Kelana Jaya: Adalah dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Bolasepak Malaysia FAM telah menerima laporan terkini daripada pihak Wisma Putra berkaitan dengan proses membawa pulang jenazah masih berjalan.
Untuk makluman semua, jenazah tidak akan tiba pada malam ini seperti yang telah disiarkan sebelum ini. Walaubagaimana pun pihak FAM sentiasa berhubung dengan pihak Wisma Putra dan FIFA mengenai perkembangan proses membawa pulang jenazah ke tanahair.
Pihak FAM akan memaklumkan jadual rasmi ketibaan jenazah ke tanahair setelah mendapat maklumat rasmi daripada pihak Wisma Putra kelak.
Sekian.
AL-FATIHAH
Kenyataan Akhbar - Proses membawa pulang jenazah Allahyarham Mohd Nazri Abdullah ke Malaysia
inam kitites at 4:12 PG