9.12.08
KOTA BHARU – Kelantan akan menggunakan sebaik mungkin tempoh dua minggu bagi memantapkan pasukan sebelum perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja pada 20 Disember ini.

Penolong Pengurus pasu-kan, Azlan Mohd Yusoff berkata, pertemuan dengan Pulau Pinang pasti menjanjikan persembahan terbaik Kelantan memandangkan pasukan pelawat itu menurunkan ramai pemain muda.

Katanya, tempoh dua minggu yang sedia ada akan digunakan sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecergasan pemain selain membaiki beberapa kelemahan pasukan.

“Kita telah mengenal pasti beberapa kelemahan termasuk bahagian serangan yang kadang kala tidak berfungsi dengan baik.

“Kelemahan ini akan diperbaiki menerusi siri perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan lain di sekitar daerah ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Kelantan akan bertemu Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV jam 8.45 malam 20 Disember selepas Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia memutuskan semalam gelanggang perlawanan akhir adalah milik Kelantan.

Kelantan layak ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Perlis dengan agregat 3-2 dan menundukkan Selangor 7-3 pada saingan suku akhir.

Azlan berkata, latihan akan bermula semula hari ini selepas pemain bercuti menyambut hari raya Aidiladha bagi menilai kembali prestasi mereka.
Sinar Harian

Label: , , ,


inam kitites at 5:58 PTG |

0 Comments: