Sathia kena lamar
KONTRAK ketua jurulatih skuad kebangsaan, B Sathianathan ditamatkan hujung bulan ini, tetapi khidmat jurulatih kelahiran Perak itu masih ditagih. Terbaru, sekurang-kurangnya tiga kelab ada menyatakan kesudian mendapatkan khidmat beliau menerusi perbincangan tidak rasmi dengan kata putus akan dibuat dalam masa terdekat.
FAM main teka-teki
SIAPA individu yang bakal menduduki kerusi panas selaku ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan masih menjadi teka teki. Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga kini belum membuat keputusan mengenai individu yang bakal dilantik bagi menggantikan B Satianathan, disingkirkan selepas kekalahan teruk skuad negara kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada kelayakan Piala Asia, bulan lalu.
Pencarian jurulatih bola sepak negara masih buntu
SEREMBAN - Skuad bola sepak kebangsaan terus 'papa kedana' dalam menentukan siapakah calon paling layak membimbing pasukan yang kian parah itu. Malah, sehingga semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus buntu dan menjelaskan, tiada dalam kotak pemikiran mereka siapa calon yang akan menggantikan bekas jurulatih, B. Sathianathan buat masa ini.
Jurulatih tempatan jadi pilihan - Gulzar
PUTRAJAYA - Pasukan bola sepak kebangsaan akan terus mendapat sentuhan jurulatih tempatan. Pengurus baru pasukan kebangsaan, Datuk Gulzar Mohamad ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak mendedahkan calon-calon yang bakal mengisi kerusi panas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.
Kerusi Panas FAM Bhg. II
inam kitites at 12:05 PTG