KUANTAN - Berbekalkan khidmat dua bekas pemain negeri 80-an, Norkhizan Surih dan Rahim Abdul Manan, pasukan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Singa Emas yakin melangkah ke final pada saingan Liga Veteran 2008 yang bermula 1 November lalu.
Pencapaian terbaik yang pernah dilakar mereka tersekat pada separuh akhir, bagaimanapun, akur dengan pasukan dari Rompin yang membuatkan kali ini mereka berazam menebus kembali kehampaan apabila menentang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), hari ini.
Pengurusnya, Kamarul Azlan Mohd Fati berkata, peluang terbuka untuk memenangi perlawanan itu bergantung kepada pasukan yang mana banyak melakukan kesilapan dan pasukan yang menggunakan kelemahan lawan, mampu mara ke final.
“Peluangnya memang 50:50 namun pemain kami sudah bersedia untuk memberikan aksi habis-habisan dan membenam lawan. Setakat ini, kami tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemain dalam keadaan terbaik
“Jika tidak, kami terpaksa menunggu sekali lagi dan kempunan beraksi di final nanti,” katanya kepada Sinar Harian selepas perlawanan membenam KIVAS 1-0 di Padang MPK Satu di sini, Ahad lalu.
Mengulas sejarah pasukan itu, Kamarul yang menjadi pengurus pasukan sejak ia mula ditubuhkan, berkata, pasukan itu memang fokus dengan pemain veteran dan tidak pernah lupa menyertai liga sepanjang ia mula dianjurkan.
“Untuk persediaan liga ini, kami sering kali terlibat dalam perlawanan persahabatan dan ia tidak terhad di Kuantan, malahan luar daerah seperti di Kampung New Zealand, Maran dan Jengka.
“Bagi memastikan stamina pemain kekal cergas, selalunya pemain melakukannya sendiri. Kami tidak mengalami sebarang masalah mengenainya,” katanya.
KRT Singa Emas yakin
inam kitites at 1:50 PTG