ANTARA pasukan negeri dan kelab dari selatan tanah air hanya Johor FC tampak berkemampuan melangkah ke pusingan kedua tatkala Johor dan MBJB sudah boleh melupakan saingan Piala FA musim ini.
Johor FC yakin bangkit
KEKALAHAN 0-1 kepada Pulau Pinang dalam perlawanan pertama pusingan pertama Piala FA bukan titik noktah buat Johor FC sebaliknya skuad itu bakal membuat kebangkitan apabila melayani kunjungan skuad Harimau Kumbang di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.
Veloo gelabah
PULAU PINANG mengakui masih gelabah dan resah untuk menghadapi Johor FC pada pertemuan kedua pusingan pertama Piala FA di Stadium J Corp malam ini, walaupun menang perlawanan awal di Stadium Bandaraya, Sabtu lalu.
Nizaruddin sandaran Irfan robek gawang MBJB
AKSI Nizaruddin (kiri) ketika mewakili Malaysia menentang Afghanistan pada Pestabola Merdeka ke-40 di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu.
SKUAD Singa Utara terus menyandarkan harapan kepada penyerang utama mereka, Nizaruddin Yusoff untuk menjadi duri kepada pertahanan lawan apabila menentang Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam saingan Piala FA di Kangar, malam ini.
Perlis tanpa tiga tonggak
TANPA langsung memikirkan kelebihan dimiliki, Perlis tetap memburu kemenangan apabila turun melayan kunjungan kerabat baru Liga Malaysia, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada saingan kedua pusingan pertama Piala FA di Stadium Utama Negeri Kangar, malam ini.
Sang Kijang waspada
INDRA PUTRA jadi taruhan terbaik Kelantan untuk merobek gawang Johor pada aksi kedua Piala FA malam ini.
KELANTAN belum mahu mendabik dada meskipun selesa dengan bekalan empat gol ketika aksi pertama saingan Piala FA di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Sabtu lalu.
Masalah kecederaan pemain hantui Dollah
MASALAH kecederaan kini menghantui Shahzan Muda menjelang perlawanan kedua pusingan pertama Piala FA bertemu T-Team di Stadium Darulmakmur, malam ini. Justeru, tidak hairanlah, pengendali Shahzan Muda, Dollah Salleh mengakui tugas getir bakal dihadapi skuadnya memandangkan enam pemain utamanya masih lagi dibelenggu masalah kecederaan.
Jang tidak rela gadai reputasi
REPUTASI selaku naib juara Liga Super musim lalu selain tiga kemenangan daripada empat perlawanan dalam saingan liga musim ini bakal menjadi asas perjuangan skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan sebaik turun membuat perhitungan terakhir dengan Melaka dalam saingan Piala FA, di Stadium Hang Jebat, malam ini.
Label: Johor FC, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Piala FA, Pulau Pinang, Shahzan Muda