“Anda hendak menjadi pengurus, anda mesti bersikap sebagai pengurus. Itulah pesanan saya. Tak kira lah apa pun perbezaan (politik), semua itu kena letak ke tepi kalau kita minat pada pasukan kita,” katanya.
Pengurus pasukan Kedah masih dipegang oleh Datuk Othman Aziz seperti yang dijelaskan oleh Menteri Besar dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Namun timbul ura-ura bahawa atas sebab-sebab tertentu yang belum jelas, Osman dilihat tidak lagi berminat untuk menjadi pengurus Kedah.
Mohd Azraai berkata, Othman mesti bijak membuat keputusan demi kebaikan pasukan dan perlu sentiasa mendapat pendapat dan persetujuan dari jurulatih.
Osman pada musim lepas dikatakan membelakangkan pendapat Mohd Azraai dan dua lagi jurulatih iaitu Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri Ahmad dalam melepaskan dua pemain harapan Kedah iaitu Bunyamin Omar kepada pasukan UPB-MyTeam dan Zairul Fitri kepada Kelantan.
“Beliau kena bagi contoh tauladan yang baik kepada pasukan sebagai pengurus dan kami sanggup bekerjasama dengan beliau kalau beliau berubah,” kata Mohd Azraai.
Kedah tanpa diduga oleh peminat mereka, kalah teruk dalam dua perlawanan awal musim ini.
Kedah dibelasah 1-4 oleh Selangor pada perlawanan pertama dan 0-3 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan kedua.
Namun mengenai kekalahan itu, Mohd. Azraai menganggap ia merupakan perkara biasa bagi setiap pasukan untuk kalah dalam tiga atau empat perlawanan.
Label: Kedah, Liga Super