SELEPAS semua persiapan yang boleh dianggap sempurna berbanding sebelum ini, tidak ada sebab mengapa skuad Malaysia tidak mampu untuk melangkah sekurang-kurangnya ke peringkat separuh Piala Suzuki. Itulah yang diluahkan pengkritik sukan, Serbegeth Singh yang menganggap persiapan ke Piala Suzuki yang bakal bermula 5 Disember ini sebagai persiapan paling mantap yang pernah dihadapi anak buah jurulatih B Sathianathan itu.
Label: Malaysia