YAN - Kelab Motosikal Padang Besar yang diwakili Pemuda Padang Besar seri dengan pasukan YB Parlimen Jerai dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan antara Pemuda Padang Besar dan Jerai yang telah diadakan di Padang Awam, Pantai Murni, baru-baru ini.
Dengan jaringan 3-3, terbukti kedua-dua pasukan beraksi sama hebat.
Dalam perlawanan tersebut Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar yang turut serta dalam perlawanan telah menjaringkan satu gol pada separuh masa kedua perlawa- nan itu.
Mohd Firdaus berkata, perlawa- nan persahabatan tersebut bukan untuk menang semata-mata, tetapi ia adalah untuk mengukuhkan hubungan antara Pemuda Pas Padang Besar, Perlis dengan Pemuda Pas Jerai, Kedah.
“Selain menyihatkan tubuh dengan bersukan, ia membantu memper
kenalkan Parlimen Jerai kepada Pemuda Padang Besar yang bertandang ke Parlimen Jerai.
Menurutnya, pakatan ini menunjukkan hubungan antara Pemuda Pas Padang Besar dan Pemuda Pas di Parlimen Jerai mempunyai pertalian yang baik antara satu sama lain.
“Kita juga akan membuat kunjungan balas pada satu masa yang akan ditetapkan kelak, dan mengalu-ngalukan kedatangan mereka ke Parlimen Jerai pada masa hadapan sebab banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama selain perlawanan persahabatan bola sepak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Motosikal Padang Besar, Wan Abd Rahman turut mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Parlimen Jerai sebab menyambut kehadiran mereka dengan baik dan telah membawa mereka melawat sekitar Parlimen Jerai yang begitu indah dan mempunyai tempat menarik untuk dilawati.
“Saya berharap agar aktiviti seumpama ini diteruskan pada masa hadapan sebab ia mengukuhkan lagi hubungan antara Pemuda antara kawasan lain,” katanya.
Dengan jaringan 3-3, terbukti kedua-dua pasukan beraksi sama hebat.
Dalam perlawanan tersebut Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar yang turut serta dalam perlawanan telah menjaringkan satu gol pada separuh masa kedua perlawa- nan itu.
Mohd Firdaus berkata, perlawa- nan persahabatan tersebut bukan untuk menang semata-mata, tetapi ia adalah untuk mengukuhkan hubungan antara Pemuda Pas Padang Besar, Perlis dengan Pemuda Pas Jerai, Kedah.
“Selain menyihatkan tubuh dengan bersukan, ia membantu memper
kenalkan Parlimen Jerai kepada Pemuda Padang Besar yang bertandang ke Parlimen Jerai.Menurutnya, pakatan ini menunjukkan hubungan antara Pemuda Pas Padang Besar dan Pemuda Pas di Parlimen Jerai mempunyai pertalian yang baik antara satu sama lain.
“Kita juga akan membuat kunjungan balas pada satu masa yang akan ditetapkan kelak, dan mengalu-ngalukan kedatangan mereka ke Parlimen Jerai pada masa hadapan sebab banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama selain perlawanan persahabatan bola sepak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Motosikal Padang Besar, Wan Abd Rahman turut mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Parlimen Jerai sebab menyambut kehadiran mereka dengan baik dan telah membawa mereka melawat sekitar Parlimen Jerai yang begitu indah dan mempunyai tempat menarik untuk dilawati.
“Saya berharap agar aktiviti seumpama ini diteruskan pada masa hadapan sebab ia mengukuhkan lagi hubungan antara Pemuda antara kawasan lain,” katanya.
Diambil dari Sinar Harian Utara
Keputusan seri, bukti sama hebat
inam kitites at 4:55 PG