Menurut Koordinator Skuad Piala Presiden Selangor Hamdan Hashim, walaupun menang dalam perlawanan pertama ini, namun beliau masih belum berpuas hati sepenuhnya dengan prestasi yang ditunjukkan oleh setiap pemain.
“Pemain-pemain yang ada masih baru dan tidak mempunyai pengalaman dan masih gugup apabila pertama kali beraksi di hadapan penonton.
“Pihak lawan memberikan saingan yang cukup kuat namun kita bertuah apabila pemain musim lalu, Premnath Shds berjaya menyumbat gol tunggal bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita," katanya.
Kata beliau lagi, kini Selangor belum berada dalam kedudukan selesa tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai bekalan tiga mata untuk berkunjung ke Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak, Khamis ini untuk perlawanan kedua mereka.
“Perlawanan seterusnya kita akan banyak bermain di gelanggang lawan, jadi banyak yang perlu diperbaiki lagi untuk meningkatkan lagi prestasi pemain dan juga keyakinan mereka untuk bertemu dengan lawan seterusnya.
“Saya percaya bimbingan skuad di bawah kendalian P Somasundram dan Anuar Abu Bakar, Selangor pasti akan mengorak kejayaan lagi selepas ini. Kita berjya menamatkan penantian 10 tahun tidak menjulang piala ini dan kita berjaya juga menewaskan Perak 1-0 dalam perlawanan akhir musim lalu, jadi tahun ini kita berazam untuk terus mengekalkan kejuaraan ini musim ini,” katanya.
Label: Liga Super, Selangor
Selangor mula langkah kanan
inam kitites at 5:25 PTG