24.11.08
KUPANG - Skuad Zon Kuala Ketil masih kempunan bergelar juara Daerah Baling/Sik selepas tewas dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Baling/Sik (MSSD) BS, baru-baru ini.

Sekiranya tahun lalu mereka tewas kepada Zon Kuala Pegang tetapi tahun ini terpaksa akur terhadap kemantapan Zon Sik yang mengalahkan mereka 2 - 1 di padang Sekolah Kebangsaan Kampung Keda, Kupang, di Baling, Kedah, baru-baru ini.

“Kami sememangnya berasa amat terkilan kerana sudah dua tahun berturut-turut menghuni tangga naib juara walaupun menghimpunkan pemain berkualiti.

“Kami terpaksa akur kerana dalam bola sepak sedikit kesilapan boleh membawa padah dan itu yang kami terima untuk berpuas hati sebagai naib juara,” kata jurulatihnya, Mohd Isa Hashim yang dibantu, Azam Fansuri Aziz dan Darul Shamri Danian.

Dalam perlawanan secara liga melalui kiraan mata, Zon Kuala Ketil kalah dua kali iaitu kepada Zon Kuala Pegang 1 - 3 dan Zon Sik 1 - 2 sebelum membelasah Zon Baling 4 - 1.

Bagaimanapun, menurut Mohd Isa, pemain masih gagal mengambil kesempatan di atas kekalahan dua lagi pesaing dan mereka bernasib baik kerana kelebihan jaringan untuk muncul naib juara BS.

“Jika kami menang dua kali sudah tentu gelaran juara dalam genggaman, namun ia tidak berlaku dan kami berjanji saingan tahun depan akan menguatkan azam pemain meraih juara BS,” katanya.
Diambil dari Sinar Harian (utara)

Label: ,


inam kitites at 3:43 PTG |

0 Comments: