ENTAH di mana silapnya, seorang pengadil yang tidak mempunyai lesen boleh dipilih untuk mengadili satu perlawanan di peringkat kebangsaan dan akibatnya, satu laporan polis terpaksa dibuat selepas pengadil terbabit hampir diserang pemain. Insiden itu berlaku dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Bardhan, Sabtu lalu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pengadil yang berasal dari Sarawak itu, George Wise dikejar beberapa pemain Pulau Pinang yang tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat. Semuanya gara-gara keputusan Wise yang menghadiahkan penalti kepada Selangor pada minit ke-89 untuk disempurnakan D Surendran, sekali gus memberikan kemenangan 2-1 buat tuan rumah dan melayakkan Selangor ke perlawanan akhir.
Label: FAM, Lain-Lain, Pulau Pinang, Selangor