BUKAN satu keputusan yang mengejutkan kerana ia sudah dijangka. Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan dan pengurus pasukan, Datuk Soh Chin Aun ditamatkan kontrak mereka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
'Saya terima secara terbuka'
SEPERTI yang diduga, jodoh jurulatih skuad bola sepak negara B. Sathianathan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berakhir.
FAM belum putuskan pengganti Sathianathan
SELEPAS Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menamatkan kontrak jurulatih skuad bola sepak negara, B. Sathianathan semalam, satu persoalan yang timbul iaitu siapa yang akan menggantikan tempatnya?
Kontrak tamat
MESYUARAT Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menamatkan kontrak ketua jurulatih dan pengurus pasukan kebangsaan iaitu B. Sathianathan dan Datuk Soh Chin Aun, semalam.
‘Saya terima hati terbuka’
“SAYA kini seorang penganggur. Justeru, saya sedia menimbang mana-mana tawaran pasukan negeri atau kelab. Bola sepak sudah menjadi darah daging saya dan ini cita-cita saya sejak kecil lagi, kata ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, B Sathianathan.
Wajarkah B.Sathianathan Dipecat?
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Tindakan Persatuan Bola sepak (FAM) hari ini memecat jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan mencetuskan pelbagai persoalan sama ada tindakan itu wajar.
FAM Pecat Jurulatih Dan Pengurus Pasukan Kebangsaan
PETALING JAYA, 1 Feb (Bernama) -- Mesyuarat jawatankuasa eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan untuk menamatkan kontrak jurulatih dan pengurus pasukan kebangsaan iaitu B. Sathianathan dan Datuk Soh Chin Aun.
Sathianathan, Chin Aun ‘disingkirkan’
KUALA LUMPUR – Seperti diduga, khidmat jurulatih bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan ditamatkan dengan pemberian notis sebulan berkuat kuasa semalam.Sathia bagaimanapun tidak berseorangan untuk meninggalkan kem pasukan kebangsaan apabila pengurus pasukan, Datuk Soh Chin Aun turut ditamatkan perkhidmatannya serta-merta.
'Kami tidak kecewa langsung'
KUALA LUMPUR - "Kami tidak kecewa langsung." Begitu tegas dua bekas arkitek bola sepak kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun dan jurulatih, B. Sathianathan ketika mengulas mengenai keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menamatkan perkhidmatan mereka semalam.
Satu SMS akhiri kontrak Sathia
MESEJ menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) sudah cukup mengakhiri tempoh B Sathianathan sebagai jurulatih skuad kebangsaan. Sejurus aksi buruk skuad negara di Piala Suzuki-AFF, Sathianathan seakan diberikan harapan dengan penyambungan kontrak selama setahun pada 15 Disember lalu, ketika umum berpendapat sebaliknya. Namun kisah berbeza terlakar semalam.
Senior kecewa Sathia dipecat
PEMECATAN B Sathianthan selaku jurulatih kebangsaan menimbulkan rasa kecewa kepada skuad itu yang rata-rata menganggapnya sebagai seorang pengendali yang sentiasa memberi sokongan kepada pemain di dalam dan juga luar padang.