Sementara itu, pasukan bawah 10 tahun, mudah menjinakkan lawan dengan jaringan 3 berbalas 1.
Ketua jurulatih, Nazir Taha berpuas hati dengan permainan anak buahnya walaupun beliau cuma dapat mempersiapkan kedua-dua pasukan dengan beberapa siri latihan memandangkan majoriti pemain-pemain bercuti di luar kawasan.
“Walaupun dengan kadar latihan yang minima, kedua-dua pasukan berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang”, katanya.
Penasihat Akademi Bola Sepak TMS, Sani Tilaka berbangga dengan kemajuan dan kualiti pemain-pemain dari kedua-dua akademi.
“Saya berharap objektif penubuhan Akademik Bola Sepak lewat 2007 yang menerajui Program Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi di daerah Kuala Pilah, Jempol dan Johol akan tercapai,” katanya.
Selain itu, Ketua Program Mohd Nor Azam berharap sokongan dan galakan daripada ibu bapa pelatih di tiga pusat Latihan Akademi akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan prestasi pelatih.
“Saya berharap lebih ramai pelatih mendaftar pada tahun 2009 agar Akademi dapat melahirkan pelapis sukan yang berbakat,” katanya.
Label: Lain-Lain