Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, KAFA tidak mahu terlibat dalam sebarang kontroversi walaupun nyaris terbabit dalam masalah selepas FAM memberi kemenangan percuma kepada KL Plus ekoran masalah teknikal padang pada perlawanan sulung Liga Super.
Katanya, semua pihak termasuk pemain dan kakitangan KAFA tidak perlu menunjukkan kelemahan pada orang lain yang boleh menggambarkan imej buruk pada pasukan.
“Tiada guna kita menunjukkan kelemahan padahal pada masa yang sama kita tidak buat apa-apa.
“Kita hanya mahu memberi yang terbaik bagi memastikan pemain dan masyarakat dapat menikmati hasil pembangunan bola sepak Kelantan,” katanya ketika berucap merasmikan program gotong-royong di Villa Danialla Resort, di sini kelmarin.
Annuar berkata, pihaknya juga mahu pemain dan kakitangan KAFA bebas dari sebarang unsur tidak sihat terutama masalah rasuah.
“Kita mahu pemain dapat diuruskan dengan sebaik mungkin tanpa masalah gaji tertunggak malah kebajikan mereka diberi keutamaan.
“Semua aspek merangkumi kebajikan, mutu bola sepak dan kemudahan lain perlu diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.
Sinar Harian
Label: Kelantan
Pemain, Pengurusan KAFA perlu tonjolkan imej baik .
inam kitites at 12:55 PTG