ISMAIL Sabri Yaakob (kanan) memperkatakan sesuatu kepada bekas pemain negara (dari kiri), Abdul Rahman Ibrahim, Datuk Soh Chin Aun, Rahim Abdullah, Bakri Ibni dan Abdullah Ali semasa Majlis Ramah Mesra YAKEB di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
KUALA LUMPUR - Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya sendiri, itulah harapan yang diberikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob menjelang pertemuan dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) esok.
Tiada dana khusus buat FAM
DUA hari sebelum bersemuka dengan delegasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada mesej jelas buat mereka - tiada dana akan diberi buat menghapuskan 'belenggu kewangan' ketika ini.
Tiada semangat jitu
CARI JALAN...Ismail (kiri) bersama sebahagian bekas pemain bola sepak negara (dari kanan) Rosli Hussein, Ramlan Askolani, Serbegeth Singh, Wong Choon Wah (belakang) dan Azlan Johar, semalam.
KETIADAAN semangat jitu dalam diri pemain atau rasa bangga membawa nama negara menjadikan pasukan negara terlalu lemah apabila menentang pasukan lawan, justeru menjadikan minat orang ramai terhadap bola sepak tempatan semakin berkurangan.
Peruntukan FAM bakal dicatu KBS
PEMBABITAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam program pembangunan akar umbi bola sepak negara pada masa depan mungkin terhad urusetia teknikal saja, dengan banyak projek pembangunan sukan itu dikendali Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelajaran.