:Jurulatih Pasukan Bola Sepak Pustika, Mohamad Mat Aroff, perlawanan persahabatan ini adalah yang pertama kali melibatkan institusi pengajian kerana sebelum ini hanya sekadar perlawanan persahabatan antara Pustika dengan kampung-kampung.
“Tahun ini saya bercadang ingin memperbanyakkan lagi perlawanan-perlawanan persahabatan kerana pada tahun-tahun sebelumnya pasukan terdahulu kurang diberi peluang untuk memasuki banyak kejohanan.
“Setiap tahun pemain bola sepak kami akan bertukar ganti kerana setiap kali ada kemasukan pelatih-pelatih baru bagi setiap sesi, pasukan baru akan dibentuk untuk sesi tahun tersebut,” katanya.
Menurutnya, melalui perlawanan seperti ini secara tidak langsung akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelatih ini sendiri dan diketengahkan di peringkat seterusnya.
“Mereka juga akan dapat mengeratkan silaturahim antara mereka kerana matlamat perlawanan persahabatan itu sendiri adalah untuk saling mengenali kelebihan dan juga kelemahan pasukan masing-masing selain berkenal-kenalan sesama mereka.
:“Dalam jangka terdekat ini, saya bercadang ingin terus mengadakan persahabatan antara Institut Kemahiran Vokasional yang lain seperti Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Mara dan sebagainya,” katanya lagi.
Mohamad berkata, walaupun pelatih di sini sering kesuntukan masa untuk mengadakan latihan kerana sibuk dengan sesi pembelajaran masing-masing namun mereka tetap berusaha memberikan komitmen terbaik.
“Sikap yang ditunjukkan oleh pemain-pemain ini memberi saya semangat untuk merancang lebih banyak lagi perlawanan bola sepak yang dapat membantu mereka menunjukkan kemahiran mereka beraksi di tengah padang.
“Di selain itu, untuk perancangan akan datang, pihak kami akan mengadakan liga (kejohanan) bola sepak antara seluruh perkampungan Keda daerah Sik dan akan dibuat di sini, namun semuanya masih di peringkat perbincangan,” katanya.
:Menurutnya lagi, kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan bola sepak Pustika terutamanya pada waktu hujung minggu boleh menghubungi Pihak Pengurusan Pustika menerusi talian 04-4620305.
Label: Lain-Lain