Latihan yang bakal berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Dua A, turut membuka penyertaannya kepada pemain cilik meningkatkan lagi kemahiran dalam sukan itu.
Pengarah Teknikal dan Kejurulatihan PBNP, Fuzzeimi Ibrahim berkata, tahun ini terdapat sedikit perubahan membabitkan jurulatih.
“Tahun ini kami berhasrat menggunakan khidmat bekas pemain negeri yang mempunyai kelayakan sebagai jurulatih untuk membimbing pemain ini.
“Terdapat empat kategori penyertaan peserta, iaitu bawah 8, 10, 12 dan 14 tahun dan kami menyasarkan seberapa ramai peserta menyertainya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Menurutnya, selain perubahan penggunaan khidmat jurulatih, yuran bulanan turut dinaikkan buat kali pertama selepas 14 tahun penubuhan program itu, dari RM25 ke RM30.
“Yuran perlu dijelaskan selewat-lewatnya, 5 hari bulan setiap bulan dan latihan diadakan dalam dua sesi iaitu, Sabtu (5 sehingga 6.45 petang) dan Ahad (8 sehingga 9.45 pagi).
Ditanya tujuan program ini, Fuzzeimi berkata, ia bagi menyelaraskan satu program yang tersusun merangkumi kemahiran yang menekankan sentuhan awal dan mengenal pasti secara umum pemain berbakat.
“Ini penting dalam memastikan mereka mendapat asas yang kukuh untuk mencapai kecemerlangan peringkat yang lebih tinggi dalam arena bola sepak.
Untuk sebarang maklumat lebih lanjut, boleh mendapatkannya di pejabat PBNP di Stadium Darul Makmur atau pun di talian 09-5145630.
Sinar Harian
PBNP teruskan latihan cungkil bakat baru
inam kitites at 3:47 PTG