Bagaimanapun, hasrat mereka itu harus digembleng selama 90 minit apabila bertandang ke Stadium Utama Perlis, Kangar Ahad ini bagi saingan separuh akhir kedua.
Penolong Pengurus Pasukan, Azlan Mohd Yusoff berkata, pemain Kelantan bakal menerima tentangan sengit daripada pemain Perlis yang ketinggalan 0-3 selepas kecundang Sabtu lalu.
Katanya, pemain diingatkan agar bermain dan berjuang habis-habisan bagi memastikan gawang Kelantan tidak dibolosi.
“Pemain berada di landasan terbaik dan bebas dari sebarang kecederaan, malah kemungkinan formasi dan taktik ada perubahan bagi memastikan pasukan betul-betul mantap.
“Saya yakin pemain sekali lagi mampu melakukan walaupun bermain di padang becak,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Kelantan mara ke peringkat separuh akhir selepas menumpaskan Selangor dengan agregat 7-3.
Azlan berkata, tahun ini adalah masa yang terbaik untuk membawa pulang piala berprestij bagi Liga Bola Sepak Melayu selepas gagal pada tahun lalu.
Label: Kelantan, Piala Emas Raja-Raja, Sinar
Bahang akhir piala emas semakin dirasai
inam kitites at 2:00 PTG