Pengurus Pasukan Selangor, Zakaria Ab Rahim berkata, mereka masih belum menjumpai pemain muda yang dilihat berkualiti dan sesuai bagi mengisi kekosongan tersebut.
“Buat masa ini kita akan memberi peluang kepada pemain muda untuk melengkapkan barisan pemain dalam pasukan Selangor.
“Dalam sesi pemilihan pemain tempoh hari, kita masih belum menjumpai pemain yang betul-betul berbakat untuk bermain dalam skuad Liga Super nanti.
Menurutnya, pihaknya masih membuka peluang kepada pemain muda untuk menghadiri sesi uji bakat termasuk untuk Skuad Piala Presiden.
“Jadi kita masih membuka peluang ini dan mengalu-alukan pemain muda yang berbakat bagi menghadiri sesi pemilihan pemain termasuk untuk skuad Piala Presiden,” katanya.
Ditanya tentang kegagalan Selangor mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Pra Musim 2008/09 anjuran Felda United, Zakaria menjelaskan, mereka akan mengkaji semula setiap kelemahan dari setiap sudut.
“Kejohanan lalu adalah sebagai pemanas badan buat kita dan kelemahan pemain dapat dikenal pasti dari awal adalah baik sebelum saingan Liga Super bermula musim depan.
“Selain itu kita juga dalam proses menyesuaikan pemain dan memberi mereka ruang dalam mencari persefahaman antara mereka.
“Selepas ini kita akan mengadakan lagi perlawanan persahabatan bersama skuad Harimau Muda di Padang FAM minggu ini untuk melihat lagi kemampuan pemain," katanya.
Selangor gagal ke separuh akhir Kejohanan Pra Musim 2008/09 apabila hanya meraih satu kemenangan 4-0 dengan CIMB FC, seri tanpa jaringan menentang Proton FC dan tewas kepada Felda United 4-0.
Diambil dari Sinar Harian (sel & kl)
Pemain muda berpeluang barisi skuad Selangor
inam kitites at 12:04 PTG