25.1.09
KUALA KLAWANG - Perlawanan Persahabatan di antara Kuala Klawang FC dan Damak FC berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kuala Klawang FC, 3-2 dalam perlawanan menarik di Stadium Majlis Daerah Jelebu (MDJ) di sini, baru-baru ini.

Pengurus Kuala Klawang FC, Mohd Ali Yusuff berkata, perlawanan itu berlangsung pada jam 5.00 petang bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara semua peminat permainan bola sepak.

Menurutnya, kemenangan pasukannya dalam perlawanan persahabatan itu bukanlah menjadi tujuan utama perlawanan itu dijalankan tetapi ingin membina hubungan yang baik antara pasukan ini dengan pasukan lain.

“Saya amat gembira kerana semangat kesukanan yang tinggi telah ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan dan membuatkan permainan bola sepak ini menjadi semakin menarik.

“Selain itu, semangat dan kerjasama pemain Kuala Klawang FC ini juga dilihat semakin kukuh dan secara tidak langsung memudahkan pasukan ini mencapai kemenangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ali berkata, pada setiap minggu, dia akan memastikan pasukannya yang terdiri daripada pemain lingkungan umur antara 18 hingga 45 tahun berentap dengan satu pasukan lain bagi memantapkan lagi kemahiran mereka dalam permainan bola sepak.

Perlawanan persahabatan itu menarik perhatian orang ramai yang menyaksikannya dan mereka dihiburkan dengan aksi lincah kedua-dua pasukan yang tampil dengan kelebihan yang tersendiri.
Sinar Harian

Label:


inam kitites at 3:49 PTG |

0 Comments: