5.2.09
Tuah anak didik Rajagobal

PEMAIN KL Plus Mohd Fadli Saari (kiri) dikawal ketat pemain Harimau Muda Mohamad Fandi Othman pada perlawanan di Stadium Cheras, malam tadi.

SUNGGUH pun tewas, Harimau Muda pimpinan K Rajagobal tetap melayakkan diri ke pusingan kedua, kejohanan bola sepak Piala FA selepas kecundang 1-0 kepada KL Plus di Stadium Persatuan Bola Sepak Cheras, malam tadi dengan agregat 2-1.
Harian Metro
KL Plus, Pahang hampa
HARAPAN KL Plus untuk mengintai perlawanan seterusnya tidak kesampaian selepas tunduk 2-1 secara agregat ke atas Harimau Muda pada saingan Piala FA, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi. Meskipun menang 1-0 ke atas Harimau Muda hasil jaringan Boby Gonzales pada minit ke-35, ia tidak mendatangkan sebarang makna selepas skuad bimbingan K Rajagobal itu memiliki kelebihan dua gol pada perlawanan lalu.
Harian Metro
Piala FA: KL Plus tersingkir
KUALA LUMPUR - Hajat KL Plus untuk mengulangi prestasi musim lalu layak ke pusingan kedua Piala FA tidak kesampaian selepas tewas agregat 2-1 kepada Harimau Muda di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam.
Utusan

Label: , , , ,


inam kitites at 12:16 PTG |

0 Comments: