26.1.09



Jurulatih dah letih melatih, persiden sampai mangkat dah semakin botak dan berharap akan tumbuh rambut seumur hidup dikerusi besinya,timbalan presiden plak sebok cari sebab kekalahan pilihanraya kecil P036, setiausaha agung pulak sebok dok trim misai jarangnya dan pemain dok mengadu kereta nak kena tarik.

Apalagi yang tak kena? Pemain importkah? Goal-kepper tak pandai tangkap bolakah? Jurulatih terlalu prokah? Atau pengurusi seumur hidupkah? Atau pemain ada amek rasuahkah? Jadual Liga Super yang terlalu rapatkah? Setiausaha Komandorkah? Gaji pemain tak dibayarkah? Padang tak rata atau tak nampak garisankah? Atau kerana Cuaca yang tak menentu seperti hujan lebatkah? Atau kerna faktor susah nak dapatkan menu-makan yang sesuai sebelum perlawanankah? Atau sebab rakyat Malaysia lebey sukan tengok EPLkah? Fasal pemain bolasepak negara takder penyokong digelangang sendirikah? Atau kerna Meet Uncle Husain menang Juara Lagu dan Faizal Tahir perform pakai bajukah? Apa lagi yang tak kena kali ini?

Dan ini pertama kali Sperm muncul diblog sendiri sejak beroperasi dari bulan November 2008. Dan dah sampai masanya untuk menyatakan bahawa bukan salah jurulatih, pemain, tukar urut, setiausaha, kerani menaip di pejabat kat Kelana Jaya penjual tiket kat stadium, peminat dan penyokong sukan no.1 yang dibawah oleh orang Inggeris, atau pengulas bolasepak no.1 negara abg hasbullah awang.

Tetapi Presiden Sampai Mangkatlah yang harus berundur. Sejak 1984 hanya 1989 jer yang boleh kita dan rakyat Malaysia berbangga dan selebeynya kita semua makan hati dan simpan hasrat serta impian angan-angan Jenin mendaki Gunung Tahan.

Dan sejak dia jadi Presiden Sampai Mangkat nih, banyak kontroversi tercetus dan antaranya membabitkan pemain pertama termahal yuran perpindahan Malaysia digelar "budak disko" dan isu buang daerah dan sebelum barah semakin parah,

CEPAT!!! LETAK JAWATAN SEKARANG!!

p/s: antara punca bolasepak kita merosot adalah sistem rasis didalam persatuan, pasukan dan logo.

Label:


inam kitites at 11:22 PG |

0 Comments: