JITRA - Kelab Bola Sepak Taman Mahsuri (KBTM) sedang mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan dan melatih mereka hingga ke peringkat tertinggi.
Jurulatih bola sepak KBTM, Mohd Irwan Rashidi berkata, bakat-bakat muda yang dicari itu adalah bagi mengisi kekosongan dalam skuad 10, 12, 14 dan 18 tahun.
Katanya, pencarian bakat muda diadakan di padang bola sepak Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) pada jam 5 petang setiap Jumaat dan Sabtu.
“KBTM mempunyai empat jurulatih iaitu saya sendiri, Nidzam Adzha, Fauzi Mustafa dan Romali Ibrahim yang akan mengendalikan soal pemilihan pemain,” katanya.
Beliau memberitahu, usaha yang dilakukan KBTM itu adalah sebagai salah satu program kelab berkenaan untuk menyertai mana-mana penganjuran kejohanan yang diadakan.
KBTM pernah mengikuti kejohanan bola sepak anjuran Qenari Kids HICOM, Kejohanan 4 Penjuru anjuran Jenpro di Shah Alam dan pernah menjadi johan di Kulim International Under 12 dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak bawah 12 tahun.
Kata Irwan, setakat ini tiga pemain bola sepak bawah 18 dari kelabnya telah dipilih untuk ke Akademi Kementerian Pelajaran.
Selain itu seramai 20 pemain lain bawah 12 tahun menjadi wakil daerah dan 15 pemain bawah 10 tahun menjadi wakil sekolah.
"Usaha KBTM mendapat sokongan daripada DM Group, Galeri Utara dan Perunding Sarjana Jurutera untuk membolehkan KBTM lebih berjaya dalam usaha yang dilakukan itu," katanya.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Rashidi (019-4161414), Romali (012-5576207) dan Nidzam (019-5431414) bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pemilihan pemain.
KBTM cari bakat baru
inam kitites at 2:07 PTG