31.1.09
'Kami bukan skuad belasahan'

TAJUDDIN (belakang kiri) tetap yakin dengan kemapuan skuad mudanya jika terus diberi kepercayaan serta sokongan.

PAHANG tidak mahu dilabel sebagai pasukan belasahan. Bagi mengelak tanggapan tersebut, jurulatih Pahang, Tajuddin Nor menuntut anak-anak buahnya tampil garang pada perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang PKNS Selangor di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.
Kosmo


Zaquan tekad gegar
SELEPAS gagal menjaringkan sebarang gol dalam dua perlawanan terakhir saingan Liga Super, penyerang Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak tidak mahu lagi kempunan menggegar gawang apabila menentang Melaka dalam pertemuan pertama saingan Piala FA, malam ini.
Harian Metro

Buruan Irfan
TANPA mempedulikan sehebat mana tentangan bakal dihadapi, ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim tetap mahukan kemenangan mutlak menentang Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) di Stadium J Corp, Pasir Gudang, malam ini.
Harian Metro

Perak waspada
KEKALAHAN kepada SDM Kepala Batas dalam perlawanan persahabatan pramusim menjadi pengajaran berguna buat Perak apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak, malam ini.
Harian Metro

Perlis tidak rela diaibkan

KUALA LUMPUR - Elak 'tragedi' berlaku dan jangan ambil mudah merupakan amanat khas disampaikan oleh jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim kepada pemainnya menjelang perlawanan Piala FA pusingan pertama hari ini,
Utusan


Reduan harap Felda Utd. fokus
KUALA LUMPUR - Nasihat khas buat pemain Felda United dalam pertemuan Piala FA pusingan pertama hari ini menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) ringkas tetapi padat - jangan hilang fokus. Pesanan tersebut disampaikan oleh jurulatihnya, Mohd. Reduan Abdullah yang mahu anak buahnya menumpukan sepenuhnya dalam perlawanan menentang PDRM dan tidak memandang mudah.
Utusan


Pahang enggan dibuai mimpi
KUANTAN - Meskipun mempamerkan persembahan 'yo-yo' pada awal musim ini, Pahang tidak mahu terus dilabelkan sebagai pasukan belasahan apabila melayan Selangor PKNS pada perlawanan Piala FA, malam ini.
Utusan


SD pasang perangkap
KUALA LUMPUR - Jika tersilap langkah Sang Seladang pasti akan terperangkap dengan pasukan kerdil, Sinar Dimaja (SD) Mai Sarah dalam perlawanan Piala FA pusingan pertama hari ini.
Utusan

Label: , , , , , ,


inam kitites at 1:54 PTG |

0 Comments: