Pasukan yang layak ke saingan separuh akhir adalah pasukan penganjur, Pasdec, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Singa Emas, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Anak Alam.
Pasdec membuktikan kehebatan dengan menundukkan lawannya, Tunas Kuantan, 5-2 sekali gus membuktikan kehebatan mereka menerajui saingan Kumpulan A.
Manakala KRT Singa Emas bernasib baik mengalahkan lawannya, Kivas dengan jaringan tipis, 1-0, sekali gus menamatkan impian lawan melangkah ke pusingan seterusnya.
MPK juga tidak ketinggalan membuktikan kehebatannya dengan menang bergaya ke atas Veteran Chenor, 5-1.
Sementara itu, Anak Alam memenuhi hasrat mereka untuk layak selepas menang ke atas lawan, Baksu, 4-2 sekali gus menggembirakan penyokong mereka yang setia memberikan sokongan sepanjang permainan.
Perlawanan separuh akhir bakal menyaksikan Pasdec bertemu Anak Alam, satu pertembungan menarik antara mereka kerana dibekalkan reputasi antara pasukan pilihan menjuarai liga kali ini.
Manakala MPK bakal menentang KRT Singa Emas. Semua perlawanan bakal diadakan pada 26 November ini (Rabu) di padang dan waktu yang sama, jam lima petang.
Peminat tempatan diminta tidak melepaskan peluang melihat aksi bekas pemain lama yang jarang disaksikan sebelum ini, sekali gus melihat kemampuan mereka beraksi walaupun sudah berusia.
Diambil terus Sinar Harian (pahang)
Persaingan hebat bakal warnai separuh akhir
inam kitites at 12:02 PTG