghairah walaupun mencipta banyak kemenangan sebelum ini apabila Kelantan menanti kunjungan Perlis pada saingan separuh akhir pertama, Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhamad ke-IV Sabtu ini.

Pemain berada pada landa-san terbaik untuk menjadikan Perlis mangsa sekali lagi selepas Selangor kecundang kepada pasukan itu pada saingan suku akhir, malah pemain bebas daripada kecederaan dan penggantungan.

Jurulatih Kelantan, Anizam Daud berkata, pemain harus bermain secara berpasukan dan mencipta peluang menjaringkan gol pada perlawanan yang cukup penting bagi menentukan kemaraan Kelantan pada kejohanan itu.

Katanya, pemain kini hanya mengutip tiga kad kuning daripada lima perlawanan mampu mengubah persepsi orang ramai mengenai mutu pasukan Kelantan yang dilabelkan pasu-kan mempunyai permainan kasar.

“Perlis adalah sebuah pasu-kan mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri selain sebahagian besar bekas pemain Liga Super sebelum ini. Ia adalah anca-man yang boleh menyekat hasrat pasukan Kelantan.

“Jika pemain melakukan sedikit kesilapan boleh mengundang masalah kepada pasu-kan kerana Perlis menyimpan hasrat untuk mara ke perlawa-nan akhir selepas menumbangkan Negeri Sembilan dengan agregat 3-1,’’ katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Kejohanan Piala Emas Raja-Raja tahun ini menawarkan RM30,000 kepada pasukan yang muncul juara.

Anizam meminta soko-ngan padu penonton sekali lagi memandangkan kejayaan Kel-antan tidak akan dicapai tanpa kerjasama dan sokongan padu peminat serta penyokong Kelantan.

“Kita turut mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lain bagi membaiki kelemahan pasukan sepanjang minggu ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang membenarkan Mohd. Badri dan Mohd. Nizad bermain dalam skuad Piala Emas Raja-Raja malah kedua-dua pemain ini yang berperanan kepada kejayaan Kelantan selama ini,’’ ujarnya.
Lagi Sinar Harian (kelantan)

Label: , , ,


inam kitites at 5:43 PG | 0 comments

KARATHU (kanan) pernah membimbing skuad Perak sebelum ini.


PENYOKONG setia Skor Yob Skor tetap menagih sentuhan M. Karathu bagi membimbing skuad bola sepak Perak musim depan, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.
Lagi Kosmo

Label:


inam kitites at 5:38 PG | 0 comments

SEBAHAGIAN ahli HKC berkumpul di pekarangan Stadium Darul Aman semalam bagi
mendesak Othman melepaskan semula jawatannya.


KELAB Penyokong Hijau Kuning (HKC) menyelar tindakan Datuk Othman Aziz yang menarik balik peletakan jawatannya sebagai pengurus pasukan bola sepak Kedah bagi musim 2009.
Lagi Kosmo

Label:


inam kitites at 5:35 PG | 0 comments

SKUAD bola sepak negara ada misi baru tahun depan.
Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menyasarkan skuad negara perlu menduduki kelompok 130 pasukan terbaik dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Lagi Kosmo

Label: ,


inam kitites at 5:33 PG | 0 comments
KEKALAHAN 4-1 skuad kebangsaan di tangan Myanmar pada separuh akhir Piala Grand Royal Challenge pada 18 November lalu, turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang kecewa dengan kegagalan itu.
Lagi Berita Harian.

Label: ,


inam kitites at 5:31 PG | 0 comments
Kenyataan Media Kelab Penyokong Kedah (HKC)
Tarikh : Thursday, November 20 @ 23:45:00 MYT
Topik : Kenyataan Media


 Pendirian Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah Darul Aman - HijauKuning.com (HKC) Berhubung Status Dato' Othman Aziz Selaku Pengurus Pasukan Liga Super Kedah

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa, kami Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah (HKC) di pihak yang mewakili ribuan penyokong pasukan bola sepak Liga Super Kedah yang berada di seluruh Malaysia ingin menyatakan pendirian bahawa kami sama sekali tidak menyokong tindakan Dato' Othman Aziz menarik balik peletakan jawatannya dan kekal sebagai pengurus pasukan Liga Super Kedah bagi saingan musim 2009. Hal ini kerana:

1. Dato' Othman Aziz seharusnya direhatkan daripada tugasnya selaku pengurus pasukan kerana masih di dalam siasatan pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebanyak RM280,000 ke atasnya. Keputusan untuk menarik balik peletakkan jawatan dan meneruskan semula khidmatnya boleh dilakukan selepas siasatan tersebut selesai serta terbukti beliau tidak disabitkan dengan sebarang pertuduhan atau kesalahan.

2. Dato' Othman perlu terlebih dahulu membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan dana KFA.

3. Semasa mengumumkan peletakan jawatannya, Dato' Othman telah menyatakan pendirian bahawa beliau agak tertekan untuk menjadi seorang pengurus yang baik serta yang boleh diharapkan oleh pemain dan peminat kerana beliau tidak lagi mampu untuk bekerjasama dengan kepimpinan KFA yang baru. Dalam hal ini, dengan keputusannya untuk kekal selaku pengurus Kedah menjadi satu persoalan kepada kami adakah beliau mampu dan ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai pengurus pasukan Kedah 2009?

4. Surat kenyataan yang dikeluarkan media pada 14 November 2008 yang meminta supaya Dato' Othman Aziz menarik balik peletakan jawatannya tidak diambil melalui keputusan mesyuarat majlis KFA, tetapi hanya melalui satu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden KFA kepada media dan tidak bertandatangan (laporan Buletin Sukan TV3).
Persoalannya, apakah seorang Timbalan Presiden lebih berkuasa dari Presiden? Sedangkan Presiden KFA sendiri tidak pernah mempengerusikan sebarang mesyuarat atau memberikan reaksi untuk menerima kembali Dato' Othman sebagai pengurus pasukan Kedah setelah beliau menghantar surat peletakkan jawatannya kepada Setiausaha Kehormat KFA bertarikh 10 November 2008.

5. Seandainya Dato' Othman mempunyai niat murni serta perjuangan yang ikhlas untuk menguruskan pasukan Kedah dengan baik sehingga tahun 2009, mengapa beliau langsung tidak mengambil berat tentang pemilihan pemain baru Kedah serta sesi latihan mereka bagi musim baru akan datang?
Di manakah Dato' Othman berada semasa majlis menandatangani kontrak pemain baru yang telah berlangsung pada 5 November 2008 yang lalu? Sedangkan jika ingin menjadi seorang pengurus yang baik, beliau seharusnya mengambil berat serta komited terhadap segala perkembangan pasukan dan pemain tanpa mengira sebarang kemelut yang sedang melanda ke atas dirinya.

6. Banyak pihak di dalam kepimpinan KFA serta kem pasukan Kedah sendiri yang kurang berpuas hati dengan corak pengurusan serta tindak-tanduk yang telah diambil oleh Dato' Othman selama ini terutama keputusannya yang sering membelakangi barisan kejurulatihan Kedah.

7. Melalui kenyataan ini juga pihak HKC ingin mempersoalkan beberapa tindakan yang telah diambil oleh Dato' Othman sepanjang menjadi pengurus pasukan Kedah:

i)
Kes yang melibatkan perpindahan Mohd Bunyamin Umar ke pasukan UPB-MyTeam FC.

ii)
Kes Zairol Fitree Ishak diarahkan kembali ke pangkuan pasukan Kelantan sebelum pilihan raya umum Mac lalu sedangkan kontrak Zairol Fitree untuk bersama pasukan Kedah selama dua tahun telahpun termeterai.

iii) Bagi kes i dan ii di atas
, ini telah melihatkan betapa Dato' Othman tidak mempunyai semangat kenegerian kerana sanggup membiarkan dua orang pemain muda selain masih mempunyai kontrak bersama Kedah kepada pasukan kelab/negeri lain tanpa sebarang pampasan atau yuran perpindahan. Sebagai seorang pengurus yang hebat, sayangkan peminat serta bola sepak Kedah, Dato' Othman seharusnya mempertahankan pemain-pemainnya daripada berpindah ke pasukan lain demi masa depan dan kecemerlangan pasukan Kedah.
Atau, adakah Dato' Othman Aziz mempunyai agenda peribadi lain kerana ianya berlaku ketika pilihan raya umum ke-12 sedang hangat diperkatakan.

iii)
Membenarkan Baddrol Bakhtiar berlepas ke Chelsea tanpa membuat sebarang perbincangan bersama ketua jurulatih pasukan, Mohd Azraai Khor Abdullah terlebih dahulu serta tidak memaklumkan kepadanya di saat Kedah cukup genting dari segi jumlah pemain yang ada untuk mengharungi perlawanan-perlawanan Liga Super 2007/08.

iv)
Komitmen terhadap pasukan yang agak meragukan kerana jarang sekali dapat melihat kelibat Dato' Othman di tengah padang untuk bersama-sama dengan pemain dan jurulatih semasa sesi latihan pasukan Kedah kecuali apabila pihak wartawan dan media massa datang ke Stadium Darulaman untuk membuat liputan berkaitan perkembangan terkini pasukan Hijau Kuning.

Adalah difahamkan bahawa, sekiranya Dato' Othman Aziz masih mahu meneruskan niat untuk menjadi pengurus pasukan Liga Super Kedah, satu 'malapetaka' besar bakal melanda skuad Hijau Kuning dan kesannya cukup mendalam terhadap bola sepak di negeri Kedah yang selama ini menjadi 'hiburan' utama rakyat tempatan serta Peminat No.1 Hijau Kuning – KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sendiri.

Kami juga ingin memohon kerjasama daripada Dato' Othman sendiri supaya tampil ke hadapan bagi megadakan satu dialog ataupun sesi soal-jawab serta bersemuka bersama penyokong-penyokong pasukan Kedah Darul Aman terutamanya HKC. 'Berani kerana benar, takut kerana salah'.

Turut dilampirkan bersama-sama kenyataan media ini ialah keputusan tinjauan yang telah dijalankan melalui undian di dalam Laman Forum Rasmi Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah Darul Aman, HKC (http://www.hijaukuning.com/forum/index.php?showtopic=769) 'Perlukah Pengurus Kedah Dikekalkan?'.

Dan kesimpulan daripada tinjauan dan undian yang telah dibuat ini, majoriti peminat dan penyokong bola sepak di negeri Kedah Darul Aman "tidak bersetuju Dato' Othman bin Aziz untuk terus kekal sebagai pengurus pasukan bola sepak Liga Super Kedah".

"Sokongan Kami Bukan Sekadar Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman"


(ROMZIE HASSAN HUSIN)
Timbalan Presiden
Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah Darul Aman
HijauKuning.com

Alor Star, 20 November 2008

*Kenyataan media ini akan dijadikan sebagai satu 'Memorandum Peminat' yang akan dipanjangkan kepada Presiden KFA dan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman

Label:


inam kitites at 5:22 PG | 0 comments
ALOR STAR - Kelab Penyokong Hijau Kuning, Hijau Kuning.Com (HKC) meminta Datuk Othman Aziz melepaskan semula jawatan sebagai pengurus pasukan bola sepak Liga Super Kedah demi kepentingan semua pihak.
Lagi ulasan Utusan Malaysia

Label:


inam kitites at 5:15 PG | 0 comments
PETALING JAYA - Nasib B. Sathianathan sebagai jurulatih pasukan kebangsaan akan ditentukan berdasarkan pencapaian skuad negara pada kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF dari 5 hingga 28 Disember ini.
Lagi didalam Utusan Malaysia

Label: ,


inam kitites at 5:13 PG | 0 comments

PETALING JAYA - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (gambar) meminta persatuan negeri memantapkan pengurusan kewangan masing-masing bagi mengelak pemain terlibat dalam gejala rasuah bola sepak yang pernah menggemparkan negara pada pertengahan 1990-an , lapor SAYED HESHAM IDRIS.
Lagi berita Utusan Malaysia

Label:


inam kitites at 5:11 PG | 0 comments
20.11.08
PENYINGKIRAN Malaysia pada separuh akhir Piala Cabaran Grand Royal Ketiga ekoran kekalahan, 1-4 kepada tuan rumah, Myammar, kelmarin menggamit pemain berpangkalan di Perancis, Titus James Palani untuk segera kembali ke pangkuan skuad kebangsaan.
Lagi Harian Metro

Label:


inam kitites at 10:19 PG | 0 comments
MENYEDARI nasibnya bagaikan di hujung tanduk apabila jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan akan ditentukan pada kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Bangkok, bulan depan, B Sathianathan bagaimanapun sudah pasrah andai pasukan negara gagal menyerlah di kejohanan itu.
Lagi Harian Metro

Label:


inam kitites at 10:16 PG | 0 comments
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Malaysia sudah lama mengiktiraf kewujudan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di negara ini melalui kewujudan bangunan AFC House di Bukit Jalil.
Lagi Berita Harian

Label:


inam kitites at 10:05 PG | 0 comments
WALAUPUN tarikh pendaftaran pemain semakin hampir, skuad Polis masih belum menemui jurulatih yang akan membimbing pasukan itu dalam kancah bola sepak Liga Super bagi musim baru.
Lihat Berita Harian

Label:


inam kitites at 10:02 PG | 0 comments
Azzuddin mahu penjelasan kekalahan memalukan kepada Myanmar

KEKALAHAN memalukan 4-1 skuad kebangsaan kepada Myanmar di separuh akhir Piala Grand Royal Challenge yang berlangsung di Yangon, kelmarin jelas mencerminkan kelemahan yang masih perlu diperbaiki segera menjelang saingan Piala Suzuki di Bangkok bulan depan.
Laporan penuh di Berita Harian

Label:


inam kitites at 9:58 PG | 0 comments
YAN - Kelab Motosikal Padang Besar yang diwakili Pemuda Padang Besar seri dengan pasukan YB Parlimen Jerai dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan antara Pemuda Padang Besar dan Jerai yang telah diadakan di Padang Awam, Pantai Murni, baru-baru ini.

Dengan jaringan 3-3, terbukti kedua-dua pasukan beraksi sama hebat.

Dalam perlawanan tersebut Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar yang turut serta dalam perlawanan telah menjaringkan satu gol pada separuh masa kedua perlawa- nan itu.

Mohd Firdaus berkata, perlawa- nan persahabatan tersebut bukan untuk menang semata-mata, tetapi ia adalah untuk mengukuhkan hubungan antara Pemuda Pas Padang Besar, Perlis dengan Pemuda Pas Jerai, Kedah.

“Selain menyihatkan tubuh dengan bersukan, ia membantu memperJustify Fullkenalkan Parlimen Jerai kepada Pemuda Padang Besar yang bertandang ke Parlimen Jerai.

Menurutnya, pakatan ini menunjukkan hubungan antara Pemuda Pas Padang Besar dan Pemuda Pas di Parlimen Jerai mempunyai pertalian yang baik antara satu sama lain.

“Kita juga akan membuat kunjungan balas pada satu masa yang akan ditetapkan kelak, dan mengalu-ngalukan kedatangan mereka ke Parlimen Jerai pada masa hadapan sebab banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama selain perlawanan persahabatan bola sepak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Motosikal Padang Besar, Wan Abd Rahman turut mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Parlimen Jerai sebab menyambut kehadiran mereka dengan baik dan telah membawa mereka melawat sekitar Parlimen Jerai yang begitu indah dan mempunyai tempat menarik untuk dilawati.

“Saya berharap agar aktiviti seumpama ini diteruskan pada masa hadapan sebab ia mengukuhkan lagi hubungan antara Pemuda antara kawasan lain,” katanya.
Diambil dari Sinar Harian Utara

Label: ,


inam kitites at 4:55 PG | 0 comments
AYER PUTIH – Kejohanan bola sepak Piala Pengarah JKR Kedah sudah sampai ke penghujungnya melibatkan 10 pasukan terdiri daripada pasukan JKR daerah seluruh negeri.

Format kejohanan diadakan secara kalah mati oleh penganjur bertujuan melihat sejauh mana prestasi pemain dalam format sebegini memandangkan ia sudah begitu lama tidak dipertandingkan.

Pada dasarnya, kejoha- nan ini merupakan acara tradisi JKR sejak dahulu lagi, namun terhenti pada 1995 atas satu sebab yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya, pada tahun ini, kejohanan ini dihidupkan kembali.

Peringkat separuh akhir menyaksikan pertemuan antara pasukan JKR Pendang/Yan dengan Kuala Muda/Sik.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan berjalan lancar sebab masing-masing mempunyai kekuatan yang sama, namun pada akhir perlawa- nan JKR Kuala Muda/Sik meninggalkan lawannya jauh dengan pungutan mata 6-1.

Dalam pada itu, pemenang perlawanan ini akan menentang satu lagi pasukan pada peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada 30 November ini di Stadium Darul Aman.
Petikan dari Sinar Harian Utara

Label: ,


inam kitites at 4:53 PG | 0 comments


Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR - Kekurangan disiplin barisan pertahanan negara sehingga dibenam 4-1 oleh Myanmar dalam separuh akhir bola sepak Piala Cabaran Grand Royal Ketiga kelmarin, mendorong B. Sathianathan bingkas memanggil dua lagi pemain bagi persediaan menghadapi Piala Suzuki AFF, bulan depan.
Lagi berita penuh Utusan Malaysia

Label:


inam kitites at 4:46 PG | 0 comments