Jurulatihnya, Dollah Salleh berkata, pasukan itu bertekad membuktikan aksi mereka digeruni dan seterusnya menyelamatkan pasukan itu daripada tergelincir saingan Liga Perdana.
Katanya, pasukan itu menjadi medan terbaik buat pemain muda menjadi pelapis pasukan Liga Super Pahang, untuk beberapa tahun akan datang.
Malahan dengan tiga tonggak utama yang juga pemain senior, Azizul Kamaluddin, Jalauddin Abu Jaafar dan Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin membantu pemain muda merealisasikannya hasrat itu.
Menurutnya, dia yakin dengan gandingan pemain muda dan berpengalaman itu dapat membantu pasukan mengharungi musim yang dijangka bermula awal Januari tahun depan.
“Setakat ini, 22 pemain sudah dipilih dan menandatangani perjanjian dengan Shahzan, namun masih ada ruang untuk pemain lain mencuba nasib menyertainya.
“Saya akui, pemain kami masih mentah dan kekurangan pengalaman, namun berikan kami masa untuk membimbing mereka,” katanya kepada Sinar Harian dalam sidang media selepas majlis menandatangani kontrak bersama pemain di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) di sini, semalam.
Dollah turut mengakui persediaan Shahzan agak terlewat namun mereka memerlukan masa untuk mencari pemain baru dan dalam pemilihan baru-baru ini, lebih 80 pemain hadir tetapi masih belum mencapai standard ditetapkan.
Sementara itu, Pengurus Shahzan, Zainal Abidin Hassan mengakui, pengalaman anak-anak buahnya masih mentah, namun dengan khidmat 22 pemain yang sudah ada, Shahzan sudah boleh membuat persediaan sebelum menjelang liga.
“Setakat ini, terdapat lima kekosongan untuk melengkapkan pasukan dan kami masih belum berjumpa calon sesuai untuk posisi penyerang.
“Pasukan ini bakal terlibat dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dan menjelajah setiap daerah untuk meningkatkan keyakinan mereka," katanya.
Kali ini Dollah dibantu oleh Shahrul Nizam Sahat dan Mudzar Mohd diberikan tanggungjawab melatih penjaga gol pasukan.
Label: Shahzan Muda, Sinar
Tekad kikis imej belasahan
inam kitites at 2:05 PTG