Pemain yang baru kembali dari Kejohanan Pramusim 2008/09, D Surendran muncul wira pasukan Selangor setelah menyumbat dua gol termasuk sepakan penalti pada babak terakhir sekali gus mencatat kemenangan agregat 3-2.
Jaringan gol terakhir Selangor menimbulkan kontroversi apabila pemain Pulau Pinang tidak puas hati dengan keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti setelah D Surendran dikasari pemain Pulau Pinang.
Jurulatih Selangor, P Somasundram berkata, walaupun berjaya melangkah ke perlawanan akhir namun beliau masih belum berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pemain.
“Babak pertama perlawanan menyaksikan keseimbangan di antara dua pihak sehinggalah Surendran menyumbat gol pertama untuk pasukan.
“Saya kurang berpuas hati dengan persembahan pemain di bahagian benteng pertahanan apabila kami hilang tumpuan dan dibolosi seminit kemudian," katanya.
Menurutnya, pada perlawanan akhir, beliau menjangkakan pasukannya bakal menghadapi perlawanan sengit kerana semua pemain dalam keadaan baik.
“Pada perlawanan akhir kami akan bermain di Stadium MBPJ dan pemain semua dalam keadaan yang baik tanpa ada kecederaan atau digantung perlawanan, jadi saya menjangkakan perlawanan yang sengit," katanya.
Kali terakhir Selangor menjulang piala tersebut adalah pada tahun 2003 dan pada tahun lalu pula hanya menyaksikan mereka tewas pada peringkat separuh akhir menentang Pahang yang menjuarai kejohanan tersebut.
Diambil terus Sinar Harian (Sel&KL)
Label: Pulau Pinang, Selangor, Sinar
Piala Bardhan: Selangor mara ke perlawanan akhir
inam kitites at 3:41 PTG