3.2.09

Mohd. Nazri Abdullah, salah seorang pengadil yang amat dihormati di Malaysia telah meninggal dunia awal pagi tadi di Pulau Canary, Sepanyol. Beliau berada di Sepanyol untuk mengendalikan kursus pembantu pengadil FIFA untuk Piala Dunia 2010.

Jenazah beliau dijangka tiba pada hari Rabu (4 Feb) malam dan akan dibawa ke di kediaman Allahyarham di No.22, Jalan PJS9/14 Bandar Sunway. Jenazah akan disemadi pada hari Khamis ini (pagi).

Dilahirkan pada 23 Januari 1955 di Kulim Kedah, beliau mula menjadi pengadil pada usia 17 tahun. Beliau ditauliahkan sebagai pengadil FIFA pada tahun 1989 dan mula menjadi pengadil semasa pusingan kelayakan Piala Dunia. Beliau meninggalkan seorang isteri Puan Roziah Abdul Rahman dan tiga orang anak.

Mari lah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allayarham dan bedoa agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh.
FAM

Label:


inam kitites at 4:40 PTG |

0 Comments: