11.12.08
Gaji: Darby mungkin rujuk FIFA
PHUKET - Bekas jurulatih Perak Steve Darby mungkin merujuk Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas gagal melunaskan tunggakan gajinya didakwa berjumlah RM120,000.
Utusan
Darby tagih gaji tertunggak RM100,000
BIARPUN sudah memilih untuk meninggalkan kancah bola sepak Malaysia, masih ada hutang mahu dituntut bekas jurulatih Perak yang kini menabur bakti bersama pasukan Thailand, Steve Darby.
Berita Harian

Minta RM120,000
KEHADIRAN Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad di Phuket digunakan sepenuhnya penolong jurulatih Thailand, Steve Darby untuk mengadu mengenai masalah gajinya yang tertunggak ketika dia bersama Perak musim lalu.
Harian Metro
Muhiyuddin mahu elak Fifa tahu masalah
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta menyelesaikan isu tunggakan gaji Steve Darby untuk mengelak bekas jurulatih Perak itu daripada membawa perkara itu kepada badan induk bola sepak dunia, Fifa.

Label:


inam kitites at 12:16 PTG |

0 Comments: