21.11.08
KOTA BHARU – Pemain diingatkan supaya tidak terlalu ghairah walaupun mencipta banyak kemenangan sebelum ini apabila Kelantan menanti kunjungan Perlis pada saingan separuh akhir pertama, Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhamad ke-IV Sabtu ini.

Pemain berada pada landa-san terbaik untuk menjadikan Perlis mangsa sekali lagi selepas Selangor kecundang kepada pasukan itu pada saingan suku akhir, malah pemain bebas daripada kecederaan dan penggantungan.

Jurulatih Kelantan, Anizam Daud berkata, pemain harus bermain secara berpasukan dan mencipta peluang menjaringkan gol pada perlawanan yang cukup penting bagi menentukan kemaraan Kelantan pada kejohanan itu.

Katanya, pemain kini hanya mengutip tiga kad kuning daripada lima perlawanan mampu mengubah persepsi orang ramai mengenai mutu pasukan Kelantan yang dilabelkan pasu-kan mempunyai permainan kasar.

“Perlis adalah sebuah pasu-kan mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri selain sebahagian besar bekas pemain Liga Super sebelum ini. Ia adalah anca-man yang boleh menyekat hasrat pasukan Kelantan.

“Jika pemain melakukan sedikit kesilapan boleh mengundang masalah kepada pasu-kan kerana Perlis menyimpan hasrat untuk mara ke perlawa-nan akhir selepas menumbangkan Negeri Sembilan dengan agregat 3-1,’’ katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Kejohanan Piala Emas Raja-Raja tahun ini menawarkan RM30,000 kepada pasukan yang muncul juara.

Anizam meminta soko-ngan padu penonton sekali lagi memandangkan kejayaan Kel-antan tidak akan dicapai tanpa kerjasama dan sokongan padu peminat serta penyokong Kelantan.

“Kita turut mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lain bagi membaiki kelemahan pasukan sepanjang minggu ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang membenarkan Mohd. Badri dan Mohd. Nizad bermain dalam skuad Piala Emas Raja-Raja malah kedua-dua pemain ini yang berperanan kepada kejayaan Kelantan selama ini,’’ ujarnya.
Lagi Sinar Harian (kelantan)

Label: , , ,


inam kitites at 5:43 PG |

0 Comments: