26.11.08
TAMAN SEJATI - Skuad Polis dan Askar (POLASK) muncul juara Liga Bola Sepak Daerah Kuala Muda 2008 selepas menewaskan pasukan Hicom-Honda FC 2 - 1 di Stadium Mini Hicom-Honda, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

POLASK unggul di kalangan 32 pasukan bertanding yang diadakan secara liga itu untuk meraih wang tunai RM3,000.

Pada babak pertama, POLASK mendahului 2 - 0 namun permainan mereka tenggelam di separuh masa kedua hingga membolehkan pasukan tuan rumah, Hicom-Honda FC merapatkan jaringan.

Menyedari asakan diterima, POLASK mula mengemaskan pertahanan dan turut melancarkan serangan bagi menambah gol namun keputusan hingga tamat permainan kekal 2 - 1 sekali gus melegakan mereka.

“Kami berasa puas hati menjuarai liga ini. Untuk edisi akan datang, kami pasti berusaha mengekalkan kejuaraan yang dimenangi,” kata pengurus POLASK, Cif Inspektor Mohamad Khairi Abdullah.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohd Khalib, diiringi Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Khazali Din.

Sementara itu, pengerusi kejohanan, Yusri Yusof berkata, liga daerah berkenaan diwujudkan semula selepas enam tahun tidak diadakan disebabkan masalah-masalah tertentu.

“Objektif penganjuran liga ini ialah bagi mencungkil bakat baru selain mengisi masa lapang sesuatu komuniti,” katanya.

POLASK meraikan kejuaraan Liga Daerah Kuala Muda 2008 selepas perlawanan akhir di Stadium Mini Hicom-Honda, di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.
Sinar Harian (kedah)

Label: ,


inam kitites at 1:53 PTG |

0 Comments: