KUALA TERENGGANU – Juara Piala FAM 2008, T-Team memperoleh satu suntikan semangat baru menjelang musim baru Liga Perdana, Januari depan selepas merangkul kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Pra-Musim 2008/09.
Pada aksi perlawanan akhir di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, pasukan T-Team berjaya menewaskan naib juara Liga Perdana 2008, KL Plus, 1-0 hasil jaringan bekas pemain muda Pahang, Mohd Kamal Rodiarjat Md Ali.
Ketua jurulatihnya, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor berkata, dia gembira kerana sasaran awalnya mahu membentuk keserasian antara pemain dalam kejohanan itu telah membuahkan kejayaan yang lebih besar dengan gelaran juara berkenaan.
“Kini kami lebih yakin mahu bersaing pada musim baru Liga Perdana, Januari depan," katanya.
Pasukan T-Team dapat suntikan semangat baru
inam kitites at 1:57 PTG