25.1.09
KUANTAN - Bagi peminat sukan bola sepak di sini, perlawanan Liga Super dan Liga Perdana 2009 hanya memulakan tirainya, bermula Februari depan.

Namun, perlawanan terakhir Januari ini, menyaksikan saingan Piala FA bakal bermula 31 Januari ini.

Pahang menjadi tuan rumah bertemu Selangor PKNS FC. Manakala Shahzan Muda juga beraksi di gelanggang sendiri menentang Terengganu T-Team, 2 Februari ini.

Pertemuan skuad Tok Gajah menentang Kuala Muda (KM) Naza, Kedah di gelanggang sendiri di Stadium Darul Makmur, 10 Februari ini menjadi perlawanan pembuka tirai saingan Liga Super 2009.

Pastinya perlawanan itu mungkin menjadi titik tolak buat anak buah Tajuddin Nor, selepas mendapat suntikan moral hasil kemenangan pertama mereka menundukkan pencabarnya, UPB-MyTeam, 1-0.

Setakat ini, Pahang menduduki tangga ke-12 selepas mengharungi empat perlawanan, mengumpul tiga mata. Sebelum itu, Pahang tewas tipis, 2-3 bertemu Johor FC dan Perlis dan tewas menentang Kuala Lumpur (KL) Plus, 0-1.

Sementara itu, saingan Liga Perdana menyaksikan Shahzan Muda bertemu Kuala Lumpur, 9 Februari di gelanggang lawan, Stadium Cheras. Pastinya, anak buah Dollah Salleh perlu bekerja keras untuk merangkul kemenangan pertama.

Setakat ini, Shahzan Muda masih gagal merangkul tiga mata selepas hanya mampu seri, 1-1 bertemu Sarawak dan tewas dua gol tanpa balas menentang Johor dan menghuni kedudukan ke-12 selepas hanya mengutip satu mata.
Sinar Harian

Label: ,


inam kitites at 3:38 PTG |

0 Comments: