24.11.08
KOTA BHARU – Kelantan menepati ramalan apabila menewaskan Perlis 3-0 pada saingan separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV di sini, malam kelmarin.

Kemasukan pemain gantian, Mohd Khairul Mazwan Umar pada minit ke-56 menggantikan Nik Hamzah Nik Man mengubah segala-galanya apabila pemain Kelantan semakin bernafsu mendapatkan gol separuh babak kedua.

Hujan lebat menggagalkan usaha pemain Perlis untuk mendapatkan keputusan memihak kepada mereka tidak berhasil, malah memberi suntikan baru kepada pemain Kelantan untuk bermaharajalela.

Malam kegemilangan dimulakan oleh Khairul Zal Azmie Zainuddin pada minit ke-61 apabila menjaringkan gol pertama Kelantan selepas menerima hantaran Mohd Badri Radzi dan menewaskan penjaga gol Perlis, Mohd Izwan Ahmad.

Empat minit kemudian, Kelantan sekali lagi berada pada kedudukan 2-0 apabila Abdul Latif Jusoh mencuri peluang kealpaan pemain pertahanan Perlis selepas menerima hantaran Mohd Sany Nawi.

Abdul Latif sekali menambah derita pasukan pelawat apabila menanduk masuk bola bagi meletakkan Kelantan selesa di depan 3-0 pada minit ke-84 selepas menerima hantaran lintang dari Mohd Badri Radzi.

Kelantan terus menggandakan usaha untuk mendapatkan jaringan lagi menerusi Mohd Nizad Ayub bagaimanapun tendangannya melewati palang gol beberapa minit permainan berakhir.

Kelantan mempunyai banyak peluang pada separuh babak pertama, namun penyudahan kurang baik dilakukan oleh penyerang Kelantan yang dikemudikan oleh Khairul Zal Azmie dan Mohd Nizad Ayub, malah kehebatan penjaga gol Perlis harus dipuji kerana menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Kelantan.
Diambil Terus dari Sinar Harian (kelantan)

Label: , , ,


inam kitites at 3:37 PTG |

0 Comments: