Liga Bola Sepak Piala Presiden Kafa adalah kejohanan peringkat tertinggi dianjurkan dan dikelolakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Kejohanan ini adalah cetusan ilham Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa selaras dengan aspirasi dan komitmen beliau untuk memartabatkan dan membangunkan sukan bola sepak di Kelantan, di samping mencungkil bakat-bakat baru untuk diserap ke pasukan negeri dalam Liga Malaysia.
Kejohanan ini diadakan selama dua bulan tahun 2008 dengan melibatkan 10 ahli gabungan iaitu Persatuan-persatuan Bola Sepak Jajahan Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut zon yang akan ditetapkan dan dimainkan secara timbal balik.
Selaras dengan hasrat untuk mengenal pasti bakat baru, semua pasukan bertanding diwajibkan menurunkan tiga pemain bawah 21 tahun pada setiap perlawanan.
Pemenang kejohanan ini akan menerima piala, hadiah wang tunai dan hadiah-hadiah iringan.
Liga Bola Sepak Piala Presiden Kafa
inam kitites at 1:10 PTG