5.2.09
Irfan puji aksi anak buah
BIARPUN persembahan Perlis mengundang rasa marah dan kecewa penonton ketika menewaskan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam perlawanan kedua, pusingan pertama Piala FA kelmarin, namun ia berlawanan pula dengan jurulatih pasukan, Irfan Bakti Abu Salim.
Berita Harian
Penat punca Perlis lesu
KETUA jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim menekankan beliau bukan sengaja mencipta alasan tapi menganggap kepenatan sebagai punca persembahan hambar pasukannya walaupun menewaskan pendatang baru, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), 2-0 pada perlawanan kedua pusingan pertama Piala FA di Stadium Utama Negeri, Kangar.
Harian Metro
Dua wakil Johor lebur
WAJAH duka jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid tampak ketara selepas tersingkir awal untuk layak ke pusingan kedua Piala FA selepas sekadar seri 0-0 dengan Pulau Pinang di Stadium JCorp, Pasir Gudang, kelmarin.
Harian Metro
Hairuddin puas hati
KEJAYAAN melangkah ke pusingan kedua Piala FA sudah cukup memuaskan hati kapten T-Team, Hairuddin Omar selepas pasukannya seri dengan Shahzan Muda 2-2 tapi layak berdasarkan peraturan gol di tempat lawan, kelmarin.
Harian Metro

Label: , , , ,


inam kitites at 12:32 PTG |

0 Comments: