28.11.08
KUALA TERENGGANU – Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) mengucapkan tahniah kepada semua barisan pemain pasukan T-Team yang berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Pra-Musim 2008/09.

Juara Liga FAM 2008 itu berjaya merangkul kejuaraan kejohanan pemanas badan Liga Malaysia musim depan selepas menundukkan naib juara Liga Perdana 2008, KL Plus dengan kemenangan tipis, 1-0.

Setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata, kejayaan T-Team dianggap sebagai satu suntikan semangat berkesan buat pasukan yang akan bersaing buat pertama kalinya dalam kempen Liga Perdana, musim depan.

“Bagaimanapun, mereka tidak harus ‘besar kepala’ dengan kejayaan yang diperoleh kerana harapan sebenar peminat di negeri ini adalah melihat T-Team melayakkan diri dalam saingan Liga Super pada musim 2010 nanti,” katanya.
Sinar Harian (terengganu)

Label: ,


inam kitites at 1:58 PTG |

0 Comments: