3.12.08
KUALA NERUS – Pengurusan pasukan ‘junior’ T-Team sudah mula mengenal pasti barisan pemain mereka yang akan dipilih menyertai kempen Piala Presiden musim 2009 bermula pada Februari depan.

Penolong pengurusnya, Amiruddin Abdul Rashid berkata, mereka sekarang sudah mempunyai 28 pemain muda yang dipilih menerusi sesi ujian yang diadakan selama tiga hari berturut-turut pada Oktober lalu.

“Sesi latihan semua pemain ini sudah dimulakan sejak awal bulan lepas lagi di bawah bimbingan ketua jurulatih yang juga bekas pemain negeri Terengganu, Yusof Ali bersama pembantunya, Mat Lazim Mohamad.”

“Senarai penuh pemain bagaimanapun belum dimuktamadkan lagi kerana kami mungkin akan menggugurkan beberapa pemain lagi selepas ini bagi memilih hanya 20 pemain terbaik untuk menyarung jersi utama pasukan nanti,” katanya.
Sianra Harian (terengganu)

Label: ,


inam kitites at 1:20 PTG |

0 Comments: