31.1.09

inam kitites at 2:31 PTG | 0 comments
MASALAH prestasi pasukan bola sepak negara yang terus merudum sangat mengecewakan dan menyebabkan hilangnya rasa minat kebanyakan rakyat negara ini terhadap bola sepak tempatan. Dengan adanya lambakan siaran bola sepak luar negara di televisyen ditambah dengan kurangnya promosi liga bola sepak tempatan, semakin kuranglah peminatnya.
Utusan

Label:


inam kitites at 1:56 PTG | 0 comments
'Kami bukan skuad belasahan'

TAJUDDIN (belakang kiri) tetap yakin dengan kemapuan skuad mudanya jika terus diberi kepercayaan serta sokongan.

PAHANG tidak mahu dilabel sebagai pasukan belasahan. Bagi mengelak tanggapan tersebut, jurulatih Pahang, Tajuddin Nor menuntut anak-anak buahnya tampil garang pada perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang PKNS Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.
Kosmo


Zaquan tekad gegar
SELEPAS gagal menjaringkan sebarang gol dalam dua perlawanan terakhir saingan Liga Super, penyerang Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak tidak mahu lagi kempunan menggegar gawang apabila menentang Melaka dalam pertemuan pertama saingan Piala FA, malam ini.
Harian Metro

Buruan Irfan
TANPA mempedulikan sehebat mana tentangan bakal dihadapi, ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim tetap mahukan kemenangan mutlak menentang Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) di Stadium J Corp, Pasir Gudang, malam ini.
Harian Metro

Perak waspada
KEKALAHAN kepada SDM Kepala Batas dalam perlawanan persahabatan pramusim menjadi pengajaran berguna buat Perak apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak, malam ini.
Harian Metro

Perlis tidak rela diaibkan

KUALA LUMPUR - Elak 'tragedi' berlaku dan jangan ambil mudah merupakan amanat khas disampaikan oleh jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim kepada pemainnya menjelang perlawanan Piala FA pusingan pertama hari ini,
Utusan


Reduan harap Felda Utd. fokus
KUALA LUMPUR - Nasihat khas buat pemain Felda United dalam pertemuan Piala FA pusingan pertama hari ini menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) ringkas tetapi padat - jangan hilang fokus. Pesanan tersebut disampaikan oleh jurulatihnya, Mohd. Reduan Abdullah yang mahu anak buahnya menumpukan sepenuhnya dalam perlawanan menentang PDRM dan tidak memandang mudah.
Utusan


Pahang enggan dibuai mimpi
KUANTAN - Meskipun mempamerkan persembahan 'yo-yo' pada awal musim ini, Pahang tidak mahu terus dilabelkan sebagai pasukan belasahan apabila melayan Selangor PKNS pada perlawanan Piala FA, malam ini.
Utusan


SD pasang perangkap
KUALA LUMPUR - Jika tersilap langkah Sang Seladang pasti akan terperangkap dengan pasukan kerdil, Sinar Dimaja (SD) Mai Sarah dalam perlawanan Piala FA pusingan pertama hari ini.
Utusan

Label: , , , , , ,


inam kitites at 1:54 PTG | 0 comments
'Putuskanlah, saya sedia terima'

MASA depan Sathianathan (kiri) bakal diketahui pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM esok.

"SAYA sedia menerima apa juga keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM."

Demikian jelas jurulatih skuad bola sepak negara, B. Sathianathan.
Menurutnya, apa juga keputusan yang diambil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), esok, tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berbakti kepada bola sepak negara.
Kosmo

Sathianathan akur
JURULATIH B Sathianathan akan menerima sebarang keputusan mesyuarat jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), esok, mengenai kedudukannya selaku ketua jurulatih kebangsaan.
Harian Metro

Sathia sedia terima keputusan FAM
KUALA LUMPUR - B. Sathianathan akan menerima sebarang keputusan mesyuarat jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Isnin ini mengenai kedudukannya selaku ketua jurulatih kebangsaan.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 1:54 PTG | 0 comments
BERA - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menemui beberapa bekas pemain bola sepak kebangsaan bagi mendapatkan input sebelum beliau bermesyuarat dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 4 Februari ini dalam mencari penyelesaian terhadap hala tuju bola sepak negara.
Utusan

Label:


inam kitites at 1:51 PTG | 0 comments
30.1.09
SHAH ALAM – Saingan Piala FA 2009 bakal menyaksikan perlawanan pertama, pusingan pertama skuad Kuala Lumpur bertemu Sabah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras jam 8.45 malam esok.

Jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail berkata, dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi namun menuntut agar anak buahnya menampilkan persembahan bersemangat dan bertenaga ketika memulakan kempen Piala FA musim ini.

“Semua pemain bebas daripada sebarang kecederaan dan kita sudah bersedia untuk perlawanan pertama ini.

“Saya tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi namun kita harap skuad KL mampu melangkah dengan lebih jauh dan mempamerkan aksi yang lebih baik Sabtu ini.

Katanya, pasukannya juga turut mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini sebagai medan pemanas badan dan menguji pemain-pemain baru dan muda skuadnya musim ini.

“Baru-baru ini kita telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Polis dan kita mencatat keputusan seri satu sama di Stadium Cheras, baru-baru ini.

“Bagi saya masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertajam lagi terutama pemain-pemain bawah 20 tahun yang masih mentah dan kurang pengalaman selain di bahagian serangan yang dilihat sedikit tumpul berbanding bahagian lain,” katanya.

Menurutnya, pada perlawanan malam tersebut juga, pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (PBKL) turut akan mengadakan kutipan derma di kalangan penonton untuk mengumpulkan dana bagi disalurkan kepada rakyat Palestin.

“Selain menonton perlawanan tersebut kita juga dapat beramal dengan menyumbang dana kepada rakyat Palestin dengan menyumbang pada malam tersebut.

“Di harap penyokong dan penonton dapat hadir dan memberi sokongan kepada pasukan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, dia juga bertekad untuk memperbaiki kedudukan mereka di tangga ke-12 Liga Perdana musim lalu ke kedudukan lebih baik musim ini.

Katanya, tugas tersebut memang berat untuk dilaksanakan tetapi mereka akan cuba sedaya upaya bagi menaikkan semula maruah skuad warga kota itu.
Sinar Harian

Label: ,


inam kitites at 12:43 PTG | 0 comments
SEREMBAN- Seramai 31 pemain bola sepak Negeri Sembilan yang kini beraksi dalam Liga Super menyertai Skim Pembayaran Zakat Pendapatan melalui potongan gaji bulanan.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola sepak Negeri Sembilan, Ibrahim Shamsudin berkata, kempen yang dilakukan oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) satu usaha yang baik menyebarkan kesedaran membayar zakat kepada segenap lapisan masyarakat termasuk ahli-ahli sukan di negeri ini.

Menurutnya, usaha ini perlu dilakukan bagi menimbulkan kesedaran menunaikan zakat kepada masyarakat di negeri ini agar semua umat Islam yang berkelayakan tampil menunaikan zakat.

“Saya menyokong usaha yang dilaksanakan oleh PZNS ini supaya menggalakkan masyarakat tidak mengira lapisan termasuk ahli-ahli sukan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam,” katanya.

Ketua Unit Perhubungan Awam dan Promosi Khas PZNS, Zaharim Kusinni berkata, PZNS menerima potongan bulanan sebanyak RM2,212 atau perolehan sebanyak RM26,544 setahun.

Beliau berkata, kempen kepada penggiat sukan amat berpatutan kerana selain mengharumkan nama negeri, mereka dapat beribadat secara umum kepada masyarakat.

Antara barisan pemain yang menunaikan zakat pendapatan secara bulanan adalah pasangan kembar Aidil Zakuan Razak dan Zakuan Adha Razak, Rezal Zambery Yahya, Mohd Farizal Harun, Abdul Rahman Zabul dan Tengku Qayyum Ubaidillah.
Sinar Harian

Label:


inam kitites at 12:42 PTG | 0 comments
PULAU PINANG akui pertemuannya dengan Johor FC pada perlawanan pembukaan Piala FA, esok, bukanlah mudah walaupun berlangsung di Stadium Bandaraya. Malah bagi pengendali pasukan, S Veloo, pertemuan itu juga adalah satu ujian bagi mengenal pasti sejauh mata kentalnya fizikal dan mental pemain yang dibentuk sejak Disember lalu.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 12:27 PTG | 0 comments
SKUAD kelab T-Team tidak dapat menggunakan khidmat penjaga gol utamanya Syamsuri Mustafa dalam saingan Liga Perdana untuk sekurang-kurangnya enam minggu akibat kecederaan bahagian rahang ketika mewakili pasukan kebangsaan pada kelayakan Piala Asia 2011 baru-baru ini.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 12:26 PTG | 0 comments
JURULATIH Pahang, Tajuddin Nor mengakui kemampuan pemainnya membenam cabaran PKNS Selangor pada perlawanan pertama pusingan pertama Piala FA di Stadium Darulmakmur, esok. Biarpun lawan lebih berpengalaman, beliau percaya akan keupayaan pemainnya dalam usaha memburu kejayaan bermakna.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 12:25 PTG | 0 comments
WALAUPUN baru seminggu bersama Terengganu, jurulatih Ken Worden sudah dapat membentuk pemain lebih mantap sama ada di barisan serangan serta pertahanan. Pengurus Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusoff jelas gembira melihat perkembangan dalam skuad Terengganu yang tampak sudah ada peningkatan.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 12:14 PTG | 0 comments
JURULATIH Shahzan Muda, Dollah Salleh mengakui tugas getir menanti skuad kendaliannya apabila bertemu T-Team pada perlawanan pertama pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan, malam esok.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 12:13 PTG | 0 comments
Gandingan pemain senior, muda sandaran Irfan

BARISAN campuran senior dan muda menjadi sandaran Perlis apabila berkunjung ke Stadium JCorp, Pasir Gudang menentang Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada perlawanan pusingan pertama Piala FA, esok.
Berita Harian

Pemain senior taruhan Perlis

KELIBAT pemain senior jadi taruhan Perlis dalam merealisasikan impian memburu kemenangan pada pusingan pertama Piala FA menentang Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Stadium J’Corp, Pasir Gudang, esok.

Label: ,


inam kitites at 12:12 PTG | 0 comments

SHUKOR (tengah) berjanji akan merealisasikan impian Negeri Sembilan catat kemenangan pada pertemuan pertama Piala FA, di Paroi, malam esok.

KEHADIRAN semula tiga tonggak, Idris Karim, Mohd Shukor Adan dan S Kunalan dalam kesebelasan utama dijangka dapat meningkatkan lagi keyakinan Negeri Sembilan untuk melenyapkan cabaran Melaka pada pertemuan pertama saingan Piala FA, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 12:11 PTG | 0 comments
KUALA LUMPUR – Dua jurulatih asing yang mengendalikan dua pasukan Liga Malaysia, Sarawak dan UPB-MyTeam masing-masing menegaskan bahawa sesebuah pasukan kebangsaan hanya mampu menikmati kejayaan besar sekiranya pembangunan bola sepak belia sentiasa dititikberatkan.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 3:48 PG | 0 comments

PEMINAT bola sepak Perak akan mula menikmati harga tiket baru mulai 10 Februari ini.

KINI sudah sah harga tiket perlawanan bola sepak di Stadium Perak diturunkan. Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penurunan harga tiket itu akan berkuat kuasa mulai 10 Februari depan.
Kosmo

Label: ,


inam kitites at 3:43 PG | 0 comments
29.1.09
BACHOK – Pemain dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu menonjolkan imej terbaik untuk meningkatkan mutu bola sepak Kelantan tanpa terlibat dalam kontroversi.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, KAFA tidak mahu terlibat dalam sebarang kontroversi walaupun nyaris terbabit dalam masalah selepas FAM memberi kemenangan percuma kepada KL Plus ekoran masalah teknikal padang pada perlawanan sulung Liga Super.

Katanya, semua pihak termasuk pemain dan kakitangan KAFA tidak perlu menunjukkan kelemahan pada orang lain yang boleh menggambarkan imej buruk pada pasukan.

“Tiada guna kita menunjukkan kelemahan padahal pada masa yang sama kita tidak buat apa-apa.

“Kita hanya mahu memberi yang terbaik bagi memastikan pemain dan masyarakat dapat menikmati hasil pembangunan bola sepak Kelantan,” katanya ketika berucap merasmikan program gotong-royong di Villa Danialla Resort, di sini kelmarin.

Annuar berkata, pihaknya juga mahu pemain dan kakitangan KAFA bebas dari sebarang unsur tidak sihat terutama masalah rasuah.

“Kita mahu pemain dapat diuruskan dengan sebaik mungkin tanpa masalah gaji tertunggak malah kebajikan mereka diberi keutamaan.

“Semua aspek merangkumi kebajikan, mutu bola sepak dan kemudahan lain perlu diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.
Sinar Harian

Label:


inam kitites at 12:55 PTG | 0 comments
KUALA TERENGGANU, 28 Jan (Bernama) -- Pasukan kelab, T-Team tidak dapat menggunakan khidmat penjaga gol utamanya Syamsuri Mustafa dalam saingan Liga Perdana untuk sekurang-kurangnya enam minggu akibat kecederaan di bahagian rahang yang dialami pemain itu ketika mewakili pasukan kebangsaan pada kelayakan Piala Asia 2011 baru-baru ini.
Bernama

Label:


inam kitites at 12:54 PTG | 0 comments

SAFEE menunjukkan gambar anak perempuannya, Syaza Syaqina.

HARI ini, penyerang prolifik negara, Mohd. Safee Sali genap berusia 25 tahun. Dilahirkan di Kajang, Selangor pada tanggal 29 Januari 1984, bintang Selangor itu mempunyai dua azam baru sempena ulang tahun kelahirannya kali ini.

Kosmo

Label:


inam kitites at 12:48 PTG | 0 comments

Keratan semalam

WALAU apa jua alasan, setiap persatuan bola sepak (FA) negeri harus menghantar laporan perancangan pembangunan masing-masing kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selewat-lewatnya Sabtu ini.
Kosmo

Label:


inam kitites at 12:46 PTG | 0 comments
GARA-GARA dibelasah teruk ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), minggu lalu, cerita betapa pentingnya khidmat pemain import sekali lagi kedengaran.
Harian Metro

Label:


inam kitites at 12:45 PTG | 0 comments

IMBAS...pemain negara, Mohamad Zaquan Adha (kiri) diasak pemain UAE, Haidar Alo Ali pada perlawanan baru-baru ini.

KEKALAHAN memalukan 5-0 skuad negara di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan kelayakan Piala Asia 2011 seharusnya membuka mata banyak pihak dan B Sathianathan tidak sepatutnya dibiarkan menanggung semua kesalahan itu berseorangan.
Harian Metro

Label:


inam kitites at 12:42 PTG | 0 comments
POLIS menjadikan pertemuan menentang Felda United FC dalam perlawanan pusingan pertama, bola sepak Piala FA di Stadium Selayang Sabtu ini sebagai serampang dua mata.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 12:40 PTG | 0 comments
JIKA dibandingkan pengalaman, skuad kendalian Tajuddin Nor agak ketinggalan berbanding PKNS Selangor biarpun lawan beraksi dalam saingan Liga Perdana, musim ini.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 12:39 PTG | 0 comments
Saya tiada hak - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - "Saya tidak ada hak untuk merombak atau meminta sesiapa berundur dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," jelas Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Ismail Sabri Yaakob selepas ditanya mengenai bidang kuasanya dalam badan berkuasa bola sepak tersebut.
Utusan


Elak 'kecoh' dengan Fifa

SASARAN utama pertemuan di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah bagi membantu menyelamatkan sukan bola sepak negara yang terus-terusan menanggung aib.
Barita Harian

Label: , ,


inam kitites at 12:34 PTG | 0 comments
28.1.09

TEMPOH masa singkat. Itu antara sebab beberapa persatuan bola sepak (FA) negeri belum mengemukakan laporan perancangan pembangunan seperti yang diarahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
kosmo

Label:


inam kitites at 9:17 PG | 0 comments
PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) berjaya mengumpul RM300,000 pada majlis amal Unity Nite yang diadakan bagi mengumpul dana untuk persatuan itu.
Kosmo

Label:


inam kitites at 9:16 PG | 0 comments
KEMBALIKAN kecemerlangan bola sepak negara walau dengan apa cara sekali pun. Dalam kita merasa duka dengan kemerosotan pasukan senior kebangsaan, masih ada lagi sedikit perkara yang mengujakan iaitu kemenangan skuad Harimau Muda ke atas pendahulu Liga Super, KL Plus.
Utusan

Label:


inam kitites at 9:13 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR - Penglibatan lebih serius Kementerian Pelajaran dalam pembangunan liga bawah 18 tahun dilihat langkah paling sesuai untuk membangunkan bola sepak di peringkat akar umbi, kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad
Utusan

Label: ,


inam kitites at 9:12 PG | 0 comments
26.1.09



Jurulatih dah letih melatih, persiden sampai mangkat dah semakin botak dan berharap akan tumbuh rambut seumur hidup dikerusi besinya,timbalan presiden plak sebok cari sebab kekalahan pilihanraya kecil P036, setiausaha agung pulak sebok dok trim misai jarangnya dan pemain dok mengadu kereta nak kena tarik.

Apalagi yang tak kena? Pemain importkah? Goal-kepper tak pandai tangkap bolakah? Jurulatih terlalu prokah? Atau pengurusi seumur hidupkah? Atau pemain ada amek rasuahkah? Jadual Liga Super yang terlalu rapatkah? Setiausaha Komandorkah? Gaji pemain tak dibayarkah? Padang tak rata atau tak nampak garisankah? Atau kerana Cuaca yang tak menentu seperti hujan lebatkah? Atau kerna faktor susah nak dapatkan menu-makan yang sesuai sebelum perlawanankah? Atau sebab rakyat Malaysia lebey sukan tengok EPLkah? Fasal pemain bolasepak negara takder penyokong digelangang sendirikah? Atau kerna Meet Uncle Husain menang Juara Lagu dan Faizal Tahir perform pakai bajukah? Apa lagi yang tak kena kali ini?

Dan ini pertama kali Sperm muncul diblog sendiri sejak beroperasi dari bulan November 2008. Dan dah sampai masanya untuk menyatakan bahawa bukan salah jurulatih, pemain, tukar urut, setiausaha, kerani menaip di pejabat kat Kelana Jaya penjual tiket kat stadium, peminat dan penyokong sukan no.1 yang dibawah oleh orang Inggeris, atau pengulas bolasepak no.1 negara abg hasbullah awang.

Tetapi Presiden Sampai Mangkatlah yang harus berundur. Sejak 1984 hanya 1989 jer yang boleh kita dan rakyat Malaysia berbangga dan selebeynya kita semua makan hati dan simpan hasrat serta impian angan-angan Jenin mendaki Gunung Tahan.

Dan sejak dia jadi Presiden Sampai Mangkat nih, banyak kontroversi tercetus dan antaranya membabitkan pemain pertama termahal yuran perpindahan Malaysia digelar "budak disko" dan isu buang daerah dan sebelum barah semakin parah,

CEPAT!!! LETAK JAWATAN SEKARANG!!

p/s: antara punca bolasepak kita merosot adalah sistem rasis didalam persatuan, pasukan dan logo.

Label:


inam kitites at 11:22 PG | 0 comments
KETUA jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim, belum mampu menarik nafas lega kerana masih ada kerja rumah yang perlu dilakukan bagi memastikan skuad kendaliannya benar-benar mantap dan mampu ‘menggegar’ pada saingan Liga Super.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 11:20 PG | 0 comments

KEJAR...pemain Harimau (kiri) dan KL Plus bersaing dalam pertemuan kelmarin.

KEKENTALAN pendahulu Liga Super, KL Plus dengan rekod tanpa kalah sejak empat perlawanan lalu akhirnya dirobek dengan kekalahan, 2-0 kepada skuad bawah 20 negara, Harimau Muda, pada pusingan pertama Piala FA, malam kelmarin.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 11:14 PG | 0 comments
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang kecewa di atas kekalahan pasukan kebangsaan dalam perlawanan kelayakan Kumpulan C Piala Asia, pasti akan melakukan sesuatu bagi memulihkan imej skuad kebangsaan.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 9:26 PG | 0 comments

SATHIA mengejutkan ramai pihak apabila mengatakan 'Liga-M bukan bola sepak' selepas anak didiknya dibelasah 5-0 oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 Rabu lalu.

KEDUDUKAN jurulatih kebangsaan, B Sathianthan jelas menjadi tumpuan hangat ketika ini, namun andai perubahan yang dijanjikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkisar mengenai pengurusan skuad kebangsaan, ia mungkin turut mengheret kedudukan beberapa pegawai badan induk itu.
Berita Harian

Label:


inam kitites at 9:24 PG | 0 comments
SULTAN Ahmad Shah dukacita. Baginda menyifatkan kekalahan tersebut tidak sepatutnya berlaku. Struktur semula pasukan secara menyeluruh. Bubar pasukan, ganti pemain. Kita kena buat sesuatu dengan Liga M.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 9:23 PG | 0 comments
MELANTIK jurulatih yang memang sudah tidak mampu membimbing pemain dan terbukti banyak alasan daripada membuat pemerhatian keseluruhan pasukan.
Utusan

Label:


inam kitites at 9:20 PG | 0 comments
“INILAH barisan kita... yang ikhlas berjuang...” Kepada seluruh warga Malaysia, janganlah membuta tuli membidas pasukan bola sepak malaysia.
Utusan

Label:


inam kitites at 9:13 PG | 0 comments
KBS-FAM cari rumusan terbaik julang imej bola sepak
BERA - Perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 4 Februari ini dijamin akan memulihkan maruah negara dalam arena bola sepak di peringkat antarabangsa.
Utusan


KBS bersemuka dengan FAM


MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika melancarkan Festival Maal Hijrah Belia, Sabtu lepas. Turut serta, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Fathul Razi Bakri (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Madrib Ibrahim di Komplek PKNS Shah Alam.

KEMELUT bola sepak negara kini mendapat perhatian serius Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bakal mengadakan pertemuan khas dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 4 Februari ini bagi mencari rumusan terbaik membentuk semula skuad negara yang bersifat perkasa.
Berita Harian


Bincang masalah

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 4 Februari depan bagi mencari rumusan terbaik untuk membentuk pasukan kebangsaan disegani.
Bernama

Label: , ,


inam kitites at 9:11 PG | 0 comments

WORDEN (kiri) beramah mesra dengan anak buahnya pada majlis minum petang di Hotel YT Mid Town, Kuala Terengganu kelmarin.

"BAIKI persembahan atau dipecat."

Itulah amaran keras daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh kepada anak buahnya dalam satu pertemuan di Kuala Terengganu kelmarin.

Kosmo

Label: ,


inam kitites at 9:08 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR - Persembahan bergaya dan mutu permainan menarik Harimau Muda ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas pendahulu Liga Super, KL PLUS pada perlawanan pertama, pusingan pertama Piala FA kelmarin ternyata memberi sinar baru kepada sukan bola sepak negara.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 9:06 PG | 0 comments
25.1.09
25/01/2009
Piala Presiden
Negeri Sembilan mln SSBJ
4.45 ptg
Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, NS

Label: ,


inam kitites at 3:54 PTG | 0 comments
JITRA – Pengambilan bakat baru dibuka sekarang bagi mengetengahkan pemain cilik ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi Kenari Kid Daerah Kubang Pasu, Nesar Ahmad Khan Rafi Ahmad Khan berkata, setiap hari Jumaat kami akan mengadakan Akademi Kenari Kid untuk pemain cilik yang berbakat.

“Kami akan memberi mereka tunjuk ajar bagaimana mengawal bola kerana pemikiran mereka masih lagi boleh dibentuk pada peringkat umur itu.

“Selepas enam minggu mengikuti akademi ini, kita boleh lihat mereka bukan sahaja pandai mengawal bola malah mereka juga boleh berkomunikasi dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Stadium Mini Jitra.

Kata Nesar, mereka diberi pendedahan untuk menjadi pemain bola sepak yang berdisiplin dan berwibawa.

Menurutnya, walaupun umur mereka seawal lima tahun, mereka sudah berminat ke arah sukan bola sepak dan itulah yang pihak mereka ingin cari.

“Kami mempunyai lapan jurulatih profesional untuk melatih mereka yang mana jurulatih ini pernah menjadi pemain bola sepak Kedah dahulu.

“Jadi, bukanlah terlalu sukar untuk membentuk mereka kerana dengan pengalaman dan pengetahuan jurulatih, ia mampu mendedahkan pemain cilik ke arah mutu permainan sukan ini yang lebih baik,” katanya.

Bagi waris yang ingin menghantar anak mereka mengikuti akademi ini bolehlah menelefon Fauzi Ismail menerusi talian 012-5711534 atau terus ke Stadium Mini Jitra setiap hari Jumaat jam 8 hingga 10 pagi.
Sinar Harian

Label:


inam kitites at 3:51 PTG | 0 comments
ALOR SETAR - Pasukan bola sepak Kedah antara pasukan yang digeruni lawan masa kini, namun kehebatan pasukan hijau kuning ini dikatakan paling menyerlah sekitar era 80-an dan 90-an.

Prestasi pemain kini dikatakan tidak sehebat pemain veteran. Pantang dicabar, pemain bermati-matian mempertahankan benteng daripada dicerobohi pihak lawan. Semangat kenegerian juga cukup tinggi sehingga sanggup mengetepikan ‘habuan besar’ yang ditawar negeri lain.

Bekas pemain Kedah era 80-an yang juga bekas jurulatih Piala Presiden Kedah tahun 2002, Abdullah Hassan berkata, bukan mudah untuk mengekalkan prestasi sesebuah pasukan terutama menjaga kualiti pemainnya.

“Pasukan negeri kini tiada barisan pelapis yang berkaliber, sebabnya di sini tidak ada liga tempatan diadakan. Bakat muda hanya bermain sendirian atau memilih untuk berhijrah demi mengutip pengalaman,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan PKNK di padang awam, Alor Semadom, dekat sini, kelmarin.

“Saya cadangkan agar diwujudkan Liga Bola Sepak Kedah untuk mencungkil bakat baru dari seluruh pelosok negeri ini.

“Sekitar tahun 2003 dahulu, banyak liga diadakan terutama antara daerah. Sejak 2004 hingga kini, memang tiada langsung liga diadakan sebagai medan pencarian pemain pelapis,” katanya.

Untuk meningkatkan kualiti pemain pula, Abdullah menyarankan agar pemilihan jurulatih bola sepak di peringkat sekolah dilakukan secara terperinci.

“Jika boleh biarlah jurulatih peringkat sekolah memiliki lesen kejurulatihan dari FAM, sekurang-kurangnya lesen C, barulah boleh kekalkan tahap kualiti pemain,” katanya.

Pemain juga dikatakan kurang kemahiran asas berbanding pemain era 80-an dan 90-an. Malah lebih mengejar glamor dan kebendaan berbanding semangat kenegerian.

“Pemain juga perlu ubah persepsi mereka. Tumpuan perlu fokus selain komited dengan kerjaya sebagai pemain bola sepak,” tegasnya.

Abdullah, ketika zaman remajanya pernah bermain untuk pasukan elit terkenal, Kelab Sultan Sulaiman, Selangor (KSSS) yang melahirkan jaguh ternama bola sepak tanah air.

Pada perlawanan persahabatan itu, pasukan veteran Kedah dan pasukan PKNK berkesudahan dengan seri, 2-2.

Antara pemain yang beraksi ialah pemain era 80-an, Syed Alwi, Shafie Sulaiman dan Shaharudin Saari. Tidak ketinggalan pemain era 90-an, Khatul Anuar dan Shawil Azmi.
Sinar Harian

Label:


inam kitites at 3:50 PTG | 0 comments
KUALA KLAWANG - Perlawanan Persahabatan di antara Kuala Klawang FC dan Damak FC berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kuala Klawang FC, 3-2 dalam perlawanan menarik di Stadium Majlis Daerah Jelebu (MDJ) di sini, baru-baru ini.

Pengurus Kuala Klawang FC, Mohd Ali Yusuff berkata, perlawanan itu berlangsung pada jam 5.00 petang bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara semua peminat permainan bola sepak.

Menurutnya, kemenangan pasukannya dalam perlawanan persahabatan itu bukanlah menjadi tujuan utama perlawanan itu dijalankan tetapi ingin membina hubungan yang baik antara pasukan ini dengan pasukan lain.

“Saya amat gembira kerana semangat kesukanan yang tinggi telah ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan dan membuatkan permainan bola sepak ini menjadi semakin menarik.

“Selain itu, semangat dan kerjasama pemain Kuala Klawang FC ini juga dilihat semakin kukuh dan secara tidak langsung memudahkan pasukan ini mencapai kemenangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ali berkata, pada setiap minggu, dia akan memastikan pasukannya yang terdiri daripada pemain lingkungan umur antara 18 hingga 45 tahun berentap dengan satu pasukan lain bagi memantapkan lagi kemahiran mereka dalam permainan bola sepak.

Perlawanan persahabatan itu menarik perhatian orang ramai yang menyaksikannya dan mereka dihiburkan dengan aksi lincah kedua-dua pasukan yang tampil dengan kelebihan yang tersendiri.
Sinar Harian

Label:


inam kitites at 3:49 PTG | 0 comments
KUANTAN - Meneruskan kesinambungan mencungkil bakat baru seramai mungkin, program First Touch anjuran Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) bagi tahun ini memulakan latihannya bermula 7 Februari depan.

Latihan yang bakal berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Dua A, turut membuka penyertaannya kepada pemain cilik meningkatkan lagi kemahiran dalam sukan itu.

Pengarah Teknikal dan Kejurulatihan PBNP, Fuzzeimi Ibrahim berkata, tahun ini terdapat sedikit perubahan membabitkan jurulatih.

“Tahun ini kami berhasrat menggunakan khidmat bekas pemain negeri yang mempunyai kelayakan sebagai jurulatih untuk membimbing pemain ini.

“Terdapat empat kategori penyertaan peserta, iaitu bawah 8, 10, 12 dan 14 tahun dan kami menyasarkan seberapa ramai peserta menyertainya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, selain perubahan penggunaan khidmat jurulatih, yuran bulanan turut dinaikkan buat kali pertama selepas 14 tahun penubuhan program itu, dari RM25 ke RM30.

“Yuran perlu dijelaskan selewat-lewatnya, 5 hari bulan setiap bulan dan latihan diadakan dalam dua sesi iaitu, Sabtu (5 sehingga 6.45 petang) dan Ahad (8 sehingga 9.45 pagi).

Ditanya tujuan program ini, Fuzzeimi berkata, ia bagi menyelaraskan satu program yang tersusun merangkumi kemahiran yang menekankan sentuhan awal dan mengenal pasti secara umum pemain berbakat.

“Ini penting dalam memastikan mereka mendapat asas yang kukuh untuk mencapai kecemerlangan peringkat yang lebih tinggi dalam arena bola sepak.

Untuk sebarang maklumat lebih lanjut, boleh mendapatkannya di pejabat PBNP di Stadium Darul Makmur atau pun di talian 09-5145630.
Sinar Harian

Label: ,


inam kitites at 3:47 PTG | 0 comments
KUANTAN - Bagi peminat sukan bola sepak di sini, perlawanan Liga Super dan Liga Perdana 2009 hanya memulakan tirainya, bermula Februari depan.

Namun, perlawanan terakhir Januari ini, menyaksikan saingan Piala FA bakal bermula 31 Januari ini.

Pahang menjadi tuan rumah bertemu Selangor PKNS FC. Manakala Shahzan Muda juga beraksi di gelanggang sendiri menentang Terengganu T-Team, 2 Februari ini.

Pertemuan skuad Tok Gajah menentang Kuala Muda (KM) Naza, Kedah di gelanggang sendiri di Stadium Darul Makmur, 10 Februari ini menjadi perlawanan pembuka tirai saingan Liga Super 2009.

Pastinya perlawanan itu mungkin menjadi titik tolak buat anak buah Tajuddin Nor, selepas mendapat suntikan moral hasil kemenangan pertama mereka menundukkan pencabarnya, UPB-MyTeam, 1-0.

Setakat ini, Pahang menduduki tangga ke-12 selepas mengharungi empat perlawanan, mengumpul tiga mata. Sebelum itu, Pahang tewas tipis, 2-3 bertemu Johor FC dan Perlis dan tewas menentang Kuala Lumpur (KL) Plus, 0-1.

Sementara itu, saingan Liga Perdana menyaksikan Shahzan Muda bertemu Kuala Lumpur, 9 Februari di gelanggang lawan, Stadium Cheras. Pastinya, anak buah Dollah Salleh perlu bekerja keras untuk merangkul kemenangan pertama.

Setakat ini, Shahzan Muda masih gagal merangkul tiga mata selepas hanya mampu seri, 1-1 bertemu Sarawak dan tewas dua gol tanpa balas menentang Johor dan menghuni kedudukan ke-12 selepas hanya mengutip satu mata.
Sinar Harian

Label: ,


inam kitites at 3:38 PTG | 0 comments
KOTA BHARU – Kelantan mencipta kemenangan sulung di gelanggang sendiri selepas menundukkan pasukan jiran, Terengganu 2-1 pada saingan Piala Presiden di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV semalam.

Dengan kemenangan itu, Kelantan mengumpul 10 mata dari empat perlawanan selain mula memberi amaran kepada mana-mana pasukan lain pada saingan liga musim ini.

:The Red Warriors Junior ketinggalan pada minit ke-10 apabila pemain pelawat, Mohd Saufie mengambil kesempatan akibat kesilapan pemain pertahanan Kelantan, Mohd Hanif dan terus menjaringkan gol menewaskan Khairul Fahmi.

Bagaimanapun kekecewaan itu tidak kekal lama kerana momentum dua kemenangan di tempat lawan lalu dengan menewaskan PP SDM Kepala Batas FC 12-0 dan Melaka 3-0 mengatasi segala-galanya.

Mohd Farhan Yaakub memecah kebuntuan pasukan tuan rumah dengan tendangan sepakan percuma dari jarak 20 meter menewaskan penjaga gol Terengganu pada minit ke-40 bagi menyamakan kedudukan.

Pemain Kelantan terus menggandakan asakan demi asakan untuk mencari gol dan usaha mereka berhasil apabila Mohd Izuan Sallehuddin meletakkan Kelantan di depan 2-1 hasil rembatan kencang dalam kawasan penalti dua minit kemudian.

Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat walaupun pemain Kelantan yang mengawal dan menguasai permainan untuk mendapatkan jaringan namun tiada penyudahan yang dilakukan.

Perlawanan sulung di gelanggang sendiri menentang UPB-My Team baru-baru ini berkesudahan Kelantan seri 1-1 dengan pasukan pelawat.
Sinar Harian

Label: , ,


inam kitites at 3:36 PTG | 0 comments

AZMIN bersama kesebelasan utama skuad negara ketika menentang Brazil dalam aksi persahabatan pada 2001.

"MINTA maaf, secara peribadi saya tidak dapat namakan siapa penjaga gol terbaik Malaysia setakat ini."

Demikian reaksi penuh bermakna bekas penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Abdul Aziz ketika diminta menamakan lima penjaga gol tempatan terbaik pada masa ini.
Kosmo

Label:


inam kitites at 11:03 PG | 0 comments
SARAWAK akan menubuhkan Pasukan Pembangunan Bolasepak Negeri (PPBN) tidak lama lagi membantu Pasukan Bolasepak Sarawak (PBS) mengatasi pelbagai masalah dihadapi - sekali gus membangunkan sukan itu di negeri berkenaan, ekoran persembahan Sarawak kini kerap tidak menjadi
Berita Harian

Label:


inam kitites at 11:02 PG | 0 comments
IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) dijangka menurunkan harga tiket untuk semua perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Perak mulai bulan depan.
Utusan

Label:


inam kitites at 11:01 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR – Tidak ada penyelesaian terbaik membangunkan kembali bola sepak negara di samping pengawasan dan tinjauan penuh atas latihan yang dijalankan untuk skuad kebangsaan.
Utusan

Label:


inam kitites at 10:28 PG | 0 comments
Worden jurulatih baru Terengganu


BEKAS jurulatih kebangsaan, Ken Worden yang pernah menjulang imej skuad bola sepak tanah air pada tahun 90-an menerima tawaran untuk melatih Terengganu, bermula semalam.
Berita Harian

Worden harapan baru Terengganu


SIMBOLIK. Che Mat (kanan) menyerahkan beg peralatan sukan kepada Worden pada majlis pengenalan jurulatih baru Terengganu semalam.

BEKAS jurulatih skuad bola sepak kebangsaan dan Selangor, Ken Worden dilantik sebagai jurulatih baru Terengganu semalam.
Kosmo

Label:


inam kitites at 9:54 PG | 0 comments
Harimau Muda kejutkan pendahulu Liga Super

KUALA LUMPUR – Pasukan bawah 19 tahun negara, Harimau Muda mengejutkan pendahulu Liga Super, KL Plus apabila menang selesa 2-0 pada perlawanan pertama, pusingan pertama Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Utusan

Harimau Muda tunjuk belang, PKNS benam Melaka

HARIMAU Muda menampilkan rentak garang apabila pasukan pendahulu Liga Perdana itu mengatasi pendahulu Liga Super, KL Plus 2-0 dalam perlawanan pertama, pusingan pertama Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 9:49 PG | 0 comments
24.1.09
HABIS sahaja perlawanan antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, rata-rata peminat bola sepak Malaysia berang dengan keputusan yang diperoleh oleh pasukan Harimau Malaya sehingga ada yang mula membuka pekung di dada dengan menghamburkan kemarahan di atas padang.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 8:55 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR - Mempunyai jurulatih kebangsaan yang berkaliber, tegas, berani dan profesional antara perkara yang perlu disegerakan dalam proses penstrukturan semula pasukan bola sepak kebangsaan bagi memartabatkan semula sukan itu.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 8:55 PG | 0 comments

ISMAIL Sabri (kiri) bersama-sama Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (kanan), Presiden BAM, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh (tengah) dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh (dua dari kanan) melihat Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, semalam.

KUALA LUMPUR – Nasib skuad bola sepak negara yang dibelasah oleh pasukan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 5-0 pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di sini Rabu lalu akan ditentukan pada 4 Februari ini.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 8:53 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR - Kebanyakan bekas pemain bola sepak ternama negara menolak cadangan agar dilakukan pembubaran besar-besaran ke atas skuad bola sepak negara yang dibelasah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 pada kelayakan Piala Asia 2011 baru-baru ini.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 8:52 PG | 0 comments
22.1.09
MINGGU depan bakal menghadirkan jawapan pasti mengenai siapakah individu yang dipilih Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mengendalikan skuad bawah 23 tahun kebangsaan yang akan beraksi pada temasya Sukan Sea di Laos, hujung tahun ini.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 11:11 PG | 0 comments
Malaysia dihukum dalam saingan awal kelayakan Piala Asia

PENJAGA gawang negara, Syamsuri Mustafa (kanan) menumbuk bola dalam pergelutan bersama pemain UAE, Mohamed Omar Mohd Ahmad sambil dibantu seorang lagi pemain negara, Thirumurugan Veeran (tengah) dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Cheras, malam tadi.

GAMBARAN wajah duka terus menghimpit skuad bimbingan B Sathianathan yang tersungkur di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 dalam aksi sulung Kumpulan C pusingan kelayakan Piala Asia 2011 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 9:12 PG | 0 comments
Mengapa status saya dipertikai hingga KFA tak daftar nama saya: Othman

IMBAS kembali Othman (dua dari kiri) bersama trio import Kedah (dari kiri) Cornelius Huggings, Nelson Sam Martin dan Marlon James tahun lalu.

HATINYA mungkin sudah tawar untuk terus memikul tanggungjawab selaku Pengurus Kedah, tetapi Datuk Othman Aziz bertegas betapa tiada sengketa terjelma di antaranya dan ketua jurulatih, Azraai Khor Abdullah.
Berita Harian

Label:


inam kitites at 9:10 PG | 0 comments
Liga M tidak penuhi tuntutan antarabangsa: Sathia

PEMAIN Malaysia, Mohamad Hardi Jaafar (kiri) bergelut untuk menguasai bola dengan pemain UAE, Ismaeil Matar Ibrahim dalam saingan di Stadium Cheras, malam tadi. Malaysia tewas 0-5.

JURULATIH negara, B Sathianathan bersikap realistik sebaik anak buahnya tumbang dibelasah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 0-5 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Berita Harian

Label:


inam kitites at 9:08 PG | 0 comments
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) sudah mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung pemotongan tiga mata ekoran penangguhan perlawanan pertama Liga Super menentang KL Plus di Stadium Sultan Muhammed IV, pada 3 Januari lalu.
Berita Harian

Label: , ,


inam kitites at 9:07 PG | 0 comments

AKSI pemain Muharraq, Ebrahim Ali Hasan Meshkhas (jersi merah) ketika menentang Kedah di Stadium Darulaman, pada September tahun lalu.

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) perlu membayar kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) denda sebanyak AS$5,000 (RM18,000) yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu pelepasan mercun di Stadium Darulaman, Kedah, September lalu.
Berita Harian

Label: , , ,


inam kitites at 9:05 PG | 0 comments

PEMAIN negara (jersi biru) bekerja keras mengawal kubu mereka daripada dibolosi penyerang UAE.

SELEPAS menyaksikan kekalahan mengaibkan anak buahnya kepada UAE malam tadi, riak muka jurulatih skuad bola sepak negara, B. Sathianathan jelas berubah.
Kosmo

Label: ,


inam kitites at 3:54 PG | 0 comments

SKUAD bola sepak negara membuka kempen kelayakan Piala Asia 2011 dengan langkah sumbang apabila tumpas 0-5 kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
Kosmo

Label: ,


inam kitites at 3:52 PG | 0 comments
PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) perlu menjelaskan sendiri kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung denda sebanyak AS$5,000 (RM18,000) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara isu melontarkan mercun di Stadium Darulaman, Kedah, September lepas.
Kosmo

Label: , , ,


inam kitites at 3:51 PG | 0 comments

PEMAIN-pemain UAE meraikan kejayaan menewaskan Malaysia dengan kemenangan besar di Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/NAZUDEEN MAHMUD

KUALA LUMPUR - Malaysia membuka kempen bola sepak Kumpulan C Kelayakan Piala Asia 2011 dengan langkah longlai lagi menghampakan setelah dijadikan mangsa belasahan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 5-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 3:42 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat pusingan U berhubung kes kemenangan 3-0 dan tiga mata percuma buat KL PLUS ke atas Kelantan pada perlawanan Liga Super musim 2009 apabila bersedia mengkaji semula rayuan yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), semalam.
Utusan

Label: , ,


inam kitites at 3:39 PG | 0 comments
SHAH ALAM - Selangor menggunakan rehat selama hampir sebulan daripada saingan Liga Super untuk menguji pemain- pemain mudanya.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 3:37 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dibelasah oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-5 dalam perlawanan kelayakan Kumpulan C Piala Asia AFC 2011 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Bernama

Label: ,


inam kitites at 3:32 PG | 0 comments
ALOR SETAR, 21 Jan (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata persatuan itu sedang menunggu maklum balas daripada Datuk Othman Aziz untuk berkhidmat semula sebagai pengurus pasukan.
Bernama

Label:


inam kitites at 3:32 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) perlu menjelaskan sendiri kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung denda sebanyak AS$5,000 (RM18,000) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung isu pelepasan mercun di Stadium Darulaman, Kedah, September lepas.
Bernama

Label: , , ,


inam kitites at 3:30 PG | 0 comments
13.1.09
PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2011
DIANTARA MALAYSIA MENENTANG EMIRIYAH ARAB BERSATU
21 JANUARI (RABU) 8.45MLM
STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR
CHERAS.

Kelana Jaya: Pasukan Kebangsaan akan memulakan tahun 2009 dengan misi untuk melayak kan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2011 yang akan di adakan di Qatar. Diundi bersama-sama dengan pasukan UAE dan Uzbezkistan, pasukan Malaysia akan memulakan kempen kelayakan mereka dengan menentang pasukan kebangsaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 21 Januari (Rabu) ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.

BIL NAMA PEMAIN NEGERI/KELAB CATATAN
1 Mohd Fauzie Bin Nan Perlis
2 Nizaruddin Yusof Perlis
3 Farilas Marlias Perlis
4 Mohd Khyril Muhymeen Zambri Kedah
5 Thirumurugan Veeran Kedah
6 Badrul Bin Baktiar Kedah
7 Shafizan Hashim Kedah
8 S. Subramaniam Perak
9 Mohd Hardi Jaafar Selangor
10 Mohd Amirulhadi Zainal Selangor
11 Mohd Safee Sali Selangor
12 Norhafiz Zamani Misbah KL Plus
13 Mohd Fadzli Shaari KL Plus
14 Syed Adney Syed Hussein UPB My Team
15 Norsharul Idlan Yahala UPB My Team
16 Kaironnizam Sahabudin Husain UPB My Team
17 Muhammad Shukor Adan Negeri Sembilan
18 Mohd Zaquan Adha Abd Razak Negeri Sembilan
19 Mohd Aidil Zafuan Abd Razak Negeri Sembilan
20 Indraputra Mahayuddin Kelantan
21 Mohd Daudsu Jamaludin Kelantan
22 Norfarhan Mohamad Kelantan
23 Mohd Ashari Samsuddin Terengganu
24 Mohd Marzuki Yusof Terengganu
25 Hairuddin Omar T-Team Terengganu
26 Rosdi Talib T-Team Terengganu
27 Mohd Syamsuri Mustaffa T-Team Terengganu
FAM website

Label: , ,


inam kitites at 5:33 PTG | 0 comments
JURULATIH KL Plus, Mat Zan Mat Aris tidak menafikan terkejut pencapaian skuad kendaliannya yang kini menghuni tangga kedua Liga Super hasil daripada tiga kemenangan setakat ini.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 5:14 PTG | 0 comments
CENGKAMAN Selangor selaku penghulu Liga Super bakal terlerai. Itulah azam kesebelasan utama Johor FC apabila melayani skuad Gergasi Merah di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 5:13 PTG | 0 comments
MENYEDARI masih terdapat kelemahan dalam pasukan, kapten Perlis, Mohd Fauzie Nan mengingatkan rakan sepasukan agar tidak memandang rendah keupayaan Kedah yang masih terkial-kial mencari kemenangan pada saingan Liga Super di Stadium Utama, Kangar, malam ini.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 5:11 PTG | 0 comments
PERAK berharap ketumpulan jentera serangannya yang diserlahkan ketika menentang Polis, Sabtu lalu tidak berulang dengan gandingan Razali Umar Kandasamy-Shahrizal Mohd Saad menunjuk peningkatan apabila turun berdepan Negeri Sembilan di Stadium Paroi, malam ini.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 5:10 PTG | 0 comments
PENGURUS pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz mahu tuduhan yang dilemparkan ke atasnya yang mendakwa beliau menjadi punca kemerosotan skuad Hijau Kuning pada musim ini, dihentikan segera.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 5:08 PTG | 0 comments
KELANTAN yang bergelar `The Red Warriors’ mahu melupakan seketika episod duka tiga mata oleh FAM dengan fokus mencatat kemenangan ke atas Polis di Kota Bharu, malam ini.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 5:07 PTG | 0 comments
PULAU PINANG akui pertembungan dengan KL Plus malam ini di Stadium Cheras adalah pertemuan buku dengan ruas.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 5:06 PTG | 0 comments
SELEPAS gagal membantu pasukan mencapai kejayaan ke atas Selangor, penyerang Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, bertekad mahu menebus kekecewaan itu apabila turun menentang Perak di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.
Harian Metro

Label: ,


inam kitites at 5:05 PTG | 0 comments

ZAQUAN...ledak tiga gol.

SEBELUM tirai Liga-M disingkap pada 3 Januari lalu, banyak pihak yang beranggapan bahawa arena bola sepak negara bakal suram berikutan ketiadaan peledak yang terdiri daripada kalangan pemain import tetapi selepas tiga perlawanan Liga Super, jumlah gol yang dicipta pemain tempatan amat membanggakan.
Harian Metro

Label: , ,


inam kitites at 5:02 PTG | 0 comments
KEHILANGAN tiga mata akibat tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tidak melunturkan semangat Kelantan untuk terus memburu kemenangan ketika turun berdepan Polis yang menjadi tuan rumah dalam pertembungan mereka di Kota Bharu, malam ini.
Berita Harian

Label: , ,


inam kitites at 4:58 PTG | 0 comments

PEMAIN Perlis, Esuzuan Zahid Amir (kiri) berjaya dihalang pemain Pulau Pinang, Muhd Rafiuddin Roddin (tengah) dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Sabtu lalu.

SELEPAS dikejutkan Pulau Pinang, Sabtu lalu, Perlis sedar pertemuan dengan jiran terdekat, Kedah dalam saingan Liga Super malam ini, bakal menguji ketahanan mereka.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 4:56 PTG | 0 comments

PENJAGA gol Johor FC, Mohd Hanis Faron berjaya menepis bola rembatan kencang penyerang Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman, Sabtu lalu.

JOHOR FC akan melakukan sedaya upaya untuk menyekat kegarangan Selangor daripada terus mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.
Berita Harian

Label: ,


inam kitites at 4:54 PTG | 0 comments
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Keupayaan dan kedudukan sebenar dua pasukan daripada Liga Malaysia, Kedah dan Johor FC, bakal diuji apabila bersaing pada kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bermula Mac depan.
Bernama

Label: , ,


inam kitites at 4:07 PG | 0 comments

PENYERANG Shahzan Muda, Azizul Kamaluddin (tengah) dikawal ketat dua pertahanan Sarawak dalam saingan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

PASUKAN Harimau Muda mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Liga Perdana apabila menewaskan pasukan Kepala Batas 2-0 pada aksi di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang malam tadi....
Kosmo

Label:


inam kitites at 4:00 PG | 0 comments

ZULHISSYAM memikul tanggungjawab besar mengetuai jentera pemusnah Perlis pada aksi menentang Kedah malam ini.

"PERLIS tidak akan memberi sebarang ruang." Itu janji skuad Singa Utara pada perlawanan Liga Super menentang Kedah di Stadium Utama, Kangar malam ini.
Kosmo

Label: ,


inam kitites at 3:58 PG | 0 comments
Demikian harapan penyokong pasukan bola sepak Kelantan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar bersedia menerima dan mempertimbangkan rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) selepas pasukan itu kehilangan tiga mata selepas FAM memberi kemenangan percuma 3-0 kepada KL Plus pada perlawanan pertama Liga Super, 3 Januari lalu
Kosmo

Label: , ,


inam kitites at 3:57 PG | 0 comments

MANAF MAMAT (tengah) akan terus menjadi sandaran Terengganu untuk menggempur kubu KM Naza malam ini.

SEMANGAT Terengganu semakin memuncak.
Mereka mahu terus memburu kemenangan dan sasaran seterusnya ialah untuk menyekat Kuala Muda Naza (KM Naza).
Utusan

Label: ,


inam kitites at 3:55 PG | 0 comments
SERI dua kali berturut-turut dalam perlawanan Liga Super sebelum ini ternyata memeningkan kepala jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid.
Kosmo

Label: ,


inam kitites at 3:55 PG | 0 comments
IPOH - Perak teringin membawa pulang sebarang mata dalam persaingan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Paroi malam ini.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 3:44 PG | 0 comments
JOHOR BAHRU - Jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid berkata, kemenangan ke atas Selangor amat penting bagi melenyapkan sama sekali badi seri yang boleh menjerat harapan tinggi skuad Sang Lebah dalam saingan Liga Super musim ini.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 3:42 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR - Kedah dan Johor FC berdepan lawan seimbang pada Kejohanan Piala AFC 2009 yang akan bermula 10 Mac ini dalam majlis undian di AFC House, Bukit Jalil, semalam.
Utusan

Label: , ,


inam kitites at 3:38 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR – Harimau Muda menguatkan cengkaman selaku teraju persaingan bola sepak Liga Perdana musim 2009 dengan mengukir kemenangan kedua, 2-0 ke atas Sinar Dimaja Mai Sarah di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang, semalam.
Utusan

Label:


inam kitites at 3:37 PG | 0 comments
KUALA LUMPUR - Sejauh mana kejaguhan Selangor untuk terus menerajui kedudukan, pertembungan jiran di utara Semenanjung, semangat juang barisan muda Perak dan angka kehadiran penyokong Kelantan di Selayang merupakan antara adegan menarik yang bakal menghiasi persaingan bola sepak Liga Super hari ini.
Utusan

Label:


inam kitites at 3:36 PG | 0 comments

JITRA - Datuk Othman Aziz (gambar) yang statusnya sebagai pengurus pasukan bola sepak Kedah masih terumbang ambing meminta mana-mana pihak agar tidak mempersoalkan cara beliau menjalankan tugas bersama skuad Sang Kenari pada dua musim sebelum ini selagi matlamat pasukan tercapai.
Utusan

Label: ,


inam kitites at 3:31 PG | 0 comments
12.1.09
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menghantar surat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berhubung kemenangan percuma 3-0 yang diberikan kepada KL PLUS pada perlawanan pertama saingan Liga Super di sini Sabtu lalu.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, rayuan itu akan dihantar kepada FAM sebelum 21 Januari ini walaupun dilaporkan keputusan yang dibuat FAM itu muktamad.

Katanya, KAFA sebenarnya tidak bersalah dan memberi jaminan akan mematuhi segala arahan FAM demi masa depan sukan berkenaan selepas kajian mendalam dilakukan.

“Kita sebenarnya keliru kerana pada mulanya masih boleh membuat rayuan dalam tempoh tertentu tetapi kemudiannya dimaklumkan pula keputusan itu adalah muktamad.

“KAFA yakin FAM akan tetap melindungi kepentingan persatuan gabungannya selain mengharapkan rayuan ini nanti akan diperhalusi,’’ katanya pada sidang akhbar di Wisma KAFA di sini semalam.

Sabtu lalu, komisioner perlawanan pada mulanya memutuskan menunda perlawanan antara Kelantan dengan KL PLUS di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV keesokan hari kerana padang tidak mempunyai garisan.

Bagaimanapun, FAM memberikan kemenangan percuma itu ekoran alasan KAFA gagal menyediakan gelanggang perlawanan disebabkan keadaan padang becak dan teruk serta ditenggelami air akibat hujan lebat yang berlaku.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad turut mendedahkan selain padang becak, KAFA juga gagal menyediakan tempat untuk perlawanan itu seperti terkandung dalam undang-undang, hingga mengundang kemarahan penyokong Kelantan bertindak menghantar memorandum kepada FAM dua hari lalu, selain turut menggantung kain rentang tertera “FAM lawan kuasa Tuhan”.

Annuar mengakui, garisan memang tidak dibuat pada hari perlawanan memandangkan Kelantan ketika itu hujan lebat berlaku sejak tiga hari sebelum itu.

“Bagaimanapun, kita tetap melakukan usaha untuk memotong rumput walaupun dalam keadaan hujan namun garisan tetap tidak boleh dibuat kerana hujan lebat dan suasana banjir melanda Kelantan.

“Kita mempunyai bukti, pegawai FAM membuat keputusan sebelum perlawanan untuk menangguhkan perlawanan itu ke malam berikutnya dan perkara ini akan saya kemukakan sebagai bukti kepada FAM nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar meminta penyokong tidak lagi membuat sebarang demonstrasi, menggantung sepanduk atau bantahan sebaliknya memberikan kesempatan kepada pengurusan KAFA menyelesaikan kemelut itu.

Label: , ,


inam kitites at 5:29 PTG | 0 comments
KUALA NERUS – Kami tidak bernasib baik, demikianlah ulasan yang diberikan pengurus T-Team, Datuk Abdul Rahin Mohd Said terhadap nasib yang dialami pasukannya ketika menentang Melaka pada perlawanan sulung Liga Perdana, malam kelmarin.

Pada aksi perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, itu, T-Team hanya mampu berkongsi satu mata dengan pasukan pelawat itu selepas terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Menurut Abdul Rahin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, memang dia berasa sedikit agak kecewa dengan keputusan berkenaan, lebih-lebih lagi selepas pasukannya memperoleh sehingga tujuh peluang bagi mencipta jaringan.:

“Kami memang tidak bernasib baik bagi meraih kemenangan kali ini selepas hampir tujuh peluang yang dicipta pemain gagal diterjemahkan menerusi jaringan sebenar.

“Jika diikutkan rasa kecewa memanglah saya berasa sedikit kecewa. Sementelahan pula, kami beraksi di gelanggang sendiri namun dalam bola sepak, pelbagai keputusan pun boleh berlaku,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.:

Katanya, dia mengakui barisan terbaik pasukannya agak pincang dalam perlawanan berkenaan dengan ketiadaan dua tonggak pemain utama mereka pada bahagian pertahanan dan serangan.:

“Ketua pasukan kami, Rosdi Talib yang juga penyerang utama terpaksa direhatkan dalam perlawanan ini kerana masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya.:

“Begitu juga dengan pemain bek kami, Mohd Norfadzly Alias yang masih ditimpa kecederaan. Situasi ini sedikit sebanyak merencatkan strategi yang kami atur menjelang pertemuan sulung ini,” katanya.

Namun, dia yakin keadaan ini akan berubah menjadi lebih baik pada perlawanan kedua mereka menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang, Kuala Lumpur, Isnin ini.

“Saya difahamkan oleh jurulatih bahawa kedua-dua pemain yang cedera ini akan dapat diturunkan pada perlawanan itu nanti. Saya fikir berita gembira ini akan mengubah persembahan sebenar T-Team kelak,” katanya.

Label: ,


inam kitites at 5:27 PTG | 0 comments
SHAH ALAM – Skuad Piala Presiden Selangor membuka tirai saingan liga dengan langkah kanan setelah menewaskan KL Plus 1-0 di Padang SUK, Shah Alam minggu lalu.

Menurut Koordinator Skuad Piala Presiden Selangor Hamdan Hashim, walaupun menang dalam perlawanan pertama ini, namun beliau masih belum berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi yang ditunjukkan oleh setiap pemain.

“Pemain-pemain yang ada masih baru dan tidak mempunyai pengalaman dan masih gugup apabila pertama kali beraksi di hadapan penonton.

“Pihak lawan memberikan saingan yang cukup kuat namun kita bertuah apabila pemain musim lalu, Premnath Shds berjaya menyumbat gol tunggal bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita," katanya.

Kata beliau lagi, kini Selangor belum berada dalam kedudukan selesa tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai bekalan tiga mata untuk berkunjung ke Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak, Khamis ini untuk perlawanan kedua mereka.

“Perlawanan seterusnya kita akan banyak bermain di gelanggang lawan, jadi banyak yang perlu diperbaiki lagi untuk meningkatkan lagi prestasi pemain dan juga keyakinan mereka untuk bertemu dengan lawan seterusnya.

“Saya percaya bimbingan skuad di bawah kendalian P Somasundram dan Anuar Abu Bakar, Selangor pasti akan mengorak kejayaan lagi selepas ini. Kita berjya menamatkan penantian 10 tahun tidak menjulang piala ini dan kita berjaya juga menewaskan Perak 1-0 dalam perlawanan akhir musim lalu, jadi tahun ini kita berazam untuk terus mengekalkan kejuaraan ini musim ini,” katanya.

Label: ,


inam kitites at 5:25 PTG | 0 comments
TAMAN BUNGA RAYA – Apartmen Anggerik menebus kekecewaan tewas 2-3 kepada Apartmen Kenanga minggu lalu dengan mengalahkan Apartmen Mawar 2-0, kelmarin.

Apartmen Anggerik dilihat lebih banyak menguasai permainan melalui gerakan-gerakan cantik pemain tengah pasukan dan hasilnya berjaya memperoleh dua gol di separuh masa.

Sebaik separuh masa kedua bermula, pasukan Apartmen Mawar melakukan beberapa pertukaran pemain bagi menguatkan barisan serangan, namun masih gagal menembusi penjaga gol Apartmen Anggerik yang beraksi cemerlang.

Dalam usaha mencari gol dan menahan asakan pihak lawan, empat pemain Apartmen Mawar dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain lawan.

Hujan lebat pada separuh masa kedua tidak menghalang pemain untuk beraksi, namun kedua-dua pasukan bermain dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan serius berlaku.

Pengurus Apartmen Anggerik, Azemi Aziz berkata, beliau amat berpuas hati terhadap mutu permainan pasukan Apartmen Anggerik.

“Pemain-pemain bermain dengan baik dan menunjukkan kesungguhan untuk mencatat kemenangan setelah tewas minggu lalu, hasilnya kami berjaya mencatat kemenangan hari ini.

“Apartmen Anggerik kini menambah tiga mata untuk menduduki carta teratas kejohanan walaupun hanya berbeza jaringan dengan pasukan di kedudukan kedua, Apartmen Kenanga,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kelab Bola Sepak Taman Bunga Raya, Shahril Anuar Othman memuji penonton-penonton yang semakin ramai hadir menyaksikan liga tersebut.

“Walaupun hujan lebat pada separuh masa kedua perlawanan, namun penonton masih setia menunggu menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi,” katanya.

Label:


inam kitites at 5:25 PTG | 0 comments