Namun kekalahan itu tidak memberi apa-apa makna kepada pasukan Perlis kerana Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja dengan agregat 3-2 dan bertemu dengan pasukan Pulau Pinang 20 Disember ini.
Penolong jurulatih, Rozmin Musa berkata, serangan demi serangan dilakukan pemain Kelantan, namun tiada penyudahan baik dilakukan oleh mereka menyebabkan pasukan tersungkur pada perlawanan itu.
Katanya, pemain Perlis pula lebih mengamalkan permainan kasar demi mencari jaringan lebih walaupun permainan kedua-dua pasukan seimbang.
“Pemain kita memang mampu menahan asakan demi asakan pemain Perlis cuma mereka lebih bernasib baik kerana serangan mereka menghasilkan gol.
“Pemain kita dikatakan bermain dalam suasana berbeza yang tidak pernah dialami sebelum ini,’’ katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Rozmin berkata, tempoh lebih dua minggu akan dijadikan medan untuk membaiki kelemahan pemain dan pasukan sebelum pertemuan dengan Pulau Pinang.
Label: Kelantan, Piala Emas Raja-Raja, Sinar
Tiada penyudahan baik, kelemahan paling ketara
inam kitites at 1:13 PTG