Pengerusi Kenari Kid Daerah Kubang Pasu, Nesar Ahmad Khan Rafi Ahmad Khan berkata, setiap hari Jumaat kami akan mengadakan Akademi Kenari Kid untuk pemain cilik yang berbakat.
“Kami akan memberi mereka tunjuk ajar bagaimana mengawal bola kerana pemikiran mereka masih lagi boleh dibentuk pada peringkat umur itu.
“Selepas enam minggu mengikuti akademi ini, kita boleh lihat mereka bukan sahaja pandai mengawal bola malah mereka juga boleh berkomunikasi dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Stadium Mini Jitra.
Kata Nesar, mereka diberi pendedahan untuk menjadi pemain bola sepak yang berdisiplin dan berwibawa.
Menurutnya, walaupun umur mereka seawal lima tahun, mereka sudah berminat ke arah sukan bola sepak dan itulah yang pihak mereka ingin cari.
“Kami mempunyai lapan jurulatih profesional untuk melatih mereka yang mana jurulatih ini pernah menjadi pemain bola sepak Kedah dahulu.
“Jadi, bukanlah terlalu sukar untuk membentuk mereka kerana dengan pengalaman dan pengetahuan jurulatih, ia mampu mendedahkan pemain cilik ke arah mutu permainan sukan ini yang lebih baik,” katanya.
Bagi waris yang ingin menghantar anak mereka mengikuti akademi ini bolehlah menelefon Fauzi Ismail menerusi talian 012-5711534 atau terus ke Stadium Mini Jitra setiap hari Jumaat jam 8 hingga 10 pagi.
Sinar Harian
Label: Lain-Lain
Akademi Kenari Kid cari bakat baru
inam kitites at 3:51 PTG