Dengan kemenangan itu, Kelantan mengumpul 10 mata dari empat perlawanan selain mula memberi amaran kepada mana-mana pasukan lain pada saingan liga musim ini.
:The Red Warriors Junior ketinggalan pada minit ke-10 apabila pemain pelawat, Mohd Saufie mengambil kesempatan akibat kesilapan pemain pertahanan Kelantan, Mohd Hanif dan terus menjaringkan gol menewaskan Khairul Fahmi.
Bagaimanapun kekecewaan itu tidak kekal lama kerana momentum dua kemenangan di tempat lawan lalu dengan menewaskan PP SDM Kepala Batas FC 12-0 dan Melaka 3-0 mengatasi segala-galanya.
Mohd Farhan Yaakub memecah kebuntuan pasukan tuan rumah dengan tendangan sepakan percuma dari jarak 20 meter menewaskan penjaga gol Terengganu pada minit ke-40 bagi menyamakan kedudukan.
Pemain Kelantan terus menggandakan asakan demi asakan untuk mencari gol dan usaha mereka berhasil apabila Mohd Izuan Sallehuddin meletakkan Kelantan di depan 2-1 hasil rembatan kencang dalam kawasan penalti dua minit kemudian.
Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat walaupun pemain Kelantan yang mengawal dan menguasai permainan untuk mendapatkan jaringan namun tiada penyudahan yang dilakukan.
Perlawanan sulung di gelanggang sendiri menentang UPB-My Team baru-baru ini berkesudahan Kelantan seri 1-1 dengan pasukan pelawat.
Sinar Harian
Label: Kelantan, Piala Presiden, Terengganu
Kelantan kalahkan Terengganu 2-1
inam kitites at 3:36 PTG